CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: EJALTI

[Tempatan] Persidangan Antirasuah Antarabangsa: Najib tak hadir atas faktor keselamatan

[Copy link]
Post time 4-9-2015 11:11 AM | Show all posts
bit replied at 2-9-2015 11:54 PM
Tapi dah beberapa bulan dia duduk senyap saja di malaysia.

Kalau x asyik oversea memanjang dgn je ...

so akak pink shopping online saja kah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2015 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dodolgemok at 4-9-2015 11:12 AM
dizek replied at 4-9-2015 09:46 AM
setakat dibaling kasut
dan telur dah cukup
sinonim di negara2 lain


Cai xmo jawab ke sapa yg lantik menteri dan penasihat2 yg bagu nasihat bodoh? Ko tanak jawab ke kenapa najib laknat kena ikut nasihat org lain, dia xde pendirian sendiri ke? Mohon cybertrooper umngok buat kerja kuat sikit. Jawab aku pls...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2015 11:47 AM | Show all posts
Daunsena replied at 4-9-2015 11:10 AM
Yg hadir orang intellectual kan. bukan macam bersih.
bongok bongok.
caprut caprut.

intelek di otak

agenda songsang dan hasad
di hati

sebab itu tak semua so-called intellectual
boleh pakai
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2015 11:50 AM | Show all posts
dodolgemok replied at 4-9-2015 11:11 AM
Cai xmo jawab ke sapa yg lantik menteri dan penasihat2 yg bagu nasihat bodoh? Ko tanak jawab ke  ...

niat bawa masuk dah cukup
baik

bagi platform supaya tak
melalak di luar

tapi tak semua boleh
diubah dengan cara gitu

keling utayakumar sebagai
contoh
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2015 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
So, satu donia termasuk kaki2 rembat duit  tegar macam daim, madey, rafidah, kroni2 kapitalis mcm vincent tan, lim kit siang, loyar ceti debt collector ambiga are against Najib. Tapi najib masih stedy lagi. Bravo najib. Tak siasia wa sokong lu. Kasi clean up semua parasit2 kaki rembat duit rakyat yg bepuloh tahun kibau duit rakyat dgn their foreign masters. Kipidap bro!
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2015 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha....bila x pegi nmpk sgt hang kaki rasuah jibby oi.klau hang pegi pon nmpk sgt muka taik x tau malu apa pun x boley...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-9-2015 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Bijan x leh undur sbb kalau undur melepaslah 2.6billion lemon dia..silap2 masuk jail teruih
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2015 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Eleh sebenarnya jibby memang x mau pergi..dia suruh lah punahsihat dia bagi alasan mcm2..kononnya punahsihat yang tak bagi dia pergi

Petani kacang jimmy carter dulu2 aman2 ja jadi presiden us tanpa ada chief of staff..sendiri buat decision. Jibby memang tak dak tulur..kecut..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2015 07:36 AM | Show all posts
dizek replied at 4-9-2015 11:47 AM
intelek di otak

agenda songsang dan hasad

agenda ditafsirkan jadi songsang & hasad jadi dengki apabila kena tegur akibat perbuatan yg songsang sendiri.maka macam macam cerita keluar untok menepis tuduhan2.


tapi dgn duit berbillion billion dalam kocek.
mampu lah yg ampunya badan tangkap orang2 yg menentang dia.
yg di kata hasad dengki dgn dia.
yg cemburu dgn kejayaan dia.
orang lain semua bangsat.
DIA saja yg berbangsawan





Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2015 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian datuk paul kena bg alasan utk penjenayah mcm jibon... Dah jd menteri si paul ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2015 08:34 AM | Show all posts
hihihihi Najib the pussy cat
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2015 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Peliknya najib ni....knp beliau x mau  hadir?
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2015 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
dizek replied at 2-9-2015 04:47 PM
dingin atau tidak,pedulikan sambutan peserta



Senang je nak elak peluru dan buang persepsi negatif. Datang persidangan ni dan bagi jawapan telus bagi semua skandal dia. Tapi seperti biasa, cabut lari dan x datang.
Dengan tak hadir tu buat orang lagi hilang keyakinan dengan dia. Takkan itu pun pr2 najib x boleh fikir. Faktor keselamatan?? Bs..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2015 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
EJALTI replied at 2-9-2015 05:33 PM
PM dinasihati tidak hadir IACC, kemungkinan persekitaran ‘ganas’, kata menteri

OLEH MUZLIZA MU ...

Press conference pun bg statement berbelit..kejap dinasihatkan tak perlu hadir, tetiber ada ker statement dah ada hal lain pulak masa time conference...so moral of the story tak payah percaya surat khabar Malaysia sbb sah2 menipu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2015 11:59 AM | Show all posts
Najib dikritik di IACC memalukan, kata Rafidah

RAZIATUL HANUM A.RAJAK
4 SEPTEMBER 2015




HAH ALAM – Kritikan yang ditujukan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) sejak kelmarin di Putrajaya memalukan.

Bekas Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz berkata, kini Malaysia menjadi buah mulut negara luar dan suasana itu menyakitkan namun kita tidak boleh menyingkirkan semua komen tersebut.

“Sekarang di persidangan antarabangsa (IACC) pemimpin kita dipersoalkan berhubung isu semasa yang kita sendiri sebagai rakyat masih menuntut jawapan.

“Keadaan ini memalukan apabila orang asing mula menayang kesilapan kita. Sudah tentu ia menyakitkan seperti mencurah garam dan cuka pada luka. Namun kita tidak boleh hapuskan semua komen itu kerana ia memang sahih,” katanya melalui status yang dimuat naik di laman Facebook, hari ini.

Najib terus menjadi sasaran sebahagian pemimpin dan delegasi luar negara yang hadir ke IACC di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang melanda pemimpin nombor satu negara itu.

Sementara itu, Rafidah yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu turut menyarankan agar isu yang terus dibangkitkan itu diselesaikan segera untuk menebus kembali nama baik negara ini.

“Dunia memerhatikan kita dan menunggu bagaimana isu yang besar ini ditangani. Mereka akan ketawa melihat dua atau tiga pegawai ditukarkan ke sana dan sini...ia tidak selesaikan apa-apa.

“Kawal isu-isu itu. Tiada yang terlalu sukar ditangani jika objektifnya untuk dapatkan jawapan. Kita mesti lakukan semua usaha untuk tebus balik nama baik negara Malaysia,” katanya.

Menurutnya lagi, jangan lagi membazir masa dan usaha dengan mempersoalkan tentang demonstrasi yang berlaku.

“Fokus untuk memahami kenapa rakyat berdemonstrasi...contohnya alasan mereka turun ke jalan.

“Fokus untuk mengetahui setiap isu di peringkat akar umbi dan selesaikan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan...‘please walk the talk’,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2015 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
EJALTI replied at 5-9-2015 11:59 AM
Najib dikritik di IACC memalukan, kata Rafidah

RAZIATUL HANUM A.RAJAK


Rafidah ex miti kasi tongkat kat kompeni2 besar kroni pelahap sabsidi rakyat ade hati nak sound najib yg bagi banyak peruntukan kat rakyat?....... Pigidah nenek!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2015 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak perlu layan cacaicacai yahudi kibau duit negara lain baby killer datang negara orang tuduh org rasuah padahal tangan sendri begulamang taik najis pekena rakyat kat negara sendri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2015 12:55 PM | Show all posts
Ketua konvensyen antirasuah PBB minta PM undur

http://m.malaysiakini.com/news/311128



Konvensyen Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Pencegahan Rasuah (UNCAC) mahu perdana menteri meletakkan jawatan supaya tiada campur tangan dalam siasatan berkaitan kemasukan RM2.6 bilion ke dalam akaunnya.

Pengerusi UNCAC Manzoor Hasan berkata perkara itu langkah terbaik bagi memastikan sebuah siasatan yang adil.



“Dalam dunia yang ideal, kamu mahu lihat perdana menteri kekal, dan siasatan juga berlangsung.

“Tetapi saya fikir realitinya jika mereka tidak letak jawatan, proses siasatan boleh dipengaruhi dan menjejaskan keseluruhan proses.

“Jika kamu gunakan prinsip biasa, prinsip undang-undang, apabila seseorang disiasat, biasanya orang itu akan letak jawatan supaya siasatan bebas boleh berlangsung,” Manzoor dipetik sebagai berkata oleh The Malaysian Insider hari ini.

Bercakap dalam Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) ke-16 di Putrajaya, Manzoor berkata keengganan Najib berundur tidak pelik, tetapi bukan perkara baru.

Akhbar antarabangsa The Wall Street Journal (WSJ) sebelum ini mengejutkan politik Malaysia dengan laporan mendakwa wang RM2.6 bilion dimasukkan ke akaun peribadi Najib.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata wang itu hasil sumbangan derma, sekali gus menimbulkan perbahasan awam sama ada ia berunsur rasuah atau tidak serta persoalan melibatkan isu integriti.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2015 12:59 PM | Show all posts
Soal AS$700 juta masih jadi tanda tanya

OLEH SHERIDAN MAHAVERA
Published: 5 September 2015 7:00 AM


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak enggan beri penjelasan lanjut mengenai derma RM2.6 bilion yang masuk ke akaunnya meskipun demonstrasi jalanan diadakan dan pakar anti rasuah dunia mendakwa perbuatan itu rasuah besar. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 September, 2015.


inggu lepas, kira-kira 500,000 rakyat Malaysia turun ke jalanan menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan derma sebanyak AS$700 juta (RM2.6 bilion) yang diterimanya.

Minggu ini pula, beberapa badan dunia yang terlibat dalam membanteras rasuah melakukan perkara yang sama, bukan di jalanan tetapi pada Persidangan Antarabangsa Pencegahan Rasuah (IACC) ke-16 di Putrajaya, tidak jauh dari pejabat Najib.

Najib bagaimanapun tidak menghadiri IACC itu, atas nasihat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Paul Low, kerana bimbang perdana menteri mungkin berdepan dengan reaksi negatif.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menghadiri perhimpunan Bersih 4 sebanyak 2 kali, menegaskan beliau tidak menyokong tuntutan penganjur, tetapi berdiri bersama rakyat Malaysia yang mahukan jawapan kepada AS$700 juta yang disalurkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.

Tema pada 2 peristiwa itu, Bersih 4 dan IACC, senada - tindakan harus diambil kepada sesiapa saja yang terlibat rasuah, tanpa mengira kedudukan.

Setakat ini Najib seolah-olah memekakkan telinga kepada rakyat Malaysia. Tetapi dengan mengabaikan saranan beberapa pejuang rasuah ternama dunia, akan menunjukkan beliau mempermainkan janjinya bagi membasmi rasuah di negara ini.

Dan demikian merupakan perkara utama yang diambil kira daripada IACC - persidangan terbesar seumpamanya di dunia - jika Malaysia serius dalam menangani rasuah dan menyertai liga negara maju seperti diinginkan Najib, maka tiada sorang pun yang boleh terlepas, termasuk perdana menteri.

Cobus de Swardt daripada Transparency International-Afrika Selatan mendakwa Najib tidak boleh berdiam diri jika beliau mahu meyakinkan dunia, terutama pelabur, untuk membuat pelaburan di Malaysia.

Kepercayaan pasaran terhadap ekonomi Malaysia amat penting sekarang apabila negara ini berdepan dengan masalah kejatuhan nilai ringgit dan keuntungan hasil minyak yang berkurangan.

"Langkah berdiam diri pegawai tertinggi di negara ini akan menghakis apa saja kepercayaan yang terdapat di negara ini," kata de Swardt kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata pertumbuhan ekonomi yang berterusan tidak dapat dikekalkan jika terdapat amalan rasuah dan ini terbukti di beberapa negara yang mengamalkan rasuah pada tahap tinggi.

Terus berdiam diri juga akan menimbulkan satu penghinaan terhadap usaha pentadbiran beliau sendiri dalam memerangi rasuah di setiap lapisan masyarakat kerana mesej yang dihantar adalah individu tertentu tidak perlu bimbang yang mereka akan didakwa.

"Kami bersetuju dengan ribuan rakyat Malaysia yang turun ke jalanan mendesak perdana menteri menjawab soalan berhubung dana AS$700 juta dalam akaunnya," kata Naib Pengerusi Transparency International (TI) Elena Panfilova.

Panfilova dan de Swardt adalah yang terkini di kalangan pegawai TI - kumpulan anti rasuah peringkat global yang mengkritik sikap berdiam diri Najib tentang sumbangan derma itu.

Sepanjang 3 hari lepas, peserta persidangan yang merupakan pegawai tertinggi dan pakar anti rasuah di negara masing-masing mengemukakan 3 soalan kepada Najib:

* Siapa yang memberikan AS$700 juta itu?

* Apakah tujuan derma itu?

* Apakah jenis pertalian, jika ada, yang berhubung kait derma itu?

Pada hari kedua persidangan itu, Pengerusi TI Jose Ugaz menggambarkan sumbangan itu sebagai satu kes rasuah dahsyat, yang boleh memberi kesan kepada hak asasi manusia.

Sehingga kini, Najib hanya mendedahkan yang wang itu adalah sumbangan penderma dari Timur Tengah dan ia bertujuan membantu Malaysia menentang kumpulan militan Negara Islam Syria dan Iraq (Isis).

Pengkritiknya menolak penjelasan yang dibuat beliau kerana wang itu dipindahkan secara berperingkat ke akaun beliau pada 2013, sedangkan Isis hanya ditubuhkan pada 2014.

Beberapa menteri dalam Kabinet beliau mengatakan derma itu bukan satu isu besar atau ia perkara biasa bagi Najib sebagai presiden Umno untuk menyimpan wang amanah dalam akaunnya.

Ini meningkatkan pandangan orang ramai yang Najib seolah-olah terkecuali daripada menerima akibat atas sebarang tuduhan salah laku.

Walaupun Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tidak akan ada pengecualian ke atas sesiapa pun yang dituduh rasuah, Panfilova berkata:"Kami harap beliau bertanggungjawab mengotakan janjinya.”

Beliau segera menambah, "menghentikan pengecualian bukan dengan kata-kata, tetapi dengan tindakan". – 5 September, 2015.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2015 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
...paling selamat di Harrods London, kedai Hermes, Richard Mille outket...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 11:41 AM GMT+8 , Processed in 0.232858 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list