CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nur_ieyfa

Hasad dengki adik beradik sendiri

  [Copy link]
 Author| Post time 14-10-2016 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
une_fille replied at 14-10-2016 10:56 AM
Better late then never.. Selamat Pengantin Baru @nur_ieyfa & husband, mudah2an bahagia dunia akhirat ...

Terima kasih..walau pun title pengantin barunye dh lapuk tp xckup setaun lg..so mekasihhh..hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2016 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
nur_ieyfa replied at 13-10-2016 05:34 PM
Ada satu short storry nak cerita, sementara masih ingat ni.

RASAKAN DENDAMKU

Ya Allah...ini betul2 lahanat punya mak saudara.. :
Orang yg hatinya hitam ni, sanggup buat apa saja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2016 12:40 AM | Show all posts
Ipo replied at 14-10-2016 08:21 PM
Ya Allah...ini betul2 lahanat punya mak saudara.. :
Orang yg hatinya hitam ni, sanggup bua ...

even dengan saudara sendiri kan.. Dah pangkat anak sendiri plak tu..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2016 09:50 AM | Show all posts
nur_ieyfa replied at 14-10-2016 11:40 PM
even dengan saudara sendiri kan.. Dah pangkat anak sendiri plak tu..

tak mustahil...
cukuplah hanya dgn ada perasan dengki dan dendam...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2016 05:41 PM | Show all posts
Assalamualaikum..

Hari ni nak bagi short story je, kisah ni dah lama jadi tapi terjadi kat kawan hubby. Kisah ni terjadi kat area Ampang dekat dengan umah apartment yang paling scary tu. Tapi rumah tu dah buat baru balik, tapi tak tahu la scary lagi ke tak kan...

APE TU???

Amran ni selalu melepak balik pagi-pagi buta, biasa la tengah muda remaja duk sakan sangat main DOTA. Hari-hari melepak kat cc sampai tak ingat nak balik rumah. Satu hari ni Amran ni balik rumah lepas puas hati menang main Dota anggaran dalam pukul 3pagi. Balik awal pun sebab sedar diri esoknya ada kelas. Nak tak nak lepas je menang dan early breakfast kat T2, terus lah balik rumah dengan motor kapcai dia.

Sampai kat lorong rumah, Amran dah matikan enjin motor, takut ayah dia dengar plak yang dia balik lewat, iya lah still student duduk dengan family lagi kan. Katanya malas nak menyewa sebab jimat duit. Setakat Ampang ke Gombak tu, rempit jela. Duk rumah family jimat duit, makan pakai terjaga. Dekat nak pergi dating dengan awek. Eh, panjang pulak merapu ni. Okay, lepas sampai depan rumah sambil tolak moto slow-slow, Amran bukak pintu pagar besi. Bila dah masuk, dah park motor cantik. Dia pun pusing la nak tutup pintu pagar balik.

Ntah macam mana la, mata dia ni gatal duk tenguk-tenguk merata. Sekali mata dia terpandang rumah betul-betul depan rumah dia ni, okay kawasan perumahan Amran ni dua tingkat tau. Dia nampak ada seorang lelaki berdiri tegak kat atas bumbung rumah tu. Tegak je tau tak bergerak-gerak. Seolah-olah memerhati tingkah-laku si Amran ni. Kata si Amran ni, mamat tu pakai baju serba hitam dan dia yakin 100% yang dia memang nampak jelas lelaki tu sebab depan rumah dia ada lampu jalan dan jelas sekali dia masih tak mamai.

Amran ni pulak mula-mula akal dia cakap mungkin owner rumah depan kot. Tapi bila dia ingat-ingat balik, rumah depan tu dah lama tak ada orang menyewa. Dalam cuak-cuak berani, si Amran ni mengundur sikit-sikit ke pintu rumah. Tapi katanya dia nampak seiring dengan pergerakan dia, lelaki tu pun bergerak ke hadapan.

Dah jadi macam tu ape lagi, si Amran ni dengan habis machonye bukak pintu cepat-cepat terus hempas pintu sekuat hati. Jeng jeng jeng, terus bapak dia keluar sebab terkejut kan. Memang terkejut habis bapak dia time tu. Ingat pencuri ke ape ke. Bila keluar nampak si Amran ni muka pucat lembik dah badan duk bersandar kat pintu. Bapak dia tanya la kenapa sambil cuba control temper. Amran ni cakap la nampak orang kat atas bumbung rumah depan.

Bapak dia pergi keluar tak ada apa-apa pun kat atas rumah tu. Bapak dia suspect pencuri. Tapi pencuri ape yang nak berdiri macam tu atas rumah kosong yang tak ada pape lansung. Berdasarkan cerita si Amran ni, waktu dia nampak orang tu mendekat, orang tu tak menapak lansung. Macam floating. Time tu yang dia suspect ni bukan orang ni.

Keesokan harinya lansung tak ada cerita rumah sesiapa kena pecah masuk pun. Yang ada adalah, Amran yang demam tak pergi kelas.  Seminggu jugak lah Amran insaf tak nak balik lewat. Kalau balik lewat pun dia mintak kawan-kawan dia drop dia kat rumah.

Maaf la kali ni tak seram sangat. Banyak kisah seram yang terjadi tak berapa  nak ingat sangat. InsyaAllah, Ieyfa akan korek-korek dari member pasal kisah-kisah mistik yang terjadi kat diowang lepas ni.

Tapi siapa orang yang Amran nampak tu yea???

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2016 10:39 PM | Show all posts
nur_ieyfa replied at 20-10-2016 04:41 PM
Assalamualaikum..

Hari ni nak bagi short story je, kisah ni dah lama jadi tapi terjadi kat kawan  ...

Orang berpakaian hitam tu..penunggu rumah tu kot
Mungkin sebab tu juga, rumah tu kosong. Orang tak berani nak tinggal kat situ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-10-2016 11:03 PM | Show all posts
Ipo replied at 20-10-2016 10:39 PM
Orang berpakaian hitam tu..penunggu rumah tu kot
Mungkin sebab tu juga, rumah tu kosong. Orang ta ...

mungkin la kot kan.. Mengikut Amran tu la kali pertama dan terakhir dia nampak menda tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2016 07:36 AM | Show all posts
Hi semua..Ieyfa pelik la sekarang ni. Boleh dikatakan hampir tiap-tiap malam Ieyfa akan mimpi orang meninggal. Tiap kali mimpi tu, Ieyfa akan terjaga pkul 5 pagi dalam keadaan tersentak dan nafas tak sekata siap berdebar habis la. Kenapa yea...Mainan syaitan ni konsisten betul tiap-tiap malam mimpi orang meninggal dan mimpi orang yang dah meninggal, meninggal lagi tapi cara berlainan..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-10-2016 07:07 PM | Show all posts
Hello,

Harini ada cerita singkat je yang baru terjadi baru-baru ni kat hubby. Tapi ni jadi kat rumah mak mertua.

NAK MASUK!!!

Hari tu mama tak ada, outstation ke London. So sebab kesian adik duduk kat rumah sorang, kami decide tidur rumah mama untuk teman adik. Seperti biasa, Ieyfa memang akan tidur awal dan hubby akan tidur lambat sebab dia main Dota. Sampai dah kahwin pun tak berhenti lagi duk main Dota tu. Jadi waktu tu, Ieyfa dh tidur adik pun dah tidur kat tingkat atas. Bilik Ieyfa dengan hubby kat tingkat bawah. Macam yang sebelum ni Ieyfa pernah cerita pasal rumah hubby la.

Waktu tu dalam pukul 3 pagi. Hubby baru lepas habis main Dota, so dia keluar bilik pergi dapur nak minum air sebelum tidur. Tiba-tiba dia dengar pintu grill rumah kena goncang kuat. Mula-mula dia nak pergi tengok jugak lah siapa yang goncang pintu grill tapi xketuk pintu pagi-pagi buta. Hubby cakap macam nak runtuh pintu grill dia goncang.

Bila hubby dah makin dekat dengan pintu tiba-tiba dengar suara orang panggil nama dia. Yang buat hubby terkejut suara tu panggil nama dia sayup-sayup je. Hubby jadi was-was nak bukak pintu sebab rumah mama ni berhadapan dengan guard house. So pukul 3 pagi grill punya kuat kena goncang sure la guard ni nampak. Tapi tak ada lansung guard datang. Plus kalau guard, mesti la guard akan bunyi loceng. Even rumah mama ni konsep dia memang tak ada pagar, tapi guard akan tekan loceng kalau nak panggil.

Bila dia dengar bunyi pintu kayu pulak yang macam nak dibukak sambil suara tu  panggil-panggil nama hubby macam tau-tau je hubby ada kat situ, terus la hubby melompat masuk bilik. Berani-berani dia pun ada gak penakut. Kata dia, dia bukan berlakon cerita hantu yang sampai curious sangat nak bukak pintu. memang tak lah nak cari naya. Lepas je hubby masuk bilik, dah tak ada lansung bunyi grill kena goncang. Kalau tak, dari bilik boleh dengar even orang parking kereta kat porch.

Esoknya, hubby tanya guard ada ronda tak depan rumah pukul 3 pagi. Diowang cakap ada, tapi tak ada apa-apa pun.  Tak ada sesiapa yang datang rumah mama pun masa tu. Jeng jeng jeng...Siapakah itu.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2016 11:01 AM | Show all posts
Hi,

Hari dah siang ni baru berani nak type cerita ni.. Kisah ni baru lagi terjadi..Kira fresh from the oven la kononnye..

AKU DAH MASUK

Okay cerita ni jadi waktu kat rumah mama jugak. Waktu tu Ieyfa tak ikut hubby balik rumah mama sebab kena kerja. Kerja shift kan so terpaksa la bagi hubby balik sorang-sorang kat sana. Katanya nak rasa macam bujang-bujang duk dengan mama.. Okay malam tu, hubby cakap dia tidur awal sebab esoknya nak pergi kerja kan, so tak de la nak berjaga main Dota ke apa.

Tapi time tengah tidur tu, dia terjaga banyak kali. First time dia terjaga sebab dia mimpi ada Cik Ponti duk pandang je kat dia. Kira mata bertentangan mata la dgn Cik Ponti tu. So dia terjaga sebab terkejut tengok wajah tu la kan. So bila terjaga, hubby tidur la balik. Then terjaga lagi and mimpi menda yang sama lagi. Kali ke tiga tidur pun terjaga lagi, lepas tu terus hubby tak berani nak tidur. Takut mimpi yang sama lagi. Berjaga la dia sampai ke pagi. Last-last pukul 6 tertidur balik then 6.30 mama kejut dia nak g office sama-sama.

Tapi kisah ni hubby tak cerita lansung kat ieyfa. Sebab dia anggap macam mainan tidur je. Tapi semalam dia ada jumpa mak saudara dia, then terlepas la cerita tu. Waktu tu mak saudara dia ada dengan ayah saudara hubby sekali. Lepas je cerita, terus bapak saudara hubby cakap, tu bukan mimpi. Tu maksudnya dia memang ada kat situ tengah tengok hubby.

So bapak saudara hubby tanya la, sebelum tu ada kan rasa takut-takut. Kira malam sebelum-sebelum tu. Hubby cakap ada satu malam tu memang ada perasaan yang sangat takut. Waktu tu kami berdua tidur rumah mama, mama dengan adik tak ada sebab tidur hotel. Mama ada meeting so adik teman mama la tidur kat sana. Tapi malam tu memang hubby pelik sangat. Dia siap tidur bukak lampu. Ieyfa memang pelik jugak la sebab hubby bukan jenis tidur bukak lampu. Tapi malam tu memang sampai ke pagi dia bukak lampu. Tapi dia tak cerita apa-apa pun kat Ieyfa. Sebab tak nak Ieyfa takut.

Bila hubby cerita pasal tu kat bapak saudara dia, terus bapak saudara dia cakap masa tu Cik Ponti tu belum masuk lagi tapi tengah nak cuba masuk rumah. So kira malam yang hubby mimpi tu, dia dah berjaya masuk rumah. Oh lupa nak cakap bapak saudara hubby ni memang ada kelebihan la sikit-sikit tapi dia memang tak bagitau orang. Bapak saudara cakap, jangan risau mende tu memang bole masuk kat hubby tapi dia tak bole masuk lama pun. Panas. Sebab ada banyak lagi yang lain nak claim badan hubby ni. Yang itu ada kisahnya tapi macam tak syok pulak nak cerita sebab ada kena mengena dengan family.

So bapak saudara dia cakap, abaikan je. Nanti dia datang rumah mama pagarkan. The best part is, Ieyfa baru dapat tahu.. Waktu Ieyfa kena dengan kakak Ieyfa si Maria tu kannnn... Rupa-rupanya ada yang tolong ubatkan. Bukan Ieyfa baik sendiri..

Hubby baru terlepas cakap hari tu, dia kata waktu Ieyfa tinggal dia, dia rasa macam putus harap kejap, so dia selalu jumpa mak dengan bapak saudara dia. Mengadu la kiranya. Ntah macam mana, bapak saudara dia cakap, Ieyfa bukan tinggal hubby sebab nak, dia kena buatan dengan kakaknya sendiri. So bapak saudara hubby tolong ubatkan dari jauh. Dua hari lepas ubatkan itu yang Ieyfa start  balas msg hubby and start contact balik. Bila ingat-ingat balik, memang sebelum tu Ieyfa tak berhenti minum air yang Maria bagi. Then dua tiga hari tu Ieyfa tak minum..

Nasib baik laaaa ada yang membantu kan....
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2016 01:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Ooo kisah dulu..skrg tt dah okey x? Dgn adik beradik dahbok ke sama je?
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2016 10:29 PM | Show all posts
Hey bro! Hi kawan2!!


30% Welcome bonus sehingga MYR 1,288 Sportsbook hanya untuk anda!!!


Membuat deposit pertama kali dengan MYR minimum 100 dan mendapatkan MYR tambahan 30 untuk bermain



Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!

Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2016 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
une_fille replied at 4-11-2015 01:26 PM
Assalamualaikum wbt... berat betul ujian keluarga TT. Mudah2an Allah kurniakan hidayah & petunjukNya ...

Apa yang hubby you citer tu? Share lah kat sini.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2017 12:49 PM | Show all posts
Edited by une_fille at 10-1-2017 12:54 PM
annakaranina replied at 11-12-2016 01:07 PM
Apa yang hubby you citer tu? Share lah kat sini.

Sory late reply.. ^_^..ok..saya share ek.

Lepas daripada saya ceritakan apa yang saya alami pada husband, dia pun buka cerita..

Peristiwa berlaku masa dia sekolah menengah, waktu tu dia tinggal di asrama. Ada satu malam, kakak husband (sekarang SIL saya) tidur di bilik husband yang mana bilik kami la sekarang.. masa dia tidur , dia tersedar dengar orang baca surah Al-Ikhlas, tapi ayat yang orang tu baca salah..dia pun secara spontan cakap “eh.. salah ayat tu”.. dan terus baca ayat yang betul. Kemudian terus senyap tak dengar lagi suara yang baca tadi..

Tanya semula pada husband, lepas pada tu kakak buat ape? Husband kata, kakak terus sambung tidur..tapi tidur kat bilik dia sendiri.. itu sahaja kisahnya..takde la seram mana..cuma seriau je..hehe


Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2017 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
une_fille replied at 10-1-2017 12:49 PM
Sory late reply.. ^_^..ok..saya share ek.
Lepas daripada saya ceritakan apa yang saya alami pada ...

Still creepy   
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2017 08:59 PM | Show all posts
Scary lah! Tak sangka lah benda ni masih ujud
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2017 02:45 PM | Show all posts
phd ni susah nau nak pupus dri hidup manusia , bertabahlah
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 02:44 PM | Show all posts
Best..Best..Best..sambung lagi TT
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Alaaa..habis dah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2020 03:31 AM | Show all posts
Assalamualaikum..

Selamat Hari Raya dan selamat PKP semua..

Ya Allah 3 tahun xmelawat rumah ku ini..Bersawang teruknye..Maaf la semua yea..

Sebagai pengganti, saya letak satu cerita la yea. Jangan terkejut yea semua.

Tahun 2018 adalah tahun yang sangat memeritkan bagi saya. Abah saya dh kembali menghadap Sang Pencipta pada tanggal 12/12/2018.

Pada tanggal 22/11/2018, Ieyfa telah bercerai dengan si dia. Mesti semua pelik kan.. Macam mana semua tu boleh terjadi.

Kisah bermula bila ex berkenalan dengan seorang gadis ni. Sampai tak nak balik rumah. Kami waktu ni berpindah kat rumah mama dia. Sebab adik dia terlalu kerap outstation, jadi Ieyfa cadangkan kami duduk situ. Senang kalau jadi ape2 nak tengok mama. Ex Ieyfa waktu tu, lansung tak nak dekat dengan Ieyfa. Ieyfa pulak kerja 12 jam, masih ada shift. Ieyfa balik kerja pkul 8mlm dia dah keluar rumah. Balik rumah pkul 5 6 pagi waktu Ieyfa still tidur. Ieyfa bangun pergi kerja dia masih tidur dan akan bangun bila mama kejut untuk pergi kerja.

Menda tu melarat sampai berbulan. Dia pernah cakap kat Ieyfa yang segala perasaan yang dia ada sebelum ni dah tak ada kat Ieyfa. Dah tak rasa sayang dah. Cuma terikat dengan ikatan perkahwinan je. Hati dia kat perempuan tu. Dia boleh bercerita kat Ieyfa pasal perempuan tu semua sekali. Ieyfa punya makan hati sampai kena depression yang sangat2 teruk. Hampir kena admitted ward sebab percubaan membunuh diri.

Satu hari tu, mama panggil Ieyfa untuk pergi ke rumah mak saudara dia yang kat Ampang tu. Ingat tak dulu Ieyfa pernah cerita yang bapa saudara dia pandai mengubatkan orang. Sebabkan mama rasa sangat pelik dengan perangai anak lelaki dia tu, so mama nak Ieyfa berubat. Kata mama, mustahil anak dia yang tergila-gilakan Ieyfa dulu terus jadi macam tu dalam masa yang singkat. Ieyfa waktu tu pasrah je.

Ikut la jugak apa yang mama nak, pergi rumah mak saudara dia. Sampai sana malam,Ieyfa tak lupa sebab masa ni malam birthday ex. Siang tu Ieyfa kat office kena panic attack yang teruk sampai pergi clinic, doctor terus bagi referral letter untuk pergi hospital. Time tu terus kena hantar pergi PPUM. Sebab tu hospital paling hampir. Kena tahan kat sana lama sampai Ieyfa merayu-rayu mintak diowg lepaskan sebab Ieyfa dah tempah restaurant nak sambut birthday ex. Tapi doc lepaskan dalam pukul 9. Menangis-nangis Ieyfa balik rumah,tapi sampai rumah ex masih kat luar sambut birthday dia dengan gf dia.

Sebabkan sebak sangat rasa Ieyfa keluar rumah, tinggalkan surat dan hadiah dia atas katil, Ieyfa keluar tanpa arah tujuan. Waktu tu lah mama call suruh pergi rumah mak saudara dia. Ieyfa waktu tu bawak beg besar nak lari rumah dah. Sampai sana dah lewat. Bapak saudara dia suruh Ieyfa duduk mengadap kiblat. Dia baca ayat-ayat suci then kibaskan belakang Ieyfa.

Dia cakap waktu libasan pertama, ada kaca halus-halus keluar dari belakang. Libasan kedua ada miang buluh yang keluar. Ieyfa waktu tu tak rasa ape-ape pown. Then dia libas banyak kali lagi sampai la dah tak keluar apa2 katanya. Then dia suruh mak saudara tu duduk depan Ieyfa dan tarik menda dari badan. Tarik punya tarik sampai la hujung jari kaki dan dia letakkan dalam botol.

Katanya, balik nanti campakkan dalam sungai atau tempat air mengalir. Pastu dia cakap, balik nanti jangan tegur ex sampai dia tegur dulu. So balik tu, Ieyfa naik dengan mama. Berhenti dekat sungai then mama yang keluar campak botol tu. Waktu tu hujan renyai-renyai.

Sampai je rumah, mama terus naik bilik dia. Ieyfa pulak tak berani masuk bilik so duduk kat ruang tamu. Sampai tertidur kat situ. Tetiba ex keluar bilik nampak Ieyfa terus menangis peluk sambil mintak maaf dan tanya Ieyfa pergi mana balik lambat. Mama sebelum tu dah bagitahu supaya Ieyfa jangan bagitau ex pasal malam tu. So Ieyfa senyap je tak cakap apa2.

Mama cakap perempuan tu ada hantar sesuatu untuk bagi ex Ieyfa nak kat dia. Tapi waktu tu Ieyfa macam dah redha. Then satu hari tu Ieyfa mintak izin nak keluar untuk tenangkan hati Ieyfa. Sebab ex masih tak berubah. Siap bawak mama dan satu family jumpa kenalkan dengan perempuan tu. Ieyfa rasa give up teruk. So Ieyfa duduk satu rumah di area PJ. Dekat dengan office.

Duduk sorang kat situ, memula masuk rumah dah rasa something is wrong. Tapi buat kental je. Rumah tu ada 3 bilik. Ieyfa duduk kat master bedroom. Ieyfa banyak habiskan masa kat dalam bilik je sambil mengenang nasib. Keadaan mental Ieyfa sangat teruk waktu tu. Sebab Ieyfa dah tak ada sesiapa. Owh, waktu ni Ieyfa dah baik dengan family Ieyfa kecuali Maria la. Dan percubaan dia untuk memisahkan kami rupanya masih tak tamat. Waktu Ieyfa jauh, ex Ieyfa sebuk la mencari tapi bila dia tengok je muka Ieyfa, terus panas bontot nak balik.

Waktu kat rumah kat PJ tu Ieyfa pernah kena kacau, tapi macam tak berapa sangat gangguan dia. Sampai la satu hari tu, Ieyfa tengah mamai nak tidur, Ieyfa dengan pintu cabinet kat dapur kena hempas kuat sangat. Ieyfa terus bangun pergi tengok. Yang Ieyfa nampak just pintu kat dapur terbukak. Pelik dah time tu sebab Ieyfa sangat yakin waktu tu Ieyfa tutup pintu tu dan kunci.

Waktu kat dapur tu, rasa meremang sangat. Terus ambil purse, keluar rumah pergi office. Kat office Ieyfa ni memang ada org 24jam. So ada member yang kerja shift malam sampai 8 pagi. Ieyfa melepak kat situ sampai pukul 6 pagi then salah seorang member teman Ieyfa balik rumah. Dia Chinese, so sebelum balik rumah Ieyfa, dia mintak singgah rumah dia dulu sebab dia nak ambil segala penangkal dia nk bawak.

The moment dia sampai rumah Ieyfa, terus dia cakap memang ada something sebab masuk je rumah ada angin kuat menyapa muka dia, sedangkan Ieyfa tutup tingkap tapi mungkin angin dari pintu kat dapur yang Ieyfa tak berani nak tutup tu kot. Tapi time tu memang lansung tak berangin.

So Ieyfa inform kat mak saudara dia pasal ape yang jadi, dia cakap yang tu adalah gangguan dari si Maria dan jugak pasal depression tu adalah dari pengaruh buatan perempuan tu.

So cut story short, Ieyfa melutut meraung kat ex untuk ceraikan Ieyfa sebab dah tak tahan dengan semua tu. Selagi kitowang bersama, selagi tu lah gangguan2 ni tak kan berhenti. Plus, waktu tu, ex memang bukan diri dia dah. Dia dah pukul Ieyfa banyak kali sampai ada kesan. Ieyfa dah give up sebab berubat pown tetap jadi yang sama lagi. Mungkin memang bukan jodoh kami. So kami bercerai dengan cara baik. And last year bulan 6, ex Ieyfa dah selamat berkahwin dengan perempuan tu. Mama tak setuju, tapi ex cakap sama ada terima perempuan tu atau dia akan keluar rumah tak balik-balik. So mama terpaksa setuju.

Ieyfa tetap doakan diowg berbahagia sampai anak cucu and dah tak rasa kena gangguan macam yang Ieyfa kena sepanjang dengan ex. Alhamdulillah, Allah bagi yang lebih baik dalam hidup Ieyfa sekarang. Satu pintu tertutup, banyak lagi pintu lain terbuka. Ujian, dugaan dari Allah takkan pernah habis. Semua untuk melihat sejauh mana kita bersabar dan terus tunduk serta patuh pada perintahNya.

Assalamualaikum...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.051771 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list