CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5022|Reply: 28

EDISI INGATLAH ORANG YG TERSAYANG: Hatta Dolmat selamat dalam kemalangan

[Copy link]
Post time 8-1-2015 03:19 PM | Show all posts |Read mode
Edited by jefri90 at 8-1-2015 05:01 PM

Oleh Haswari AliFoto Ihsan Hatta Dolmat
Kuala Lumpur, 6 Januari 2015: Sudah lebih sebulan berlalu, namun tragedi kemalangan yang membabitkan pereka fesyen popular Hatta Dolmat pada tanggal 2 Disember tahun lalu nampaknya telah memberi banyak kesan mendalam dalam hidupnya.
Bukan sengaja dirahsiakan atau mahu menyorokkan tragedi menakutkan itu kepada orang ramai terutama sekali peminatnya, Hatta Dolmat tenyata mempunyai alasannya tersendiri.
Dihubungi portal murai.com.my, Hatta Dolmat berkata sekurang-kurangnya dia telah memaklumkan berita kurang menyenangkan itu kepada kedua ibu bapanya sebaik sahaja terbabit dengan kemalangan yang berlaku pada sebelah malam itu.
“Kemalangan telah berlaku pada 2 Disember dan dalam masa yang sama pelancaran koleksi terbaru saya akan diadakan pada 6 dan juga 7 Disember berikutnya.

“Jadi saya terpaksa merahsiakan hal kemalangan itu kerana saya tak mahu ianya akan memberi kesan kepada jualan perniagaan saya pada kedua-dua hari berkenaan kerana mungkin setiap manusia mempunyai pandangan yang berbeza.
“Saya mahu, segala hal berkaitan hari jualan itu berjalan lancar, memandangkan ramai yang telah menantikan kemunculan jualan hari itu.

“Apa yang penting, asalkan saya selamat dan tidak ada apa-apa yang parah, saya bersyukur. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan,” katanya yang hanya mengalami luka kecil.
Kemalangan yang berlaku sekitar jam 7.30 malam di Sekyen 7, Shah Alam itu telah membabitkan empat kereta iaitu Kancil, BMW, Ford Ranger dan kereta milik Hatta Dolmat sendiri iaitu Volkswagen Beetle.
Kata Hatta Dolmat, dia sama sekali tidak menyangka kemalangan itu akan berlaku dalam sekelip mata memandangkan keadaan jalan raya ketika itu cukup tenang.

“Kemalangan satu perkara yang tidak dapat dielakkan dan dalam masa dua saat semuanya berubah.
“Saya berasa sangat takut dan terkejut kerana ini adalah kali pertama saya berdepan dengan kemalangan besar membabitkan empat buah kereta.
“ Selepas disiasat, kemalangan itu sebenarnya berpunca daripada kereta Kancil yang memberikan brek kecemasan  dan telah menyebabkan kereta BMW yang berada di belakangnya menghentam dan kemudiannya diikuti kereta lain termasuk kereta saya.
“Keadaan kereta saya sangat teruk terutama di bahagian hadapan termasuk enjin kereta. Tapi Alhamdulillah, saya selamat dan sangat bersyukur.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada teman dan rakan-rakan yang bersusah payah datang untuk menenangkan saya ketika hari kejadian,” katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2015 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Perghhhhh....dah agak benang ni akan muncul!!! Tahniah bang jep!
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2015 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Checkkkkcheckkrockkrockkk!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2015 03:25 PM | Show all posts
makneng replied at 8-1-2015 03:24 PM
Perghhhhh....dah agak benang ni akan muncul!!! Tahniah bang jep!

ampun ampun. mohon semua kemas2 pindah http://mforum.cari.com.my/forum. ... ;page=1#pid58906790 rumah ni dah dibina terlebih awal. #hatersbersatu.

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2015 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok iolls angkut baju pindah ***vroommm ..naik skuter
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2015 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Unlocked




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2015 03:41 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2015 03:48 PM | Show all posts
hehehehehhe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2015 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian chuols abam jefri. Iols ternanti2 benang kokping dr chuols sbb chuols the best tt utk benang kokping. Tp dah ada yg bukak pulak benang kokping tu. Iols rindu dgn intro benang chuols yg berjela jela itewwww
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2015 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala tepek la apa u dah tulis tu mukadimah plssss @jefri90
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2015 04:00 PM | Show all posts
Ha ah laa...tkyahla lock...unlock la..malas dah nak update! haha..teruskan kt sini hocay!
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2015 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau iols x mo pindah
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2015 04:04 PM | Show all posts

old skool btul locknya.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2015 04:05 PM | Show all posts
kakasotong replied at 8-1-2015 03:51 PM
Kesian chuols abam jefri. Iols ternanti2 benang kokping dr chuols sbb chuols the best tt utk benang  ...

I ingt Abg Jeff dah taknak layannn psl kokping! sorry...hehe..abg jeff continue kt sini jelahh..pweasseee...

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2015 04:28 PM | Show all posts
hahaha...........
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2015 04:50 PM | Show all posts
abam jefri terlambat beberapa saat sahaja....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2015 04:59 PM | Show all posts
Mane mane pun bolehhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2015 05:02 PM | Show all posts
anarina replied at 8-1-2015 03:59 PM
Ala tepek la apa u dah tulis tu mukadimah plssss @jefri90

draf dah delete habis kikikiki...maka, berhati2 lah di jalan raya k!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2015 05:03 PM | Show all posts
melinda_kerr replied at 8-1-2015 04:05 PM
I ingt Abg Jeff dah taknak layannn psl kokping! sorry...hehe..abg jeff continue kt sini jelahh..pw ...

eh takpe2...no hard feeling k..hati2 di jalan raya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2015 05:04 PM | Show all posts
epis replied at 8-1-2015 04:50 PM
abam jefri terlambat beberapa saat sahaja....

yup..ingatlah orang yang tersayang...hati2 di jalan raya
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.533997 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list