CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: EJALTI

[Tempatan] Najib-Taat atau derhaka titah raja?#74 Gesaan Muhyiddin, #251 Zahid

[Copy link]
Post time 8-10-2015 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kali ni baju merah xde pulak nak demo depan sri perdana ke putrajaya ke, maruah raja melayu dah tercabar ni,najib buat derk je titah raja2, pasni kluar la dlm utusan nak siasat harta2 sultan pulak, walaupun sultan pun xperfect tp rakyat lg sokong sultan dr umno
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2015 02:53 PM | Show all posts
mommymonster82 replied at 8-10-2015 02:48 PM
Jangan salahkan pembangkang....

Kalu sendiri pon ada silap..so betulkan...


nak salahkan tony pua seratus peratus

pun tak boleh

sebab kalo dia tak politikkan, tak ada
manafaat kepada DAP

maka tony pua perlulah disalahkan
200%



Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 02:56 PM | Show all posts
renko replied at 8-10-2015 02:06 PM
macai mmg bodoh
da terang2 majlis raja2 suh siasat cpt2
dorg merepek meratib dap3

Memang betul saranan majlis raja2... disegerakan siasatan,
Jika ada penyelewengan oleh 1mdb atau fitnah2 yg tak betul mengenai 1mdb perlu diselesaikan
Dan diambil tindakkan segera.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
dizek replied at 8-10-2015 02:53 PM
nak salahkan tony pua seratus peratus

pun tak boleh

Masing2 ada agenda...
Yang pegang kuasa pon kenapa nak buat benda macam ni?
Xsepatutnya berlaku..

Cash....
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 02:56 PM | Show all posts
mommymonster82 replied at 8-10-2015 02:56 PM
Masing2 ada agenda...
Yang pegang kuasa pon kenapa nak buat benda macam ni?
Xsepatutnya berlaku ...

benda apa tu?
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 03:13 PM | Show all posts
rashiman replied at 8-10-2015 02:56 PM
Memang betul saranan majlis raja2... disegerakan siasatan,
Jika ada penyelewengan oleh 1mdb atau  ...

dah tu nasihatkan lah tuan pondan ko tuh
suh percepatkan siasatan
bknnye melalut konar baring sana sini
tu pon nk kene ajar ke
xhabis2 fitnah
kalo fitnah g la saman fitnah
mana tau dpt 2.6b lg

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-10-2015 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 8-10-2015 01:43 PM
Sekarang majlis raja2 suruh siasat tpi puak2 kau pergi sindir keji majlis raja2. Tu kau boleh diam ...

Statement over pemegang mohor besar bff tdm korg msiakini n the gang memamg kasi putar habis

Kita tunggu nanti bila bunyi lain apa korang spin pula
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 03:30 PM | Show all posts
kalau la raja yg bklh libatkan diri dlm pentadbiran gov
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2015 03:30 PM | Show all posts
renko replied at 8-10-2015 03:13 PM
dah tu nasihatkan lah tuan pondan ko tuh
suh percepatkan siasatan
bknnye melalut konar baring sa ...

Dijangka 2016, isu 1mdb akan dpt diselesaikan....
Kena bersabar...musuh2 1mdb ramai, jadi x heran ada yg
Menyebarkan maklumat palsu , tuduhan palsu utk kepentingan
Politik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2015 06:57 PM | Show all posts
Edited by EJALTI at 8-10-2015 10:58 AM

PM perlu akur titah segera tangani isu 1MDB

NIZAM ZAIN
8 Oktober 2015
http://www.sinarharian.com.my/na ... i-isu-1mdb-1.438183



SHAH ALAM - Pakatan Harapan menjunjung titah Majlis Raja-raja Melayu bahawa kemelut kewangan 1MDB dan risikonya terhadap ekonomi negara perlu ditangani dengan segera.

Pakatan Harapan dalam kenyataan bersama antara Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, kerajaan perlu bertindak segera dan akur kepada titah baginda tersebut.

"Pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lagi boleh melengah-lengahkan keputusan-keputusan yang penting mengenai 1MDB kerana kegawatan yang berlarutan telah dan akan membawa kesan buruk kepada ekonomi negara.

"Kami menyeru supaya semua institusi awam dan agensi penguatkuasaan memainkan peranan dengan sebebas mungkin supaya kemelut 1MDB dapat diselesaikan segera," kata mereka dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu Majlis Raja-Raja Melayu pada Selasa menitahkan pentadbiran Najib perlu menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan dengan 1MDB dan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat.

Baginda sekalian juga menegaskan semua pihak bertanggungjawab perlu memberi kerjasama sebenar dan jujur agar usaha serta maksud siasatan tersebut berjaya.

Dalam pada itu, Pakatan Harapan juga menegaskan sebarang cubaan oleh mana-mana pihak untuk campur tangan atau mempengaruhi siasatan oleh pihak berkuasa boleh mengingkari titah baginda sekalian.

Sementara itu, Pakatan Harapan sedang menyiapkan Belanjawan mereka sendiri sebelum kerajaan membentangkan Bajet 2016 di Parlimen pada 23 Oktober ini.

Antara fokus utama Belanjawan Pakatan Harapan ini adalah langkah muktamad masalah 1MDB ini untuk mengelakkan rakyat terus terheret dengan kegawatan ekonomi akibat kemelut kewangan yang dihadapi syarikat pelaburan itu.

Gabungan itu turut menjunjung titah baginda sekalian agar keharmonian kaum dan perpaduan dijaga demi kesejahteraan negara.

"Titah tersebut adalah tepat mengambil kira pelbagai kejadian akhir-akhir ini yang seolah-olah cuba melaga-lagakan satu kaum dengan kaum-kaum yang lain kebelakangan ini.

"Oleh itu kami mengajak semua rakyat Malaysia untuk bersama-sama menghayati titah Majlis Raja-raja Melayu itu agar menghindari perbuatan atau pengucapan yang menyinggung perasaan orang lain terutamanya yang bersabit kaum dan agama," katanya kenyataan itu lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2015 07:00 PM | Show all posts
1MDB kena beri penjelasan berterusan

Wartawan Sinar Harian
8 Oktober 2015
http://www.sinarharian.com.my/na ... berterusan-1.438054

SHAH ALAM - Pihak pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu beri penjelasan yang berterusan kepada rakyat tentang proses penyelesaian yang sedang dijalankan.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, pihak syarikat itu juga perlu mengambil positif saranan Majlis Raja-Raja untuk menyelesaikan masalah syarikat itu dengan segera.

“Saya juga ambil positif saranan yang di buat oleh Majlis Raja-Raja. Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga telah berjanji untuk menyelesaikan masalah ini dalam tempoh enam bulan.

“Masyarakat juga meminta perkara ini diselesaikan dengan segera supaya dapat menjernihkan yang keruh dan boleh selesaikan isu yang dibangkitkan selama ini,” katanya, semalam.

Menurutnya, apa yang perlu dilakukan oleh 1MDB pada ketika ini ialah menerangkan kepada rakyat tentang langkah penyelesaian yang sedang berjalan agar tidak timbul salah faham dalam kalangan rakyat.

“Saya minta perkara ini (langkah penyelesaian) diumumkan dari semasa ke semasa oleh pihak pengurusan 1MDB.

“Rakyat juga ingin tahu apa perkembangan terkini mengenai proses penyelesaian tersebut,” katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2015 07:01 PM | Show all posts
Teguran 1MDB Majlis Raja-raja ada maksud tersirat

MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
7 Oktober 2015
http://www.sinarharian.com.my/na ... d-tersirat-1.437823  

SHAH ALAM - Teguran Majlis Raja-raja Melayu agar pentadbiran Putrajaya memulihkan kembali ekonomi negara berikutan kejatuhan nilai mata wang kerana krisis 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebenarnya mempunyai maksud tersirat.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Salahuddin Ayub berkata, maksud tersirat tersebut adalah Majlis Raja-Raja Melayu mahu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak  berundur sebagai Perdana Menteri Malaysia kerana telah gagal menyelesaikan isu 1MDB dengan segera sehingga menjejaskan ekonomi negara.

"Banyak pihak telah menyuarakan kebimbangan isu 1MDB ini termasuk masyarakat kampung, Ahli Umno sendiri dan terkini, Pegawai pegawai Tinggi Kerajaan seperti Tan Sri Datuk  Ungku Dr Zeti Akhtar Ungku Abdul Aziz, Gabenor Bank Negara dan bekas Ketua Peguam Negara, Tan Sri Datuk Seri Panglima Abdul Gani Patail amat mencemaskan.

"Amanah merasakan ianya isyarat jelas bahawa Datuk Sri Najib perlu berundur dengan segara kerana beliau masih gagal membuktikan ketelusan dan keyakinan semua pihak termasuk Majlis Raja-Raja Melayu tentang isu 1MDB yang turut dikaitkan dengan peribadi beliau yang sehingga kini tidak ‘dibersihkan’ lagi di Mahkamah," katanya.

Semalam, Raja-raja Melayu dalam satu kenyataan mahu kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan dengan 1MDB dan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
dizek replied at 8-10-2015 02:45 PM
dipecat sebab terikut rentak
pembangkang


Makin ko jawab makin nampak kebodohan kau la bangsat. Lahanat cam kau mmg selayaknya dimaki keji cerca lah sial. Mohon mampos dalam lubang babi boleh?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2015 08:09 PM | Show all posts
TPM: Desakan percepat siasatan tak harus berlaku

Hari ini, 7:21 pm      Hari ini, 7:36 pm
http://www.malaysiakini.com/news/315085



Selepas titah raja-raja berkaitan isu 1MDB, kerajaan berkata desakan untuk mempercepat atau melewatkan sebarang siasatan kepada mana-mana pihak tidak harus berlaku.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata segala titah raja-raja dinilai baik dan kerajaan telah mengambil langkah proaktif menangani isu yang dititah.

“Sememangnya kesejahteraan rakyat dan kedaulatan undang-undang harus diberi keutamaan dalam apa jua keputusan dan kenyataan oleh semua pihak.

“Justeru segala siasatan kepada mana-mana pihak sekalipun harus berpegang kepada prinsip kedaulatan undang-undang, malah desakan untuk mempercepat atau melewatkan sebarang siasatan kepada mana-mana pihak tidak patut berlaku,” katanya.

Pada Selasa, Majlis Raja-Raja Melayu bertitah supaya kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan 1MDB dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak terlibat.

Baginda sekalian juga menegaskan semua pihak perlu bertanggungjawab memberi kerjasama sebenar dan jujur agar usaha serta maksud siasatan tersebut berjaya.


Pelan pengurangan hutang

Dalam kenyataan hari ini, Zahid berkata kerajaan komited mendukung konsep pemisahan kuasa dan oleh itu setiap organ kerajaan perlu dibenarkan berfungsi seperti dijelaskan perlembagaan.

Mengulas siasatan dijalankan, beliau berkata segala maklumat tentang siasatan dilakukan secara adil dan terbuka dan tindakan akan diambil jika ada pihak didapati bersalah.

“Kita sedia maklum bahawa pihak kerajaan sedang dalam proses menjayakan pelan pengurangan hutang bagi syarikat 1MDB.

“Pelan ini disambut baik oleh pelbagai pihak pelabur dari dalam dan luar negara.



"Pihak kerajkaan akan membentangkan pada masa terdekat segala transaksi pengurangan hutang 1MDB melalui pelaburan kepada aset syarikat tersebut,” katanya.

Menegaskan kerajaan mengambil berat dan menghormati titah raja-raja, beliau berkata segala usaha sedang dijalankan bagi memastikan isu ekonomi, ringgit dan keharmonian kaum diselesaikan pada masa terdekat.

“Diharapkan tidak ada pihak yang menangguk di air yang keruh dan mengeluarkan kenyataan seolah-olah kerajaan tidak berbuat sebarang usaha untuk mendepani semua isu yang dipolemikkan,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 08:34 PM | Show all posts
Raja-raja melayu nanti kena transfer ke putrajaya sebab menyentuh isu 1mdb.
Pak yidin dah kena, pulis dah kena, pac dah kena, sprm dah kena.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 08:35 PM | Show all posts
Selepas titah raja-raja berkaitan isu 1MDB, kerajaan berkata desakan untuk mempercepat atau melewatkan sebarang siasatan kepada mana-mana pihak tidak harus berlaku.


Sombong nyerr.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-10-2015 08:55 PM | Show all posts

Jowo tak sedar diri uols....
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
EJALTI replied at 8-10-2015 08:09 PM
TPM: Desakan percepat siasatan tak harus berlaku

Hari ini, 7:21 pm      Hari ini, 7:36 pm ...

Omaigod...yg ni takde ke pejuang ketuatnan meleis nak berdemo depan ruman pak jahid. Ni dikira menderhaka titah raja! Puak2 lahanat ni makin gelojoh menjilat burit najib smpai semua org dilanggar begitu sahaja. Gila betul!
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 01:53 PM | Show all posts
Sungai Besar Umno chief Jamal Md Yunos believes there are hidden hands behind the royal decree urging haste in the 1MDB probe.

He said there was no reason for the issue to be discussed in the Conference of Rulers, as Prime Minister Najib Abdul Razak had promised to solve 1MDB's money woes.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 02:14 PM | Show all posts
Deputy Prime Minister Ahmad Zahid Hamidi's remarks on the Conference of Rulers decree on 1MDB yesterday means nothing, said DAP supremo Lim Kit Siang.

Zahid (photo) had said that the 1MDB probe must follow due process and that the government views the sultans' decree positively.

"Such a statement actually says nothing, as it is the classic strategy of adopting a form of language which seems to agree with the concerns expressed by the rulers while continuing with the directions and approaches which had given rise to the rulers’ concerns in the first place," Lim said in a statement today.

He then questioned if Prime Minister Najib Abdul Razak's administration understood the decree, as their actions in the past 24 hours say otherwise.

Lim cited the Attorney-General's Chambers statement yesterday that the special taskforce probing 1MDB had not been disbanded, lawyer Matthias Chang's arrest, and 1MDB's insistence that it has more assets than debts, as points of contention.

"Malaysians, and Malay rulers themselves, need to be convinced that this is so, as the actions and statements of the Umno/BN government in the 48 hours after the Malay rulers’ statement point to the contrary," he said.

Motion to debate decree

To rectify this, the Gelang Patah MP called on Zahid as BN's parliamentary whip to agree to a motion to debate the sultans' decree during the first two days of the coming Dewan Rakyat session.

The Rulers' Conferece on Tuesday decreed that the probe into 1MDB be completed as soon as possible and the wrongdoers, if any, be punished.

They said if the 1MDB issue is not dealt with intelligently, and continues to drag on, it will damage the economy and the people's welfare.

US financial daily The Wall Street Journal has reported that 1MDB funds had made their way into Najib's personal bank accounts.

Najib (photo), however, denied any wrongdoing or that he had used 1MDB funds for personal gain.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 04:38 PM GMT+8 , Processed in 0.623225 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list