CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nur_ieyfa

Hasad dengki adik beradik sendiri

  [Copy link]
Post time 23-7-2016 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh dah nikah rupanya ya iefa...selamat pengantin baru..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-7-2016 05:16 PM | Show all posts
BONDAFAD replied at 23-7-2016 03:40 PM
Selamat kembali TT...selamat pengantin lama wlpn tahun baru...

Sy pun cume SR nak bercerita  ...

Terima kasih @BONDAFAD..


Dah bersawang group ni sebab kena block kat office..so ni pinjam laptop member nak membalas..hehe




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2016 05:17 PM | Show all posts
Ipo replied at 23-7-2016 04:18 PM
Oh dah nikah rupanya ya iefa...selamat pengantin baru..

Alhamdulillah semua dah settle @lpo n terima kasih..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2016 08:11 PM | Show all posts
PANAS!!!!

Okay semua ni cerita pertama setelah sekian lama menyepi. Menda ni baru sangat berlaku, meskipun tak la seram mana tapi bila fikir-fikir balik nervous jugak laa..

Ieyfa kerja pagi masuk pukul 7pagi so setiap hari bangun sebelum Subuh la nak siap-siap pergi kerja. Tapi satu hari ni, Ieyfa lepas siap mandi semua masuk dapur nak clearkan periuk belanga yang pakai semalam. Tapi tengah kemas-kemas tu dengar bunyi kipas.

Untuk masuk ke ruangan dapur ni, ada macam ala-ala pintu la. Kipas berdiri ada kat pintu dan sebelah pintu tu ada kerusi dan kat kerusi tu ada satu teddy bear besar tinggi manusia dewasa. So time kipas berbunyi tu Ieyfa pelik jugak la sebab malam sebelum tu dah tutup lagipun masa Ieyfa masuk dapur tu kipas tak terpasang pun.

Masa tu Ieyfa tengok la kat kipas tu dan kipas tu menghala ke arah teddy bear dan berpusing dengan kelajuan maksima dan tak bergerak-gerak lansung kipas tu statik je menghala ke kipas tu. Waktu tu terfikir mungkin hubby bangun malam-malam minum air lupa tutup kipas tapi tanya dia, dia cakap dia tak bangun pun. Lagipun bila ingat balik, waktu masuk dapur kipas tu memang tak terbuka pun.

So mungkin teddy bear tu panas kot......
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2016 08:32 PM | Show all posts
nur_ieyfa replied at 26-7-2016 07:11 PM
PANAS!!!!

Okay semua ni cerita pertama setelah sekian lama menyepi. Menda ni baru sangat berlaku, ...

teddy bear tu panas...
sebab tu kipas tu terpasang dan menghala ke dia..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2016 06:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 26-7-2016 08:32 PM
teddy bear tu panas...
sebab tu kipas tu terpasang dan menghala ke dia..

Kan..biasa la skrg ni musim panasss      
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-8-2016 03:53 PM | Show all posts
salam ieyfa.. selamat pengantin baru (walaupun tak berapa nak baru dah hihi).. dari tahun lepas layan cite ni. lama sangat tergantung. dok jenguk sunyi je sampai dah lupe kisah2 ni.

semoga dipermudahkan semua urusan ieyfa dan semoga family ieyfa akan bersatu semula
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2016 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Cintakapuri at 20-8-2016 08:09 AM
nur_ieyfa replied at 26-7-2016 08:11 PM
PANAS!!!!

Okay semua ni cerita pertama setelah sekian lama menyepi. Menda ni baru sangat berlaku, ...


Eww tingat movie horror...
dalam muvi 2 ade watak badut, tajuk ape ntah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-8-2016 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
sesukaje replied at 19-8-2016 03:53 PM
salam ieyfa.. selamat pengantin baru (walaupun tak berapa nak baru dah hihi).. dari tahun lepas laya ...

Terima kasih sb sabar menunggu n melayan..hehe..Ieyfa mmg susah sikit nak bercerita kat sini sejak-sejak laptop xde..tapi nanti Ieyfa dh nak pindah rumah baru, hubby pun dah buat pc baru utk Ieyfa..So dh bole start bercerita nonstop balik dh la lepas ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2016 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Cintakapuri replied at 20-8-2016 08:04 AM
Eww tingat movie horror...
dalam muvi 2 ade watak badut, tajuk ape ntah

Cerita ape tu..nasib baik kat umah ieyfa tu teddy bear..sb ieyfa takut dgn badut smpai bole nangis2..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2016 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
nur_ieyfa replied at 20-8-2016 11:17 AM
Cerita ape tu..nasib baik kat umah ieyfa tu teddy bear..sb ieyfa takut dgn badut smpai bole nangis ...

Tajuk iols dah lupa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2016 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Cintakapuri replied at 20-8-2016 02:27 PM
Tajuk iols dah lupa

Nasib baik lupa..klau x gigih jugak mencari cerita tu wlaupown sedar diri ni penakut..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2016 11:42 AM | Show all posts
nur_ieyfa replied at 20-8-2016 11:15 AM
Terima kasih sb sabar menunggu n melayan..hehe..Ieyfa mmg susah sikit nak bercerita kat sini sejak ...

Assalammualaikum ieyfa... dah pindah umah lom? Hb dah blikan lptop baru lom? Kalau dah pelagi mehla smbung cite.. hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2016 06:07 PM | Show all posts
Assalamualaikum.. Waaaa..tak sangka ada yang menunggu rupanya.. Terima kasih sangat-sangat. Alhamdulillah sekarang dah pindah rumah baru. Hubby tak beli laptop tapi hubby set up terus pc..Hehe..

Cerita baru ada... Tapi bukan dari rumah sekarang sebab rumah sekarang Alhamdulillah memang tak ada sebarang gangguan.  Cerita yang baru ni Ieyfa dapat dari kawan satu office. So Ieyfa akan cerita la yea untuk warming up lama dah tak menaip ni..hehe

SREETTTTTT

Tepat pukul 3 pagi tiap-tiap hari  Ain(bukan nama sebenar) akan bangun untuk siap-siap memasak sebab dia dan suami meniaga nasi lemak. Perniagaan dia orang ni agak laris walau pun still baru. Biasa la orang baru kahwin nak tambah pendapatan untuk simpanan bila dah ada baby nanti. Ain ni pulak memang pandai memasak even kalau bawak datang office pun memang laku makanan dia.

So satu hari ni dia bangun pukul 3 pagi seperti biasa nak memasak dan dikejutnya suami dia mintak parut kelapa nak buat nasi lemak, tapi suami dia mintak dia pergi tengok motor dekat porch luar. Dia ni pun dengan tak tahu apa-apa pergi la bukak pintu rumah nak tengok motor, bukak je pintu terus rasa meremang bulu roma. Seram sejuk je rasa. Tapi tengok motor elok je ada kat porch.

Si Ain ni terus la pergi kat suami dia bagitahu motor ada je lagi kat luar tu. Suami dia cakap pkul 1 pagi tadi, suami dia dengar ada orang jalan kat luar rumah. Macam mengelilingi rumah dia orang. Tapi bila jenguk kat tingkap tak nampak bayang orang pun. Tapi bunyi orang jalan seret kaki tu tetap ada. Itu yang suami dia risau kalau orang nak mencuri ke apa. Tapi memang bunyi je ada tapi orang tak ada.

Bila bukak pintu depan motor ada lagi tapi bunyi seret tu ada kat belakang rumah. Pergi belakang rumah bunyi tu kat depan pulak. Baru lah suami dia ni rasa seram sejuk sebab rasa bukan manusia. Bila tiba-tiba tingkap kena ketuk berulang kali sekejap tinggap bilik, sekejap tingkap luar terus suami dia ni baring selimut muka.

Itu yang bila si Ain ni bangun pukul 3 kejut dia, dia terus suruh pergi tengok motor, yeala nak tengok sendiri takut.

Tapi bagi Ieyfa, yang hairan nya lepas dari kes tu, Ain cerita tiap-tiap malam suami dia akan bangun pkul 1 dan kulit badan suami dia merah-merah gatal. Kulit si Ain ni elok je tak ada gatal ape pon. Disebabkan Ain ni bekerja kat office Ieyfa, so suami dia yang akan meniaga nasi lemak. Tapi Ain cakap secara tiba-tiba suami dia jadi sangat malas nak meniaga. Padahal suami ni Ain ni sangat rajin. Tambahan pulak jenis suka meniaga, tapi sekarang ni malas nak meniaga nasi lemak. Tapi meniaga menda lain laju je. Nak kata malas bangun pagi-pagi, Ain cakap kadang-kadang suami dia yang kejut dia bangun tolong kemaskan barang-barang nak meniaga semua.

Ada jugak la Ieyfa tanya kot-kot ada orang tak puas hati sebab dia orang meniaga ke apa. Ain cakap tak tahu la ada yang tak puas hati ke tak. Sebab dia meniaga kat corner jalan dan sebelum simpang dengan selepas simpang memang ada orang meniaga. Sebabkan dia ni betul-betul kat corner patutnya kurang sikit la pembeli sebab susah orang nak berhenti. Pakcik yang meniaga kat lepas simpang tu memang maju. Tapi lepas orang dah rasa nasi lemak si Ain, semua sanggup berhenti jauh untuk beli nasi lemak dia.

Sekarang ni Ain dah totally stop meniaga nasi lemak sebab bila sebut je nak meniaga nasi lemak suami dia akan cakap tak nak. Ieyfa frust sebab Ieyfa selalu order nasi lemak si Ain ni sebab oishiiii(SEDAPPPP)

Sekian story telling untuk hari ini. Nanti saya sambung lagi yea...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2016 06:34 PM | Show all posts
Ada satu short storry nak cerita, sementara masih ingat ni.

RASAKAN DENDAMKU

Kisah ni kawan Ieyfa yang cerita. Dia dulu selalu pergi jumpa mana-mana pengamal perubatan untuk nak rawat sakit adik dia. Waktu ni dia pergi kat satu tempat tu dan time tengah menunggu turn tu dia dengar ada seorang kakak ni menjerit meraung-raung.

Kebetulan mak kepada kakak ni tak sanggup nak duduk kat dalam so dia keluar. Kawan Ieyfa dengan mak dia try la mengorek cerita apa yang jadi. Jadi mak kakak tu nangis-nangis cerita.

Anak dia ni Ayu, patutnya kahwin minggu lepas. Tapi tak jadi sebab secara tiba-tiba tempat kemaluan si Ayu ni banjir. Setiap masa keluar air banyak dengan bau yang sangat hanyir. Dia punya banyak air yang keluar tu bukan tahap air kecil dah. Memang deras stiap masa mengalir. Kain dia kalau tukar setiap minit dah lencun.

Puas lah berubat merata tapi tak berubah jugak. Sama je banjir dan hanyir sampai lah bekas tunang dia decide nak tangguhkan perkahwinan diowang. Tapi Ayu pulak tak nak kahwin terus. Jadi perkahwinan dibatalkan. Kesian dekat Ayu sebab dia memang sayang dekat bekas tunang dia, tapi dia terpaksa batalkan sebab dia punya kemaluan dah hancur teruk. Dengan air hanyir mengalir sepanjang masa deras macam air terjun. Jadi barai dia punya. Ayu jadi lemah setiap hari menangis kenangkan nasib dia.

Bila berubat dekat ustaz sekarang ni Alhamdulillah dah stop air yang mengalir. Tapi dia punya tu dah teruk tak dapat diselamatkan dah. Bila korek-korek jugak, dapat tahu yang tukang buat si Ayu dia mak saudara dia jugak. Sebab dendam Ayu ni kahwin dengan lelaki yang sama anak dia nak. Jadi nak buat perkahwinan tu batal dan anak dia ada peluang nak dapat lelaki tu, dia upah bomoh asli dan ambil pad yang Ayu pakai. Ikat dan bomoh tu letak dekat tempat air terjun jatuh. Sebab tu lah kenapa air mengalir nonstop dari Ayu.

Kerana dendam dan tak puas hati......

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2016 10:53 AM | Show all posts
nur_ieyfa replied at 13-10-2016 06:34 PM
Ada satu short storry nak cerita, sementara masih ingat ni.

RASAKAN DENDAMKU

Allahuakhbar..nape sampai macamtu sekali nak khianat pada orang..mudah2an kite dijauhkan tergolong dalam manusia yang mempunyai sifat demikian.
Mudah2an Allah kurniakan kesembuhan pada Ayu dan dipermudahkan segala urusan Ayu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2016 10:56 AM | Show all posts
Better late then never.. Selamat Pengantin Baru @nur_ieyfa & husband, mudah2an bahagia dunia akhirat dan rumahtangga diberkati Allah sentiasa.  ^_^
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2016 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
nur_ieyfa replied at 13-10-2016 06:34 PM
Ada satu short storry nak cerita, sementara masih ingat ni.

RASAKAN DENDAMKU

Allahuakbar kejamnya..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2016 01:57 PM | Show all posts
nur_ieyfa replied at 13-10-2016 06:34 PM
Ada satu short storry nak cerita, sementara masih ingat ni.

RASAKAN DENDAMKU

so sekarang tunang ayu tu dok syok kat cousin ayu ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2016 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
sabar_sabariah replied at 14-10-2016 01:57 PM
so sekarang tunang ayu tu dok syok kat cousin ayu ke?

Yang itu xtau la pulak..kawan opis ckp time dia borak dgn mak Ayu, time tu dah settle la..duk tengah bagi kuatkan semangatkan Ayu kat ustaz tu..y menjerit tu time first time diowang jumpa..diowg ada la jmp lagi lepas tu kat trmpat y sama..itu y byk cerita dpt korek..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.068457 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list