CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: Lorra2411

(Edisi Lambaian Kaabah) Rahmad Mega Bakal Menunaikan Haji

[Copy link]
Post time 8-9-2015 04:47 PM | Show all posts
iras john kook wau lah kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-9-2015 04:55 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 8-9-2015 03:57 PM
x silap meols, dolu2 ada gossip katanya dia ada doctorate PHD???

BUKAN menidakkan kredibiliti artis kita, tetapi jumlah mereka yang menuntut ilmu secara formal boleh dibilang dengan jari. Apabila berada di kemuncak populariti, kesungguhan untuk menuntut ilmu seakan terpadam dan tertangguh dek kerana terlalu sibuk dengan lakonan dan persembahan.


Namun, bagi bekas vokalis kumpulan Mega, Rahmat Tohak, 38, atau lebih dikenali sebagai Rahmat Mega, keinginannya untuk menambah ilmu tidak pernah luntur, sebaliknya dia melihat peningkatan usia yang melingkunginya kini perlu diseiringkan dengan penambahan ilmu.Selepas Mega mengalami zaman suram sekitar 1996, Rahmat beralih arah mencari rezeki dengan membuat pelbagai kerja dengan menjadi promoter, kaunselor, berniaga dan berceramah.
Menyedari kekosongan dalam diri, Rahmat akhirnya mengambil keputusan kembali menimba ilmu dengan mengambil kursus perubatan alternatif bersama Dr Ibrahim Ahmad (Aura Seri). Kini selepas sekian lama berhempas-pulas, dia kini berjaya menggenggam ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang pengurusan perniagaan daripada University Of New Age yang berpusat di ibu kota Kuala Lumpur.Sewaktu pertemuan dengan Rap di Balai Berita baru-baru ini, Rahmat berkata, kekecewaan terhadap industri muzik tanah air dan kepelbagaian kerja yang dilakukannya sebelum ini antara sebab dia kembali menuntut ilmu sehingga ke peringkat tertinggi dan memperoleh PhD pertengahan September lalu.
"Saya tidak pernah menganggap status sebagai penyanyi dan orang yang dikenali di mata masyarakat sebagai penghalang untuk menuntut ilmu. Bukankah mencari ilmu itu fardu bagi umat Islam? Malah kita diseru supaya menuntut ilmu dari buaian hingga ke liang lahad."Lagipun industri kita bergerak seiring peredaran zaman di mana populariti yang diraih seseorang artis akan silih berganti dan mereka tidak akan kekal selamanya di hati peminat. Antara lain, saya menganggap ijazah yang diperoleh ini akan menjadi titik tolak buat saya menceburi bidang baru yang berkaitan dengan muzik, jaringan perniagaan dan sistem pemasaran pelbagai peringkat (MLM)," katanya.
Mengimbas latarnya, Rahmat yang mula menyertai kumpulan Mega pada 1991 pernah muncul dengan empat album penuh dan beberapa album kompilasi. Dia mula dikenali menerusi lagu Takdir Dan Waktu ciptaan Rahim Othman apabila lagu berkenaan meraih Lagu Terbaik dalam pertandingan Muzik-Muzik 1991.Manakala lagu Bayangan Gurauan yang dipetik daripada album ketiga pula menjuarai pertandingan Pujaan 10 terbitan RTM pada 1993 untuk kategori Juara Lagu Berkumpulan dan Persembahan Terbaik. Sebelum itu Mega popular dengan lagu Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara yang dinyanyikan vokalis asalnya, Asmazaris Ismail (Zarith) menerusi album pertama.


Tambah anak jati Johor Bahru yang dilahirkan pada 19 Disember 1969 itu lagi, walaupun pernah mencuba nasib dalam pelbagai bidang sebelum ini, namun cintanya terhadap muzik tidak pernah pudar kerana ia sudah sebati dengan dirinya dan menjadi darah daging.
Tanpa berselindung, Rahmat mengakui kadangkala dia merindui untuk kembali beraksi di pentas menghiburkan peminat yang pernah menyokongnya suatu ketika dulu.
"Kali terakhir saya merakam album ialah pada Ogos tahun lalu di Planet Hollywood Kuala Lumpur menerusi album Live Konsert Mega & Fotograf Reunion 2006. Apa yang membanggakan, album ini sudah dijual melebihi 10,000 unit setakat ini. Sebelum itu, saya juga terbabit menjayakan album Semangat Zaman bersama Nash Lefthanded, Mus May, Shamrin Fotograf dan ramai lagi."Saya juga turut mengadakan beberapa persembahan pentas, tetapi ia tidaklah sekerap dulu. Sebenarnya saya juga ada perancangan untuk muncul dengan album baru, tetapi ia masih lagi dalam peringkat perbincangan dan menunggu masa yang sesuai," katanya.
Mengulas mengenai industri muzik sekarang, Rahmat berkata, banyak lagu yang dinyanyikan kini lebih kepada unsur cinta, sedih dan kecewa. Katanya, lambakan lagu sebegini di persada muzik tanah air boleh memberi kesan negatif kepada pendengar dan menyebabkan mereka tidak bersemangat, layu dan 'lentok'."Sewajarnya, industri muzik kita diserikan dengan pelbagai lagu yang bersemangat dan memberi motivasi kepada pendengar untuk rajin berusaha dan berkerja keras mencapai kecemerlangan."Di samping itu, banyak lagu yang dinyanyikan sekarang tidak begitu 'melekat' di hati peminat," katanya.
Sumber : Metro

ni iolss dapat, taktau betul ke tidok.

Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2015 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Ceh phd university of new age
Bogus cert nih
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2015 10:58 PM | Show all posts
Semoga dimudahkan urusan
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2015 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga selamat pergi dan selamat kembali serta mendpt haji yg mabrur..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.058468 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list