CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nur_ieyfa

Hasad dengki adik beradik sendiri

  [Copy link]
Post time 7-1-2016 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
nur_ieyfa replied at 7-1-2016 03:36 PM
Boleh plak saka tu nak claim utk diri sendiri..sharing is caring maa..hehe

tp diorg xtau sapa tuan dia, cuma ustaz ckp dia bertuan je.kwn ada bgtau, 2 minggu sebelum majlis belah laki, mak mertua dia jd mcm berangin, xde mood nk bg kad kawen, pdhal tu kenduri anak bongsu dia..kwn pun ada la rasa yg bnda2 mcm ni (yg mcm menghalang berlakunya kenduri tu) tp kitorang ckp sume tu xde pape, tgh darah manis.tp x sangka, sbb benda saka tu rupanya nk suami dia, usaha nk pisahkan kwn dgn suami
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2016 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Tumpang tanya, kalo ada saka takleh kawin ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2016 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
bluecheese replied at 8-1-2016 02:04 PM
Tumpang tanya, kalo ada saka takleh kawin ke?

Bg pendapat ieyfa boleh je kawen tapi akan ada masalah nak dapat zuriat..ada jugak yang xada masalah pape pun sebab saka tu mesti nak pastikan dia sentiasa ada zuriat..so semua tu tak pasti sebab ada banyak kisah jadi sebab saka ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2016 04:53 PM | Show all posts
HILAIAN MANJA

Hai semua, lama sangat kan Ieyfa tak berkongsi kat sini.. Kat tempat kerja diowang block semua access untuk website tu yang susah sangat nak masuk post. Untuk just reading boleh la sebab guna proxy website. Untuk post memang tak boleh lansung sampai kan momod telah meng Unhighlightkan rumah usang ku ini..Tambahan pulak tengah menghitung hari ni..Mak aii nervousnyee rasa..Okay skip bab tu, hari ni Ieyfa nak cerita pasal kisah yang terjadi di zaman Ieyfa baru nak tamat Diploma. Masa tu tengah buat report untuk internship di kampung Ieyfa la..

Masa tu Ieyfa tengah gila dengar lagu heavy metal duk layan ACAB la System of Down la Metalicca la.. Time tu jela tak tau la kenapa kena rasuk semangat heavy rock gamaknya.. So selalu Ieyfa memang akan berjaga tengah-tengham malam sampai ke pagi nak buat report tu lah..Sampai la satu malam ni... Jeng jeng jeng

Waktu tu macam biasa la tengah dengar lagu rock tak pakai headset yea, rumah Ieyfa rumah kampung so ada dua tingjkat. Bilik Ieyfa kat tigkat bawah dekat dapur dan tandas.. So sebab Ieyfa sensorang je kat bilik bawah tu yang selamber katak pasang lagu tak pakai headset. Tiba-tiba dengan arwah mak menjerit tengah-tengah pagi buta tu, dia cakap aku rasa aku beranak anak perempuan, kenapa lah anak perempuan aku ni macam jantan.. Ieyfa gelak-gelak jela dengar masa tu. Arwah mak bangun nak pergi toilet masa tu dengar bunyi rock cam tu dah tau la anak gadis dia tak tidur lagi.

Lepas arwah mak pergi toilet, mak datang singgah kat bilik. Siap cakap, g la tidur nanti ada yang kacau baru tau..Kerja tu buat esok. Arwah mak memang suka sakat Ieyfa pasal hantu-hantu ni sebab dia tau anak dia ni takut-takut berani. Membebel jugak la Ieyfa masa tu sebab mak kacau tak kena timing. Di buatnya masin mulut mak, mati la den. Dah la rumah tu memang scary..

Lepas dah sakat Ieyfa mak terus naik bilik dia balik. Tinggal Ieyfa sensorang dengan perut dah kecut habis.. So dah tak ada mood nak sambung report, terus la baring sambil terus dengar lagu tu lagi. Entah macam mana tiba-tiba dengar suara mengilai halus je, suara tu kuat gile kalah lagu The Man Who Sold the World by Nirvana..Hahaha..Time tu segala jenis rock den dengar..

Dari kuat suara hilaian tu jadi makin perlahan dan sangat perlahan. Lepas pada tu nampak ada susuk berdiri kat tingkap bilik Ieyfa. Waktu tu tak fikir pulak pasal bila makin slow rupanya dia makin dekat. Ingat kan dia dah balik rumah dia atau pergi tempat lain. Yang nampak susuk tu Ieyfa ingat abang Ieyfa, sebab dia selalu balik time-time macam tu then masuk ikut pintu belakang sebelah bilik Ieyfa. So buat tak tau jela.

Terus Ieyfa berselubung tidur tak tutup lampu.. Cuak jugak la sebab fikir ada menda tapi dah lega sebab dia dah pergi walhal hakikatnya sebalik tu. Sebab rasa selamat tak la takut dan fikir pape. Terus je la tidur. Esok nya cerita kat arwah mak baru tau kisah sebenarnya abang tak balik malam tu dan susuk yang nampak tu adalah si dia kat sebelah tingkap Ieyfa betul-betul kat atas kepala Ieyfa..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2016 12:38 PM | Show all posts
ciskek.leleh replied at 25-12-2015 12:12 PM
hai tt  sy SR je selama ni, tp sbb tringin nk share cerita yg x seberapa, gigih la reg jd ahli :lo ...

alaaaaaaaaaa melepaaaaaaaasssssss baru nak berkenalan dengan abang z




Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2016 01:18 PM | Show all posts
Berjaya khatam citer ni...kisah ko ni seram tapi lagi seram bila aku dengar suara pm baru tatsat tadi...hehehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2016 01:19 PM | Show all posts
Berjaya aku khatam citer ko harini..kisah ko ni seram tapi tak seseram aku dengar suara PM baru tatsat tadi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2016 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
ima_fahmy replied at 28-1-2016 01:19 PM
Berjaya aku khatam citer ko harini..kisah ko ni seram tapi tak seseram aku dengar suara PM baru tats ...

Uish suara pm tu sgt seram..org ckp taboo..huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2016 03:40 PM | Show all posts
nur_ieyfa replied at 28-1-2016 01:22 PM
Uish suara pm tu sgt seram..org ckp taboo..huhu

tahu xpa...terus aku rasa macam nk murung setahun bila dengar sore dia...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2016 03:52 PM | Show all posts
ima_fahmy replied at 28-1-2016 03:40 PM
tahu xpa...terus aku rasa macam nk murung setahun bila dengar sore dia...

Murung setahun tak apa lagi..Jangan murung selamanya..bahaya...Kemas beg pindah dari Malaysia jola jawabnya

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2016 04:32 PM | Show all posts
GATAL TANGAN LAGIII..


Hari ni rajin sikit nak bercerita lagi satu story.. Kisah abang Ieyfa yang nama Harun tu.. Okay Harun tu dulu sekolah pondok kat Terengganu, Kuala Ibai kalau tak silap. Time tu abah confident kata sekolah pondok ni ada masa depan boleh sambung belajar oversea. So hantar lah Harun dengan si Bidin ni kat sana. Bidin ni kan nakal sangat-sangat so nak mendidik la kata abah. So okay la semua belajar kat sana.

Sekolah pondok tu Ieyfa pernah pergi la, usha abang-abang alim yang hensem ni. Hahaha..Okay sekolah diorang jauh dari asrama diorang dan asrama diorang tu belah belakang dia adalah kubur dan kalau nak ke surau kena lalu kubur. Mungkin nak bagi diorang ni hati kental dan jugak lebih mengingati mati kot.

Harun ni boleh dianggap sebagai ketua kat pondok tu lah, si Bidin ni pulak dianggap ketua mafia untuk pelajar-pelajar kat situ. Jauh beza kan, tapi kadang-kadang si Harun ni join jugak aktiviti nakal si Bidin and the gang. Okay abaikan itu semua, kisah ni terjadi waktu tu Harun tengah mandi, tengah nak sabun badan tu dia nampak kat sebelah sabun ketul dia tu ada seketul bungkusan petak warna hitam. Dia belek-belek tapi tak bukak pastu boleh pulak dia pergi buang bungkusan hitam tu kat area kubur maknanya area belakang asrama diorang la. Lepas tu terus dia pergi ke surau nak semayang Maghrib.

Lepas je solah Maghrib dan Isya berjemaah, Harun pelajar yang paling last keluar dari surau jadi dia ditugaskan untuk tutup lampu dan kipas semua la. Waktu tu dia cerita, dia tengok surau dah kosong dia pun tutup kipas dulu then tutup suis lampu. Tapi lepas tutup suis lampu je,suis kipas terbuka, tutup kipas lampu terbukak. Benda tu jadi banyak kali. Harun waktu tu menjerit kata jangat kacau lah, kau ingat aku takut dengan kau ke..Tutup semua suis serentak terus blah. Lantak la kau nak main suis ke ape.

Waktu Harun jalan cepat-cepat nak balik asrama tu, dia nampak lampu surau terbuka tertutup banyak kali. Last-last terpadam terus. Si Harun ni cakap nasib baik menda tu tau tutup lampu kalau tak mampus la dia esok kena maki dengan ustaz sebab tak tutup lampu surau.

Malam tu, Harun tidur dengan nyenyaknya. Siap tak pakai baju lagi tapi bila dia bangun pagi tu dia rasa dada bidang dia tu pedih sangat-sangat. Bila tengok je amek kau, bergaris-garis cakaran kat dada dia. Dan cakaran tu warna hitam ala-ala macam bertatu tu. Ieyfa ingat lagi sebab Ieyfa tengok sendiri bekas cakaran tu dan cakaran tu timbul.

Bila Harun ni cerita kat ustaz terus kena marah sebab gatal tangan buang benda yang tak ada kaitan dengan diri sendiri. Lain kali jangan menyebok sangat kalau nampak menda tu.

Jap yea, penat plak menaip ni, jap lagi sambung cerita lain pulak tapi tetap pasal Harun dan Bidin kat sekolah pondok dia tu...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2016 05:01 PM | Show all posts
Lama tak pollow cite TT ni...dah siap rempit baca semula dari awal....

Tahniah TT, tak lama lagi nak kawen...moga majlis berjalan lancar...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2016 06:20 PM | Show all posts
Cik_Andak replied at 28-1-2016 05:01 PM
Lama tak pollow cite TT ni...dah siap rempit baca semula dari awal....

Tahniah TT, tak lama lagi  ...

terima kasih yeaa...Takut la bila dah makin dekat ni..hehe..Lama sangat bersara dari bercerita..Sekarang ni Ieyfa start balik la mana-mana cerita yang Ieyfa ingat

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2016 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ciskek.leleh at 29-1-2016 03:51 PM

tahniah tt, semoga berkekalan ke Jannah & semoga bahagia hendaknya
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2016 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
hest replied at 28-1-2016 12:38 PM
alaaaaaaaaaa melepaaaaaaaasssssss baru nak berkenalan dengan abang z

heolss masih beristeri lg klu x, boleh la meolas perkenalkn chuolls dkt dia & then boleh bercikcur kt mana2 thread
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2016 04:31 PM | Show all posts
ciskek.leleh replied at 29-1-2016 03:50 PM
tahniah tt, semoga berkekalan ke Jannah & semoga bahagia hendaknya

terima kasih ciskek..Nerbes gile tuhan je yang tau..Harap-harap semua berjalan lancar..Lebih kurang sebulan je lagi..takut sebab mcm2 boleh jadi dalam tempoh tu kan..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2016 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
nur_ieyfa replied at 29-1-2016 04:31 PM
terima kasih ciskek..Nerbes gile tuhan je yang tau..Harap-harap semua berjalan lancar..Lebih kuran ...

insyaAllah, niat yg baik akan dipermudahkan Allah swt..kurangkan berjumpa, bnyk2 berdoa & baca ayat2 suci lps solat
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2016 01:46 PM | Show all posts
finally, dh hbs baca cerita sis.

actually, malas nk bca n scroll 1 per 1, so sis terpksa keja keras sikit

copy paste masuk dlm word, edit kasi cantik2..baru leh baca dengan lancar.

nk lepak lama2 kt sini xleh sbb x ada privasi

ni pun curi2 online kt opis

hjg mggu lagi lah malas nk bukak forum ni.

anyway, selamat pengantin baru n semoga bahagia hingga ke akhir hayat

pedulikan unsur2 negatif tu.

adik beradik..air yg dcincang x kn putus..lambat laun kauorg akan berbaik jgk..

doakn kkak maria sis segera bertaubat n kembali ke pangkal

1 jer yg pesan, tingkatkn amalan dengan Allah swt. insyallah, Allah akn permudahkn jalan yg sukar..

sis akn doakn u dari jauh.. keep fighting
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2016 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Usang betul dah rumah ni..dh terkopek habis pintu semua..huhu..

Alhamdulillah dah beberapa bulan tukar title..semuanya aman damai je..Waktu majlis hari tu jemput si Maria tu macam jemput tetamu je..nak tak nak kena jemput jugak..

Sekarang ni semua adik beradik dah malas nak layan si Maria..dia pown dah berubah sangat-sangat..Bak kata Zara la.. Dah serupa budak remaja..Saya sendiri memang tak masuk campur..
Layan suami je cukup.. Cerita seram macam susah dah nak update sebab kat office memang dah totally block cari ni..bukak kat proxy memang tak dapat nak login lansung..itu yang lagi bersemak samun sini.. Tapi InsyaAllah kalau berkesempatan akan type slow-slow post kat sini..Tak lupa diucapkan Selamah Hari Raya..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2016 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Selamat kembali TT...selamat pengantin lama wlpn tahun baru...

Sy pun cume SR nak bercerita xdw cerita mistik..

Semoga berbahagia selalu dan moga cepat2 dapat baby
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 03:59 PM GMT+8 , Processed in 0.111631 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list