CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: sundayz0

Mari Bercerita

[Copy link]
Post time 27-11-2014 03:11 PM | Show all posts
hahahah.. lawak gaya bhsa TT..

carry on TT...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2014 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayooo nak baca cerita kat thread ni cam takda mood je. Masih geram dengan satu thread tu yang pergi buang gambar penampakan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 12:04 PM | Show all posts
sundayz0 posted on 18-11-2014 04:44 PM
Okay nanti aku cuba karang dalam bentuk bahasa moden. Aku gagal adaptasi sikit bahasa melayu maklum  ...

salam tuan, aii main dota 2 jugak ke? Bak mai ID jom main farm item arcana PA. Hehehe.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2014 04:41 PM | Show all posts
sundayz0 posted on 27-11-2014 02:11 PM
Tajuk; Belaitubuh Buaya Mistik
Lokasi; Sekitar Pasir Puteh (Kelantan) ke Besut (Terengganu)
Tari ...

lel

TL;DR



Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2014 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
sundayz0 posted on 18-11-2014 01:31 AM
Okay pc aku baru tuka hardisk dan aku lupa bekap karangan cerita hantu tempatan yang aku karang hamp ...

Meleret-leret la cerita tt yang ni.. Tak hadam aku baca gaya cerita camni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2014 07:28 PM | Show all posts
Tajuk ; Mengunjungi Gunung Tebu
Lokasi ; Besut, Terengganu
Waktu Kejadian ; Pertengahan 2012


Aku masih ingat dengan jelas, ketika kedatangan seorang kawan menjemput aku dan kawan kawan se-cc-an menyertai rombongan untuk naik ke Puncak Gunung Tebu tapi mula mula semua membantah kerana jemputan adalah kurang dari 10 jam, "Tak sempat nak prepare stamina bro", kata aku dan dipersetuji rakan rakan se-game-an sekalian. Tapi kami diumpan menjadi ala ala fasi untuk segerombolan 30 orang para pelajar berstatus gadis. Pelajar mana ntah aku dah lupa, study kat mana ntah tak pernah pula bertanya. Jadi terus kami agree dan terus stay up malam tu sambil main Dota dan CS Online.

Seawal jam 6am kami mula bergerak seramai 9 orang menaiki satu van yang sudah uzur, milik siapa ntah tak tahu tiba tiba wujud depan cc aku. So lepak lepak salam kenal terus gerak. Sebab nampak pack so aku pun terus merampas seat depan dan melelapkan mata...Mula mula sampai tu aku agak teruja la, sebab pertama kali sampai situ. Tambah teruja bila dapat penginapan percuma kerana dikatakan program akan bermula jam 10am, bukan 8am. So totally kami semua pun bantai tidur untuk seketika. Ada juga yang bertanya untuk "free food" tapi tidak mendapat jawapan dari penaja. Lol. Jadi ada kesempatan aku cuba wiki pasal Gunung Tebu; gunung berketinggian 1039meter.

Kisah pendakian berjalan lancar, sebab stamina aku dah rendah akibat banyak merokok dan memakan makanan tidak sihat pulak tu naik bukit turun bukit redah sungai panjat pokok jalan licin, maka dalam separuh perjalanan tu aku rasa nak give up dan decide to leave. Maksud aku, kira aku terus nak balik ke chalet je la sebab penat kaki silap pakai selipar (instead of kasut) so semua agree untuk aku lone ranger turun memandangkan aku gagah perkasa. Time nak turun tu la banyak "gift" dari kawan kawan dan budak budak student tu kasi aku buh dalam beg, berat beg azab gila tapi aku redha...

Aku masih ingat dengan jelas, waktu perjalanan turun adalah dalam sekitar jam 2pm dan sebab aku sendirian so aku jalan pelan pelan menikmati keindahan alam sambil makan roti dan kopok ringan. Sedang syok jejalan, aku nampak satu aur dan aku rehat situ jap dan tengok jam dah nak masuk jam 3pm so aku pun niat nak solat kejap berwuduk kat situ. Bila dalam hutan, seyesly rasa zuhud semacam, maybe sebab sendirian kut tengok kera kera melompat dan bunyi air sungai terpercik umpama ada hidupan mergastua yang menyelam... fuh! Lepas solat tu aku pun smoke pall mall mint, dan duk menung menung sebelum meneruskan perjalanan. Dalam sekitar jam 330pm cenggitu aku sampai kat kaki dan aku menung sendirian nengok budak budak duk dating sambil mandi air terjun. Menung lama lama, so aku decide aku nak naik balik dan cuba sms member aku yang incharge kat atas dan dalam 10 minits dia reply "dalam 300m lagi nak sampai puncak". So aku rasa, sempat kut kalau berlari kejar mereka kat atas. So aku pun naik...

Start situ la aku perasan, macam laluan dah sedikit lain. Tapi aku teruskan juga langkah kaki. Terus menerus memanjat dan turun bukit, redah sungai dan panjat tebing. Sampai satu tempat yang sepatutnya jarak checkpoint tiba tiba aku perasan macam takde pembuktian checkpoint kat situ. Aku masa tu tak rasa takut, tapi aku rasa marah tatau kenapa. So sebab rasa dah tersesat aku memutuskan untuk patah balik. Kebetulan time tu line ada 1 bar so terima call dari adik aku dan aku suruh dia datang jemput aku balik dalam jam 6pm. Dia kata okay so aku terus berjalan sambil maki hamun, sampai satu saat aku rasa terlalu penat dan nampak ada dua batu besar yang sesuai untuk aku baring rehat kejap kejap dan time baring semua tu aku bukak selipar dan usha jam di henset dalam sekitar jam 430pm rasanya. Duk rehat rehat tu aku terlelap kejap, dan aku tersedar sebab terasa ada makluk tolak aku sampai aku separa jatuh disusuli runut bunyi orang sergah "WOI BANGUN" dan terus refleks aku melompat sambil pegang selipar dan berlari lari anak atas batuan licin tepi sungai mencari jarak selamat untuk bersiaga dengan mergastua (pada andaian aku masa tu la). Bila refleks saraf aku dah normal, aku perasan takde mergastua atas batu tempat aku terlelap tadi, dan sekitar aku macam bunyi macam macam; ngauman, siulan, dan kokokan. Minda aku mula tepu dan rasa blur; apa menda tadi. Aneh juga, tapi seyesly tak rasa takut, wujud rasa amarah ada la. Aku tengok jam hp dalam jam 540 rasanya tapi biasa la dalam hutan hujan khatulistiwa, gelap dia cepat sikit sebab dilindungi oleh dedaun yang permai. So aku terus berjalan dengan rasa blur. Aku fikir adik aku dah nak sampai so aku cerdas bergerak menuruni laluan sungai, sebab masa ni aku fikir aku dah sesat.

Aku berjalan dengan minda tepu, dan pelbagai bunyi mergastua hutan aku dengari termasuk ngauman harimau yang kedengaran macam sebelah je siap bunyi nafas dia. Cuma langau je tak de kalau ada langau confirm sangat dekat; memetik kata arwah atuk aku. Aku berjalan dan terus berjalan, aku tatau aku menuju ke mana, dan aku rasa sangat tepu minda tak hadam. Masa tu rasanya dah 30 minit perjalanan, dan yang aku ingat ingat lupa laluan aku bercahaya umpama ada neon atas kepala aku yang menyuluh bezanya laluan tepi semak samun tetap gelap. Aku tak sanggup nak dongak dan tak mampu nak pusing belakang kerana tiap kali nak dongak atas dan pandang belakang macam ada unsur unsur bahaya yang terdeteksi oleh refleks badan; meremang. Masa tu aku estimed dalam jam 630 dan tiba tiba dekat satu air terjun tu selepas aku redah, aku rasa macam sangat meremang dan tiba tiba terdengar laungan azan dan aku bersyukur sambil minda aku proceed; ada kampung area ni. Aku terus jawab azan dan menuju ke atas bukit nak pegi ke perkampungan situ yang pada hemat aku, aku dah terlajak sesat sampai ke luar kaki Gunung Tebu tapi taakulan mantis aku gagal, kerana di sebalik bukit tu adalah jeram jeram yang curam. Bertafakur aku seketika...

Dan dalam rasa yang sangat penat dan masihi terkejut dengan minda masih separa tepu, aku terus berjalan dan berjalan, sampai ke satu tempat yang sudah takde jalan. Aku ingat lagi bentuk geography kawasan itu; aku berada di atas satu tempat landai di tengah tengah air dan bila aku pusing belakang jalanan yang aku lalui sudah tiada dan aku terus termanggu di situ tanpa nahu. Aku lahu untuk seketika dalam kesurupan runut air terjun yang sunyi...

Dan tiba tiba waktu itu muncul seorang gadis, berkulit sawo matang berbaju kebaya merah bersanggul indah berambut hitam lurus. Dia senyum pada aku dan aku memandang dia dari kejauhan dan setiap kerdipan mata aku dia umpama mendekati aku. Bila sudah dekat aku terhidu bauan bunga cempaka dan mata kami bertentangan, aku cuma cakap dalam hati "aku sesat tolong bawa aku pulang ke chalet". Dan saat ni, bila aku fikir balik memang tak logik di mana gadis lawa itu berjalan atas air sementelah aku kena harung paras betis dan masa tu aku langsung tak rasa takut dan terus berjalan dengan mengikuti dia dan usha lengguk tubuh dia di depan aku dan ...

... kawasan yang aku lalui itu dirasakan makin lama makin gelap, dan kawasan tu makin berbunyi seperti ada pesta keraian. Aku terus berjalan dan berjalan, sehingga kat satu jambatan kecil aku ketemu ramai orang berjamung dan berlampu suluh; mereka semua suluh aku dan dalam kelibat itu aku terdengar suara ayahanda aku "Haa ni la anak yang dimaksudkan", dan aku terus memerhati gadis itu terus tembuslalu mereka semua dan aku macam nak gapai dia dan ucap "terima kasih" namun bahu aku ditepuk oleh seseorang di sana dan aku terus rasa stamina aku zero dan aku terus terduduk kepenatan. Masa tu terus aku direhatkan dan bila minda aku dah normal aku dapat tahu waktu itu dah masuk jam 9pm rapat rapat nak masuk jam 10pm.

Kisah ini adalah cerita aku paling indah yang aku rasa. Macam ketemu seseorang yang disukai tapi gagal untuk berbicara. Macam menemui sesorang pembantu yang pernah hadir dalam hidup tapi tiada memori tentangnya. Ntah... dan ketika aku menulis ini, aku umpama masih terbayang bayang keindahan senyuman beliau yang dipuitiskan untuk aku dalam penat jelaga sesat saat itu... ia bagaikan andrenaline. Seyes...!

Sekian, wassalam.

- Pendaki Sesat, SundayzO -








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2015 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam TT.. bila nk update lg.. bestvbaca cerita TT ni.. gaya penceritaan yg menarik! Syabbashh
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2015 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam TT.. bila nk update lg.. bestvbaca cerita TT ni.. gaya penceritaan yg menarik! Syabbashh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-5-2015 03:36 PM | Show all posts
Sorry kawan kawan semua. Aku baru berkesempatan ni nak replai. Insyallah lepas ni aku sajikan kisah kisah yang berdasarkan pengalaman lagi (kalau ada).

Sorry sebab time banjir aritu memang xdan online, busy membuat bantuan bencana. Sementelah bulan 3/4 lepas aku busy pindah kedai pulak. So shutting down cc dan focus kepda business lain. Insyallah lepas siap setup semua ni aku ada update skek.

Salam GST semua!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2015 03:59 PM | Show all posts
Tajuk; Lembaga Putih di Pantai
Lokasi; Challet Bajet di Marang, Terengganu
Tarikh Kejadian; March 2015.




Masa tu aku ada berjanji dengan rakan permotoran nak join Dungun Bike Week (tarikh tak ingat, dalam March gitu), then aku decide nak pegi awal sehari memandangkan radius perjalanan pegi-balik hari memakan dekat 400km. Sedang berkira kira nak meniduri challet atau rumah member tiba tiba ada member dah menaja sebuah challet di tepian pantai di Marang. Kira strategic la jugak sebab esoknya bole join majlis kenduri kawin rakan sepermotoran (kenalan ni aku xpna jupe, x kenal nama, dan tatau pun sapa dia tup tup dia ajak g kenduri kawin so join je la atas nama memeriahkan majlis) sebelum menuju ke tapak festival Dungun Bike Week berkenaan esoknya.

Nak dijadikan cerita, kawasan challet tu memang best dengan angin pantai yang bertiup kencang dan deruan ombak yang menggamit sentosa. Syok weih... tapi syok aku tak lama, sebaik menjelang malam, kawasan yang dikatakan syok tu macam sedikit seram... aku kata seram sebab bila aku lepak di koridor sorang sorang, angin pandai yang kuat menerbangkan pepasir halus dan kena aku, tambah pula kawasan tu gelap jugak. Bukak tv, xde coverage pulak! Serem... jadi aku cuba hubungi rakan taulan terdekat ajak keluar minum atau mencari porong untuk liburan, namun gagal dan ada yang hanya keluar selepas jam 11malam umpama Batman. So menjamu seleralah aku dengan seorang rakan yang memang stay kat Marang. Tup tup dalam jam 12 ke 1am kami pun pulang ke destinasi masing masing, di mana dia pulang ke rumah dia dan aku pulang ke challet yang bagi aku seram ittew.

Malam tu aku macam nda bole tidur sebab rasa macam awal lagi, tengok jam baru jam 2am so aku golek kiri aku golek kanan. Isap rokok dan keluar jap beli rokok kat stesen minyak berjarak 5km, then patah balik menung kat luar challet menikmati alam semulajadi pantai yang masa tu bagi aku sangat menakutkan. Sedang duk usha usha tu, aku nampak macam ada orang kat gigi pantai. Kedudukan aku masa tu katdalam kawasan challet so ia agak tinggi dan gigi pantai tu dalam jarak 100meter kawasan landai dan rendah so macam nampak nampak je la dalam gelap pulak tu malam tu takde chaya bulan so tak jelas sangat cuma nampak melalui jelingan yang memang ada orang kat gigi pantai menikmati ombak pantai yang kuat. Nak heran apa, orang datang bercuti kut. Getus hati aku menyedapkan perasaan sambil jeling jam di blekberi; 240am.


So aku niat habiskan sebatang rokok je lagi dan terus masuk meniduri diri sendiri, dan saat tu jugak aku macam terperasan dalam kuat ombak menghempas tu macam ada sesuatu timbul menjadi sebuah pulau kecil di mana ombak tak beralun kat kawasan tu (dalam gelap) dan aku cuba perhatikan dengan mengecilkan biji mata, nak turun bawah ke gigi air aku takut. Menda tu macam bergerak gerak umpama seekor penyu besar dan perlahan lahan menjauh, dan saat tu aku macam ternampak seseorang manusia berambut panjang berpakaian cerah (putih) sedang berdiri atas "pulau kecil" tu dan memandang atas... punya la terkejut dan terpana aku sampai rokok aku baru bakar terus aku buang dan berlari lari anak masuk ke bilik.

Bukak saja pintu bilik, aku terperasan kat balkoni tu sliding door tak tutup waima sebelum keluar tadi memang aku confirm sangat aku tutup siap lock. So bahana dari sliding door terbukak tu angin bayu pantai yang kuat merembes masuk siap dengan pasir pasir halus bagai so aku rasa lemas dan terus tutup sliding door tu tapi kain sliding tu aku selak la, sebab nak tengok menda tadi tapi tak nampak dah. So aku baring baring tutup lampu on ekon dan hampir terlelap, aku terdengar orang ketuk ketuk sliding door punya la meremang aku terus bangkit bukak semua lampu termasuk lampu balkoni.

"tok...tok...tokkkk" bunyi sesuatu mengetuk perlahan lahan di sliding door kat balkoni. Perlahan tapi berirama, di mana ia adalah suatu perlakuan yang seperti disengajakan. Kalau kata angin, mustahil ia bermelodi indah.

Aku nak tengok takut tapi aku pasti ada menda duk ketuk kat bahagian langsir tu so aku nekad baling armor suit aku sampai langsir tu terselak dan takde apa apa, so aku bangun dan tarik langsir tutup sliding door dan membiarkan diri aku tidur dalam ketakutkan bertemankan cahaya lampu neon dan tv yang takde coverage.

Esok paginya member aku call jam 10am dan aku jawab, dia terkejut aku bangun awal... haiwan liar betul response beliau.

Sekian, wassalam.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 08:33 AM GMT+8 , Processed in 0.596904 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list