CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 14163|Reply: 55

Benjy Kini Bebas Tuduhan Miliki Dadah

[Copy link]
Post time 24-11-2015 10:19 AM | Show all posts |Read mode
Menerusi mStar Online, Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali dengan panggilan Benjy hari ini dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini daripada dua pertuduhan memiliki dadah pada Mac lepas.


Majistret Nur A’minahtul Mardiah Md Nor membuat keputusan itu terhadap Benjy, 38, dan rakan wanitanya Julia Ernie Jamaludin, 26, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap mereka di akhir kes pendakwaan.


Bagi kedua-dua pertuduhan, Benjy dan Julia didakwa memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 3.01 gram dan memiliki dadah jenis sama 1.71 gram di The Reeds Boutique Hotel, Jalan Yap Ah Shak, Dang Wangi di sini pada 9.30 malam, 5 Mac lepas.


Mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama yang membawa hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah juga memerintahkan Julia membela diri bagi pertuduhan memiliki dadah sama seberat 0.37 gram di tempat, waktu dan tarikh sama dan menetapkan 4 dan 5 Jan tahun depan bagi membela diri.

Sebelum ini, Benjy pernah didakwa di mahkamah atas kesalahan dadah sebanyak tiga kali iaitu pada 2009, 2011 dan 2013. Pada 2009 dan 2011, dia di denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret manakalapada 2013, dia dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan.

Pada 8 April lepas, Benjy dan rakannya didakwa di Mahkamah Majistret Muar atas pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 1.32 kg.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S.Malini Anne manakala peguam Farhan Read mewakili Benjy dan Julia diwakili peguam Nor Rabiatul Bahari.

-rotikaya




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2015 10:26 AM | Show all posts
apesal asyik lepas je beliau ni? besar sgt ke kebel nya? dh smpai byk kali kena tangkap pon, still x leh dakwa lg ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 10:40 AM | Show all posts
wuuu... kena tangkap, tp pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.. kabel besau ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 10:40 AM | Show all posts
tahniah la... lepas ni boleh buat dadah lagik
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah benji oi.lps ni no third chance lah ye.kalau buat lg aku x jamin ko idup lama
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Mau kabel tk beso..bapak die kn ke tan sri..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2015 10:48 AM | Show all posts
bapak kandung dia tolong kot. tak pa la lepas. moga insaf
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 10:58 AM | Show all posts
sorry nak tnya... kenapa mcm pelik ye kes benjy ni??? yg aku tau latest kes dia adalah di bawah ni.. kenapa xsama dgn berita yg kuar ni ek?? ke aku yg bodo?? aku cari org pos mende ni 30 march 2015...


Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy yang ditahan polis di Pagoh dekat sini kelmarin disiasat kerana dipercayai terbabit dengan rangkaian sindiket dadah yang mahu memindahkan makmal syabu mereka di Kuala Lumpur ke daerah ini.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, ini berdasarkan penemuan pelbagai peralatan dan bahan kimia di dalam kenderaan pelakon itu yang biasanya digunakan sindiket terbabit untuk memproses syabu.

Azman turut memberitahu, Benjy, 37, yang ditahan bagi membantu siasatan kes berkaitan dadah berdepan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan kerana kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Kita percaya mereka baru sahaja berpindah dari sebuah kawasan di MidValley, Kuala Lumpur ke daerah ini.
Jika dilihat kelengkapannya, pusat pemprosesan baharu untuk syabu ini mampu memproses dadah sehingga 5 kilogram (kg) pada satu masa”

“Kita juga menemui dadah jenis syabu seberat lebih 1.3kg. Bagaimanapun, kita masih lagi menjalankan siasatan lanjut,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar di sini semalam.

Anak lelaki tunggal kepada pelakon terkenal, Allahyarham Azean Irdawaty itu ditahan semasa menaiki sebuah kereta Honda Jazz dalam satu sekatan jalan raya di hadapan sebuah stesen minyak di Pagoh pukul 1.40 pagi kelmarin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2015 11:00 AM | Show all posts
mokcikKSKB replied at 24-11-2015 02:46 AM
Baguslah benji oi.lps ni no third chance lah ye.kalau buat lg aku x jamin ko idup lama

jgn risau...dia akan ada 3rd chance kalau buat lagi...mari kita sama2 doakan
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 11:07 AM | Show all posts
Benjy oh Benji... Bakat ada, rupa masa dulu2 bolehtahan juga. Suka sgt tengok dia belakon jadi Jibek. Lagi satu telemovie TV3 dengan anak chef wan, si serina.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 11:07 AM | Show all posts
typical kes dadah

pendakwaan slalu failed

senang benor kes lepas

camne la nak benteras dadah abis abisan kalo camni
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Bawak2lah bertaubat benjy oii.. well, retis n dadah berpisah tiada
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Kabel power nih
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah boleh agak heols terlepas
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
anak VIP beb..kau ado?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 11:34 AM | Show all posts
byk kali kena tangkap dan banyak kali lepas sebab pihak pendakwaan gagal menunjukkan kes prima facie. apakah maksudnya? hmmm..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2015 11:47 AM | Show all posts
"Sebelum ini, Benjy pernah didakwa di mahkamah atas kesalahan dadah sebanyak tiga kali iaitu pada 2009, 2011 dan 2013. "
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 11:59 AM | Show all posts
adoi..memang kena gelak je lah..
court kat M'sia nie memang pilih darjat jugak..
cuba yang kena tangkap tu anak nobody..agak2?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 12:01 PM | Show all posts
kalau tak serik juga tak tahu lah... rasanya mcm x serik aje...  
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 12:20 PM | Show all posts
atekome replied at 24-11-2015 10:47 AM
Mau kabel tk beso..bapak die kn ke tan sri..

anak tan sri kalau tak silap. tapi muka tak nampak kawasan kami. waktu pilihanraya baru naik muka dia kat billboard.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 05:54 PM GMT+8 , Processed in 0.663125 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list