CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4870|Reply: 30

Operasi Sekolah Tahfiz Milik Amy (Search) Diiktiraf Jais

[Copy link]
Post time 22-6-2015 04:35 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Vokalis kumpulan Search iaitu Amy, meluahkan rasa syukur apabila operasi sekolah tahfiz, Al-Bayan School of Quran & Hadith miliknya di Sungai Buloh dekat sini diiktiraf Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Pemberian sijil bagi mengesahkan operasi sekolah berkenaan telah berlangsung di pejabat jabatan itu di Shah Alam dekat sini pada Isnin.

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 57, berkata, dengan adanya sijil tersebut ia dapat memudahkan lagi pengendalian sekolah tahfiz berkenaan terutamanya dalam mendapat kepercayaan orang ramai.

"Alhamdulillah, Jais mempermudahkan niat saya untuk terus memperkukuhkan sekolah tahfiz ini.







"Dengan adanya sijil daripada pihak mereka, orang ramai akan lebih mempercayai penubuhan sekolah ini yang bertujuan mendidik anak-anak menghafal Al-Quran dan Hadis," katanya kepada mStar Online.

Amy dihubungi mStar Online selepas menerima sijil penubuhan sekolah Tahfiz, Al-Bayan School Of Quran & Hadith di pejabat Jais dekat sini pada pagi Isnin.


http://www.mstar.com.my/hiburan/ ... /amy-search-tahfiz/

Amy bersama pelajar di Al-Bayan School Of Quran & Hadis


Al-Bayan School of Quran & Hadith yang dibuka sejak awal tahun lalu merupakan sebuah sekolah yang mengkhususkan pelajar daripada kalangan kanak-kanak yang berumur 7 tahun hingga 15 tahun.

Selain menghafal Al-Quran dan Hadis, mereka turut diajar Bahasa Arab selain pelajaran asas seperti Bahasa Inggeris dan Matematik.

Sementara itu, Amy berkata, sehingga kini, seramai 18 pelajar yang mendaftar di sekolah berkenaan dan dia merancang untuk memperbesarkan lagi sekolah tahfiz tersebut pada tahun hadapan.

"Apabila sudah ada sijil Jais, macam-macam benda yang dirancang tetapi biarlah ia bergerak sedikit demi sedikit.

"Cuma saya mahu membesarkan lagi sekolah tersebut dan membuat perpustakaan dalam sekolah itu.

"Alhamdulillah, saya sendiri tidak sangka yang kini saya memiliki sebuah sekolah tahfiz, perkara yang saya idam-idamkan selama ini," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Amy dan keluarganya bakal mengerjakan ibadah Umrah pada 7 Julai depan.

*MSTAR ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2015 04:36 PM | Show all posts
bagus usaha amy ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2015 04:40 PM | Show all posts
alhamdullillah.. bagus amy ni..
now days sekolah tahfiz da banyak kt area umah aku pun bnyk jugak,
are bangi tu tapi tak tau ade sijil JAIS ke tak..
macam cemdawan tumbuhnye,.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2015 04:45 PM | Show all posts
alhamdulillah...

seronok dengar..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2015 04:49 PM | Show all posts
saham akhirat die nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2015 05:01 PM | Show all posts
alhamdulillah.................siapa tahu apakan berlaku pada masa akan datang bukan???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-6-2015 05:02 PM | Show all posts
alhamdulillah, semoga berjaya
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2015 05:06 PM | Show all posts
Alhamdulillah. Seronok baca. Siapa sangka Amy yang dahulunya menempuhi kehidupan yang berwarna-warni akhirnya memilih jalan putih lewat usia kehidupannya. Benarlah, manusi itu sifatnya dinamik. Tidak statik. Kita berhak untuk berubah ke arah jalan yang lebih diredhai Allah. Hanya jika kita tidak menafikan hak kita dengan terus-menerus bergelumang dalam dunia hitam secara berlebih-lebihan. Hidayah itu hanya sampai seandainya hati kita menggamit seruan hidayah itu sendiri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2015 05:07 PM | Show all posts
semoga ianya akan berkekalan.......
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2015 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah.. tumpang hepi..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2015 06:00 PM | Show all posts
sixret replied at 22-6-2015 09:06 AM
Alhamdulillah. Seronok baca. Siapa sangka Amy yang dahulunya menempuhi kehidupan yang berwarna-warni ...

setuju. nice words
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2015 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah...cenggini lah..gudboi...hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2015 06:57 PM | Show all posts
Alhamdulillah..moga ank beliau jgk dberi hidayah
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2015 07:04 PM | Show all posts
Alhamdulillah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2015 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Bgus dan sudah2 lah tu menyanyi.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2015 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap abam ahwie pon ikut jejak amy... tahniah bam amy...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2015 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
caplimau replied at 22-6-2015 04:40 PM
alhamdullillah.. bagus amy ni..
now days sekolah tahfiz da banyak kt area umah aku pun bnyk jugak,
...

mahal2 kan yuran nya
ank jiran iols sekolah tahfiz kt bangi gak tak jauh dr ukm kot
yuran sbln rm490 kot gitu
itu tahun lps la
pastu skrg nmpk yg pemes darul huffaz tu, jiran iols ckp yg tu lg mahal.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2015 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Saham akhirat.

Jom cri saham masing2 juga.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2015 10:37 PM | Show all posts
jom dabelkan saham sempena ramadan nih
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2015 11:01 PM | Show all posts
boleh ler nabila huda masuk situ nanti.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 10:34 PM GMT+8 , Processed in 1.253629 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list