CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: obelisk

[Dunia] Insafi Kisah Nasib Umat Melayu Islam Di Singapura

[Copy link]
Post time 24-6-2015 11:45 AM | Show all posts
Keputusan menyingkir Singapura telah dilaksanakan pada Mei 1965, gara-gara tekanan yang menghantui Tunku disebabkan karenah perdana menteri Singapura, Lee Kuan Yew yang sedang mencuba ketika itu agar PAP menggantikan MCA sebagai parti sekutu Perikatan. Tunku tidak mahu melayan karenah Lee agar PAP menjadi parti utama orang Cina. Sewaktu itu Lee berlagak terlebih-lebih dalam merangka satu rencana membuat draf bagaimana Singapura patut keluar daripada Malaysia seandainya usaha beliau itu ditolak. Lee menjangkakan para menteri kabinet Malaysia dapat dipujuk menyebelahi karenahnya. Sebenarnya Lee bersikap 'sedikit-lebih' mengikut tafsiran Tunku sepertimana yang diceritakannya kepada saya ketika zaman persaraannya. Saya kerap menemui beliau sekali setiap minggu di rumahnya di Jalan Tunku. Apabila Lee mengunjukkan draf rencana penarikan Singapura kepada Tunku, beliau telah menandatanganinya dan meminta Lee mendapatkan tandatangan anggota kabinet beliau untuk menyatakan persetujuan yang sama.

Tunku telah bertolak ke London pada bulan Jun. Beliau telah diserang penyakit kayap dan telah dimasukkan ke London Clinic. Ketika itu PBB sedang bersidang dan Tun Dr. Ismail yang bakal menjadi timbalan perdana menteri telah menjadi ketua delegasi Malaysia. Tunku telah meminta Duta Malaysia di Belanda Datuk (gelaran beliau ketika itu) Philip Kuok datang ke London dan kemudiannya terbang ke New York membawa pesan kepada Tun Ismail agar singgah di London dalam perjalanannya pulang ke Malaysia. Tunku mahukan Tun Razak terbang ke London secepat mungkin. Tan Sri Philip yang hampir rabun pandangannya pada tahun 1980-an pernah mendapatkan khidmat saya untuk menulis 'memoir' beliau, pernah menyatakan bagaimana Tun Ismail yang merupakan rakan persekolahan dan sahabat karibnya tidak tahu menahu sebab-musabab arahan Tunku ketika itu. Tunku telah mengarahkan Tun Ismail terus pergi ke Singapura dan mendesak Mr. Lee menyerahkan dokumen persetujuan ahli kabinet Singapura mengenai perpisahan itu. Oleh kerana tidak ada sebarang dokumen rasmi mengenai perkara itu, adalah serba mungkin Dollah Komunis merujuk kepada satu surat yang ditulis pada tarikh yang lebih lewat pada kejadian itu -- selepas berlakunya satu perpisahan yang tidak dapat dielakkan. Ketika itu, segalanya sudah terlambat. Lagipun, apabila Tunku sudah membuat keputusannya, tidak mungkin di merobah pemikiran mengenai tindakannya.

Mr. Lee terjebak dalam satu perangkap bikinannya sendiri. Dia bergegas menelefon Ketua Setiausaha Kementerian Luar ketika itu yang akhirnya menjadi menteri luar Malaysia, Tan Sri Ghazali Shafie untuk campur tangan sambil menyebut dia tidak mengingini perpisahan dan Tunku dikatakannya tersilap tafsiran apa yang dimaksudkannya. Usaha Lee tidak berbaloi. Beliau tidak mahu mempercayai sesiapa kerana memikirkan perkara itu akan reda juga akhirnya. Apabila terserlah kemudiannya pada akhir Julai 1965 bahawa Tunku tidak mahu merobah pendiriannya, seperti pesanan Tun yang amat jelas mengenainya, barulah Mr. Lee mengumumkan perkara itu kepada ahli kabinetnya. Lee tidak mahu berpisah daripada Malaysia tetapi dia sudah tidak ada pilihan lain. Tetapi bukan semua anggota kabinet beliau sanggup menurunkan tandatangan mereka. Yang enggan ialah Timbalan Perdana Menteri, Dr. Toh Chin Chye dan Menteri Luar Mr. S. Rajaratnam. Dalam usaha terakhirnya Dr. Toh telah menulis sepucuk surat kepada Tunku dan berusaha bersemuka dengan Tunku untuk mengelakkan perpisahan itu. Tunku sanggup merobah pendirian hanya kalau Mr. Lee sanggup melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri. Sejurus pulang kembali, Dr. Toh mendapati Mr. Rajaratnam sudahpun menurunkan tandatangannya kerana tidak mahu berdegil bersendirian dalam hal itu. Demikianlah yang diceritakan oleh Rajaratnam ketika saya menemui beliau seperti biasa di Institute of Southeast Asia Studies yang terletak dalam kampus Universiti Kebangsaan Singapura. Ketika itu Rajaratnam adalah seorang fellow kanan tetap pada tahun 1980-an.

Demikianlah halnya pada 9 Ogos 1975, Singapura yang berlagak terjerit dan melalak tanpa kerelaannya, telah menjadi sebuah negara yang merdeka. Titisan airmata Mr. Lee Kuan Yew sewaktu itu memang ada ketulenannya. Terutama sekali sewaktu seorang wartawan India daripada 'The Statement' bertanyakan sebab-musabab berlakunya perpisahan yang mencetuskan kemerdekaan Singapura. Mr. Lee telah dinafikan keinginan mahu menjadi wakil terunggul masyarakat Cina di Malaysia, kerana dia tersilap langkah. Dia tidak dapat memahami sikap lemah lembut Tunku yang menjadi seorang patriak ketika itu sebenarnya telah membungkus kedegilannya yang sungguh perkasa, yang tidak pun dimilikinya. Lee tidak sedar bahawa Tunku dan bukannya Tan Sri Ghazali Shafie yang mengendalikan dasar luar Malaysia. Kerana itu apabila keadaan genting datang meruncing, tidak ada orang lain di rantau ini yang dapat menandingi Tunku dalam menentukan tindakan kerasnya. Kalau ada sesiapa yang memang digusari oleh Tunku, orang itu ialah Sukarno seperti yang terserlah ketika bermulanya proses konfrontasi yang mengganyang Malaysia. Tunku berjaya menguasai keadaan dan melemahkan Mr. Lee dalam urusan hubungan Malaysia-Singapura. Tidak ada alasan yang lain lagi. Dalam memoir Mr. Lee dia ada a menyebut akan keperkasaan Tunku sebagai kelemahannya juga dan dia mengakui fenomena itu walaupun sudah jauh terlambat tempohnya.

Kalau mahu dikaitkan juga penyakit kayap Tunku itu, memang jelas betapa dia amat berkeras ketika itu dalam menentukan Singapura terpaksa berpisah juga. Tunku mempunyai satu sifat yang sungguh bertanggungjawab dalam tugasnya. Kalaulah dia merasa gusar bahawa penyakit kayapnya itu akan mempengaruhi pendiriannya terhadap isu itu, sudah tentu dia melewatkan penetapan keputusannya. Tetapi, seperti yang diketahui dia memang tidak dihantui sebarang ilusi. Dengan hal demikian, adalah tidak adil untuk Dollah Komunis menyebut betapa Tunku telah bertindak secara tergesa-gesa menentukan nasib Singapura kerana wujudnya unsur penyakit yang dideritainya. Saya amat mengharapkan Tan Sri Abdullah sedar akan kesilapan ini dan balik ke persimpangan yang asal. Kami telah berkawan selama tiga dekad setengah. Persahabatan itu walaupun pernah dicemari beberapa perselisihan faham, tidakpun terputus selama ini. Beliau merupakan seorang Setiausaha politik yang dipercayai oleh Tun Abdul Razak. Saya yakin penahanan beliau sebagai seorang tahanan ISA di Kamunting adalah satu bebanan gara-gara tindak-tanduknya melaksanakan dasar Tun.

Kalau diimbau, kesilapan Abdullah ialah menjadi anggota Parlimen ketika penentangan terhadap Tun Abdul Razak dalam UMNO gara-gara dasar politik dan pembangunan negara ciptaan beliau yang sudah semakin sukar untuk dipatahkan. Apalagi dengan peristiwa kematian Tun pada bulan Januari 1976, yang mencetuskan suasana balas dendam yang semakin menggila jadinya. Abdullah menjadi seorang timbalan menteri ketika ditahan. Antara musuh ketat beliau ketika itu ialah Dato' Harun Idris (bekas Menteri Besar Selangor) dan Tan Sri Syed Jaffar Albar (ayah menteri luar yang sedia ada). Perdana Menteri yang baru ketika itu, Dato' Hussein Onn merupakan seorang aristokrat dan patriak yang dianggap sebagai pemimpin sementara sahaja. Seperti Tunku, Tun Hussein Onn memang mempunyai kecekalan yang sungguh perkasa dan amat yakin dengan segala keputusan yang dibuatnya. Hussein memang rapat dengan Mahathir timbalannya, yang pernah disingkir oleh Tunku daripada UMNO tetapi dipungut semula oleh Tun Razak. Tetapi, Dr. Mahathir tidak boleh campurtangan dalam pendirian Tun Hussein seperti yang sudah disedarinya kini, begitulah juga kedudukan timbalannya Dato Seri Abdullah Badawi. Mereka berdua pernah bersekongkolan menyokong Tun dalam usaha menjalin hubungan rapat dengan Moscow untuk melunturkan pengaruh Cina di kalangan rakyat Malaysia. Tetapi, itu satu kisah lain dalam perjalanan politik Malaysia yang mesti diceritakan satu hari nanti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2015 11:49 AM | Show all posts
dodolgemok replied at 23-6-2015 11:44 AM
Blablabla cakap pasal sentimen kaum sapa yg bagi singapore penang ke cina? Puii la umngok cilake cak ...

isteri kedua abang spidey yg ni pun boleh tahan jugak mulut beliyau dibulan nan mulia ini kan?

@spiderman80

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2015 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
dutchy posted on 24-6-2015 11:00 AM
wakakaka!

you shot yourself in the foot w your arguments

Sedeynya sis....mkn x habis kt seafood senibong....duit repair masjid minta tlg kiasupork tlg puasakan
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2015 11:53 AM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 24-6-2015 11:20 AM
So..kak sue mengaku melayu singapore tak sama spt melayu malaysia..saya biasa gi singapore sbb ada ...

Memang kita boyan singapura beza dgn ketuanan melayu. Akak selalu kata boyan singapura tak setaraf dgn ketuanan melayu. You have your own class and we do have our own class. Kita boyan tak pernah bandingkan antara boyan singapura & ketuanan. Tapi ketuanan melayu yg tak henti2 bandingkan....
Part  setinggan dimana lee kuan yu pecah2kan mereka dan ditempatkan dikwsn2 majoriti kaum cina memang akak tak nafikan. Tapi ankel itu cerita 50 tahun yg lalu. Kerana waktu itu kita baru berpecah dgn malaysia. LKY takut dgn kekuatan melayu.
kalau malaysia nak ambek iktibar dari issue ini....kita tak ada hal. That is your perogitive....


Tapi hakikat nya sekarang kehidupan kita boyan singapura sudah berbeza....we are happy with our situation. Yang akak hairan kenape ketuanan melayu yg tak happy & tak boleh terima yg we are dah happy....

Dimalaysia melayu tak ada masalah nak amalkan budaya dan agamanya..krn yg memerintahnya melayu..bangsa lain pun sama boleh amalkan budaya dan agamanya tanpa sekatan.

Jadi maksud ankel kita boyan singapura tak boleh amalkan agama islam kita? Kerana kita kutip duit derma untok bina masjid....ankel classified this as kerajaan halang agama kita? Maaf kalau akak tak faham maksud angkel....pls clarify to me.

Yee..melayu singapore dari segi ekonominya agak ok..tapi jauh dlm sudut hatinya mereka tahu itu sajalah yg mereka ada dan tidak dpt spt melayu malaysia dpt.
Angkel ini tafsiran angkel atau mungkin ini yg ape sedara angkel beritahu pada angkel. Tapi kalau angkel ask me...jauh sudut hati akak I'm glad that im not dont have what the ketuanan melayu ada......menteri melayu tapi rakyaat cam biasa je...

Dan org melayu berdarah cina spt saya yg dah lama hidup ini kenal siapa dap sebenarnya yg mana ramai melayu skrg tak sedar...bila mereka sedar?..bila nasik dah jd bubur.
Well ini masaalah dalaman negeri malaysia.....I have no comment. Kalau you all nak gunakan boyan singapura atau LKY untok kebaikan rakyaat...by all means gunakan. Kita tak ada hal. Hanya kalau kita comment or rasa lawak jgn marahhhhhh







Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2015 12:00 PM | Show all posts
kak_sue replied at 24-6-2015 11:53 AM
Memang kita boyan singapura beza dgn ketuanan melayu. Akak selalu kata boyan singapura tak setaraf ...

istilah 'boyan'
mungkin diwujudkan khusus oleh
kerajaan PAP singapura
bertujuan mengklasifikasikan
'second class citizens' yang tergolong
dalam kelompok itu sebagai warga
asing atau seolah parasit

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2015 12:01 PM | Show all posts
Modngengade replied at 24-6-2015 11:45 AM
Keputusan menyingkir Singapura telah dilaksanakan pada Mei 1965, gara-gara tekanan yang menghantui T ...

Sis....kalau ini yg sibarkan pada rakyaat malaysia. Reason for Tunku kick singapore out......untok kebaikan malaysia then I have no comment walaupun hakikat kita tahu & mempunyai cerita kita sendiri yg berbeza.
Pada akak kalau ketuanan melayu buat begini untok memajukan rakyaat malaysia, untok kebaikan negara malaysia....then akak tak akan pertikaikan. Dan akak harap kamu berjaya memakmorkan malaysia dgn mengunakan issue ini. Berjaya menyatukan umat melayu di malaysia...


Selamat maju jaya malaysia........







Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-6-2015 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku senyum sinis jah tgok meleis sunni suchi hari2 momokkan 13mei rusuhan kaum cina apek keling india semua tpi ujong2 meleis suchi sendiri yg buat khianat lehnat kpd meleis.mmg perangai hamjadah ni lah yg dipuja2 disanjung macai setia penunggu gunong cabang tiga @Modngengade
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2015 12:04 PM | Show all posts
d'zeck replied at 24-6-2015 12:00 PM
istilah 'boyan'
mungkin diwujudkan khusus oleh
kerajaan PAP singapura

Istilah boyan di ujudkan oleh geng2 ketuanan melayu kamu....untok ape? like what you said....untok menghina

Dan jgn lupa ketuanan kata....what is spore if its not for malaysia




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2015 12:07 PM | Show all posts
kak_sue replied at 24-6-2015 12:04 PM
Istilah boyan di ujudkan oleh geng2 ketuanan melayu kamu....untok ape? like what you said....untok ...

sudah dicari sumber rasmi rujukan
istilah tersebut dalam kamus singapura?

pada saya pun istilah tersebut
memang ada konotasi penghinaan

benarkan kerajaan PAP singapura
juga gunakan istilah boyan dalam
urusan rasmi untuk
merujuk kepada ras korang di sana?

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2015 12:08 PM | Show all posts
sub5zero replied at 24-6-2015 11:10 AM
Hihihi....@kak_sue ckp dapppp sgt, nti mnta tlg dutchlady courier 10 kartun kat hakak wat buka pos ...

itu aje yg kamu mampu....dah pusing pusing satu malaya, naik gunung turun gunung tantu tantu kat situ juga.
Issue tak ada joget boyan, issue cikedis, issue boyan beraya naik lorry, donald trumph.........kelakar seremmmmm


Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2015 12:10 PM | Show all posts
d'zeck replied at 24-6-2015 12:07 PM
sudah dicari sumber rasmi rujukan
istilah tersebut dalam kamus singapura?

istilah boyan dah tak ada di singapura. We are known as malay singaporean. Tapi hakikat ini ketuanan melayu tak boleh terima. Marahhhhh....
FYI akak orang jawa dong....


Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2015 12:12 PM | Show all posts
Korang yg boyan boyan kan kita. Korang yg anjing anjing kan kita. Korang juga masih tak puas hati....alahaiiiii


.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2015 12:13 PM | Show all posts
kak_sue replied at 24-6-2015 12:10 PM
istilah boyan dah tak ada di singapura. We are known as malay singaporean. Tapi hakikat ini ketuan ...

jawa juga sub etnik besar
melayu

negara2 barat definasikan
wilayah asia tenggara sebagai malay archipelago

dan etnik utamanya
dikategorikan hanya sebagai malay

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2015 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
kak_sue replied at 24-6-2015 11:53 AM
Memang kita boyan singapura beza dgn ketuanan melayu. Akak selalu kata boyan singapura tak setaraf ...

Saya hanya membuat perbandingan bukan nak sedarkan melayu singapore..tapi nak sedarkan melayu malaysia kak sue..

Dgn segalanya2 melayu ada mereka mcm tidak bersyukur dgn apa yg mereka ada..mereka akan tahu makna syukur bila dlm keadaan mereka susah..apa yg mereka ada telah tiada..itu je.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2015 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Z77 replied at 24-6-2015 11:22 AM
hak istimewa ni hanya utk melayu tertentu jer...katakan aku nak tender tu..gunakan isu melayu so u ...

kan...

itulah maksud aku...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2015 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
kak_sue replied at 24-6-2015 12:12 PM
Korang yg boyan boyan kan kita. Korang yg anjing anjing kan kita. Korang juga masih tak puas hati... ...

Seingat saya..saya tidak pernah memboyankan melayu singapore kak sue.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2015 12:16 PM | Show all posts
kak_sue replied at 24-6-2015 04:01 AM
Sis....kalau ini yg sibarkan pada rakyaat malaysia. Reason for Tunku kick singapore out......untok ...

sis...itulah fakta.....
hari tu ioul naik SIA....ioul cuma mampu tersenyum sinis apabila membaca sejarah pembukaan negara Singapura....Stamford Raffles membuka Singapura dan selepas itu ummah cina datang memajukan.....langsung sedikit pun tidak dinyatakan tentang leluhur sis yg mula2 bertapak di situ....ioul juga doakan agar sis sukses
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2015 12:17 PM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 24-6-2015 04:13 AM
Saya hanya membuat perbandingan bukan nak sedarkan melayu singapore..tapi nak sedarkan melayu mala ...

sebenarnya artikel di atas ditujukan kpd melayu malaysia agar insaf tetapi melayu singapore pula yg merasa kesenduannya....nk buat camner kan
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2015 12:18 PM | Show all posts
sub5zero replied at 24-6-2015 10:43 AM
Klau lky idup lg...mau muntri2 kiasupork yg posa kna tendang dr tumasek sbb tlg fund-raising masji ...

A turning point came when then Prime Minister Lee Kuan Yew initiated meetings with members of the Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS; also known as the Islamic Religious Council of Singapore), as well as Malay MPs, at the Istana. The meeting on 10 December 1974 was attended by officials such as then Minister for Social Affairs Othman Wok, then MUIS president Buang Siraj and Mufti Syed Isa Semait. Thus was born the concept of having a fund to which Muslims could voluntarily contribute through the CPF.




Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2015 12:19 PM | Show all posts
kak_sue replied at 24-6-2015 04:12 AM
Korang yg boyan boyan kan kita. Korang yg anjing anjing kan kita. Korang juga masih tak puas hati... ...

rileks kak sue...rileks..bawa bertenang....ioul tahu kak sue tertekan di sana.....jgn gusar, akan muncul PM melayu pertama di Singapura dan menukar semula nama Singapura kpd Temasik....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 09:49 PM GMT+8 , Processed in 0.099012 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list