CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Kelipkertas

Gila p*rn – Kisah jin huru-harakan hidup aku (Angkut la saka tu...)

  [Copy link]
Post time 6-5-2016 07:11 PM | Show all posts
Kelipkertas replied at 12-12-2015 07:25 PM
So... itu la ending chapter rawatan aku. The entire story belum habis... sebab aku masih bernafas la ...

TT SAAT SAYA BACA KALIMAH DOA TUU, AIR MATA SAYA MENITIS. PENGALAMAN SAYA HAMPIR SAMA DENGAN ANDA. PERCAYALAH PERKONGSIAN ANDA X SIA2. BOLEHKAH SAYA AMBIL KALIMAH YANG DIKONGSIKAN?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2016 12:16 PM | Show all posts
Respek kat tt..mempunyai semangat yg kuat ..dah berhari bace..baru ari ni khatam..semoga tt diberkati dan dipermudahkan dlm kehidupan ini..amin..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2016 10:40 AM | Show all posts
Edited by Kelipkertas at 31-7-2016 01:50 PM
magpie5672 replied at 6-5-2016 07:11 PM
TT SAAT SAYA BACA KALIMAH DOA TUU, AIR MATA SAYA MENITIS. PENGALAMAN SAYA HAMPIR SAMA DENGAN ANDA. ...

Assalamualaikum. Lama tak masuk cni. Tima kasih korang yg gigih membaca dan me-reply. Ni last episode yang KK update ntuk abiskan citer ni. Eh? Bunyik macam novel pulak ada ending2 kan. Tak, di alam realiti bendanya terus berlaku tapi KK rasa habis la drama2 berubat apa sume sebab KK takkan tempuh lagi bende tu. KK juga nak reveal beberapa benda yang KK sorokkan sebelum ni. Bak kata @Seera Asyikin, bila share citer ni rasa sangat paranoid takut ada pembaca yang kenal KK. Atau orang akan skeptikal dengan certain group yg KK sebut. Tapi since KK dah move on, lantak la orang nak kenal KK pun. Lagipun readers sume dah matang2 belaka dan xjudgemental kan. huhu.

Start ngan life KK skarang. KK dah berenti keje. Susah tau nak buat keputusan ni. Dalam setahun, 3x KK bagi surat resign. Sume sebab rasa dah takleh handle lagi stress keje dalam keadaan kepala KK sewel ni. Tapi sebab KK sayang sangat ngan bos dan kengkawan opis, 2x tarik balik surat resign bila kena gula ngan diorang. Kali kedua tu, KK ikut Yun tukar dept baru yang lagi enjoy sebab banyak buat kerja outdoor. Kat sini memang enjoy abis. Walaupun workload lagi banyak dari dept sebelum ni tapi KK hepi dan rasa sihat balik sebab banyak bergerak bawah matahari. Tak sempat dah nak pikir hantu jin ke apa.

Masa tu KK dah stop pergi DS permanently. Sebab sekitar mac tu rasa macam dah nak gila sangat. Macam makin kuat amuk benda ni. Sampai satu tahap KK dah meracau2 dan lupa diri. Dah tak ingat siapa KK, apa yang KK nak dalam hidup ni, apa yang KK suka xsuka... just bukak mata, pergi kerja, balik tido macam mayat hidup xde fikiran. Masa tu rasanya Allah yang pandu KK, KK dah lost dan xtau lagi apa yang betul. Pergi ruqyah pun makin mudah meracau, makin malu KK dibuatnya. So i've to stop. KK rasa dah tak caye lagi ngan rawatan ruqyah apa sume ni. Rasa macam menyesal pun ada masuk belajar Darussyifa'. Tapi jauh dalam hati KK tetap pujuk diri, yang hakikatnya al-Quran memang penyembuh. Kalau fade up jangan sampai rendahkan mukjizat... itu yang setan nak supaya manusia putus asa dan berpaling dari Allah.

KK fikir, cukuplah lawan sampai sini. Mungkin KK kena belajar hidup dengan benda ni. Selama ni pun KK memang dah hidup ngan dia cuma KK xsedar je. So KK pun sibukkan diri ngan keje baru yang best. Memang gila sibuk sampai balik jauh malam, takde dah nak ambik waktu baca quran tengah malam, takde dah nak zikir panjang setiap pagi & maghrib, lantak kau la semua. KK balik kepada amalan basic yang KK buat sebelum berubat. Adab2 pun dah takde nak jaga. Orang kata jangan mandi malam, jangan bukak aurat waktu sendirian, jangan makan berdiri, jangan bukak tingkap malam2, lantak semua KK langgar je bila perlu. Drama cina lepas maghrib layan balik. Nak terbongkang tido depan TV xbaca doa pun lantak! Haha... best gila jadi manusia biasa yang bebas ikut hawa nafsu. Pelik aku hidup nak cover2 sangat ni.

Lepas tu padan muka KK. Dah nak sangat balik ke asal, perangai nak layan porn pun datang balik. Susah2 KK fight bertahun2 dan berjaya stop selama setahun, tetiba datang selamba je seolah2 KK tak pernah berenti. Gangguan time tidur pun menjadi2. Berapa kali KK lemas sebab rasa hidung kena picit. Dalam mimpi tu KK selesema. Hidung tersumbat. Menangis2 sapu vicks kasi lega sebab at the same time badan KK pun memang takleh nafas. Bila terjaga baru la slow2 rasa hidung lapang. Kalau nak kata hidung tersumbat sebab sejuk memang tak la. Area mac-april tu kan tengah el-Nino. Berpeluh kot tido tetiap malam. Lagipun kalau tersumbat asal lak dia hilang bila KK terjaga? Sama ngan mimpi kena tarik kaki, bila terjaga baru rasa cam kaki kena lepas. Dah jadi gitu pun KK tetap tak ubah apa2. Biar la dia nak gurau2 ngan KK. Kalau KK bebetul mati lemas dalam tido pun nak buat camne dah Allah tulis ajal KK gitu kan...

Walaupun hati dah give up, otak KK xberenti fikir apa yang jadi kat KK sebenarnya. Setiap hari terfikir2 kenapa boleh sakit bila dengar ruqyah. Setiap hari fikir camne setan ni guna otak dan ingatan KK. KK start research pasal terapi bunyi. Cuba cari kalau ada saintis kaji bunyi, kaji setan, kaji elektrik dalam otak dan saraf. Memang ada la sume tu dalam internet. Mostly benda2 tu dalam bidang fizik, fizik kuantum yang haram KK nak tau. Dah xpasal2 gi belajar fizik pulak. Masa pesta buku akhir april jenuh la KK beli buku fizik budak2 sebab nak cuba faham benda ni dari basic. Masa Dr.Danial bagi talk kat booth PTS, KK siap tanya ada tak saintis kaji hadis yang kata setan berjalan dalam darah manusia? Dr.Danial kata so far xde sebab saintis barat memang xcaye setan pun, so watpe nak kaji. Org Islam sniri la kena kaji benda2 tu untuk buktikan kebenaran al-Quran dan hadis.

Mungkin perawat2 Islam yang ramai kat msia boleh ambik ini sebagai cabaran. Sebab saintis barat kaji hantu dan lahirkan filem Ghosbuster, kita sampai bila nak bergantung dengan naqli je tanpa luaskan ke bidang sains? Bila ada sandaran sains sekurang2nya boleh la padam kekaguman dan ketakutan masyarakat ni terhadap benda tahyul dan hantu jin.

Tak lama pun KK kat dept baru. Lastly KK sedar, KK kena ubah lifestyle. Kalau nak survive dengan benda ni, KK kena duduk dalam persekitaran yang supportive dan terjaga. Cemana xnak terima pun, KK memang dah tak mampu hidup cam orang biasa yang boleh huha sana-sini tanpa terkena apape kesan negatif pada diri. Nak buat jugak boleh la, tapi sila tanggung akibat. Macam orang diabetes yang degil nak makan manis2, kau tanggung la lepas tu kaki kudung. Tapi rasanya hilang kaki ok lagi daripada hilang akal... and i'm gonna lose my mind!

Akhirnya KK resign kali ketiga dan terakhir. Bos pun xcakap apa dah. Dia xkuasa nak tahan lagi walaupun masa tu prestasi KK sangat bagus berbanding dept sebelum ni. Yun punya pujuk pun KK dah xmakan. KK nekad nak kembali hidup dengan al-Quran macam masa KK remaja dulu. Dalam seluruh timeline hidup KK rasanya itu la waktu yang KK paling excellent, baik akal mahupun perangai. Itu la waktu KK paling waras dan terkawal. KK nak balik ke situ bukan sebab nak jadi solehah sangat, tapi sebab nak survive jangan kalah dengan benda yang nak hancurkan KK ni.

So... here i am. Dah 2bulan KK masuk belajar bidang Quran kat sebuah IPT. Syukur la sijil2 belajar dulu masih valid. Dapat la belajar balik walaupun terpaksa duduk ngan budak2 remaja yang 10 taun muda dari KK. Alhamdulillah. Hati memang berbolak-balik rasa macam salah je keputusan ni. Dah elok2 ada kerja stabil, bos dan member yang baik2, kerja yang hepi, duit xputus, tetiba nak belajar balik ngan bebudak. Orang lain dah sibuk dengan anak dengan suami dengan kerjaya, aku nak patah balik ke belakang jadi remaja. Tak kisah la. as long as ada Quran kat sini, KK rasa ini la keputusan terbaik KK mampu buat. Selebihnya biar la Allah tentukan. Kahwin ke tidak ke, sekurang2nya KK tak hancur sorang2 kat luar.

GANGGUAN BULAN RAMADHAN

Orang kata bulan Ramadhan takde gangguan kan. Allahu a'lam. Bagi KK dan family rasanya xtermasuk dalam golongan tu. Sebab KK dan ayah sama2 xbetul masa bulan puasa tu. Ayah KK sebelum ni banyak berubah. Takde baran pelik2 dah... perangai dia lembut dan sabar macam KK tak pernah jumpa dia sebelum ni. KK dan mak lega sangat, syukur sangat dan harap benda tu berterusan. Tapi masuk je bulan puasa tetiba ayah balik ke perangai lama dia jadi baran xtentu pasal. KK tanya mak, kenapa ayah tetiba jadi camni ni? Ada apape rutin yang berubah ke?

Mak kata, diorang dah putus bekalan air Yasin. Sebab bila masuk bulan puasa kan mana ada orang baca Yasin kat surau masjid. Tak dapat la mak nak buat air Yasin. Tak sangka drastiknya perangai ayah berubah bila diorang stop minum air Yasin. MasyaAllah. Sakit ati memang la sakit ati kan. Tapi dalam satu sudut KK jadi percaya balik dengan penyembuhan al-Quran. Kan Allah dah tunjuk depan mata. Tak payah gi jumpa perawat ke apa. KK pesan mak buat la sendiri air Yasin tu. Mak pulak give up kata dia baca tak lut. huhu nampak tak betapa manfaatnya majlis Yasin malam Jumaat tu. Orang wahabi sibuk kata bid'ah. Minum air Yasin ni sebenarnya memang Tuan Guru dah tulis dalam buku... siapa yang xdapat sembuh dari masalah saka, boleh kurangkan gangguan dia dengan minum air Yasin. Selama ni KK tak ambik pot benda tu sampai la terbukti pada ayah KK sniri. Korang yang bermasalah sama cubalah buat juga, mudah2an membantu.

Yang KK pulak jadi benda lain. Dulu masa dalam tarikat, syeikh pernah bagi KK satu buku doa milik tarikat keluarga beliau. Dalam buku tu ada macam2 doa dan selawat yang indah2 makna dia. Satu doa tu untuk lawan sihir. Ada note siap2 bagitau doa tu boleh dibaca pada bulan Ramadhan je. Misteri kan? Dah lama KK teringin nak baca doa tu sebab nak tengok apa kesannya. So Ramadhan bebaru ni KK bacalah. Panjang doa tu, tapi yang sebut tentang sihirnya dua ketul ayat je. Lain semua munajat kepada Allah. Aik? Apa bendanya lawan sihir? Betul ke doa ni untuk lawan sihir? Sebab KK pernah baca doa tarikat lain yang khusus untuk sihir jugak, memang sepanjang2 doa tu ayat lawan sihir. Yang ni... hrm... Kali pertama KK baca sampai habis. Kali kedua KK baca sekerat sebab rasa macam tipu je doa ni. Malas nak abiskan. KK xsedar siapa yang taknak baca sebenarnya.

Masa tu dah akhir Ramadhan. Tengah giat join qiam kat masjid. Tetiba KK biol. Dalam kepala asyik terbayang momen2 KK berubat kat DS. Terbayang kene kerumun dengan perawat. Terbayang KK meracau terajang diorang. Semua, semua yang KK dah lupa tu datang balik xberenti2. KK tengah qiam, tengah ngaji kat masjid terbayang benda2 lucah, terbayang perawat2 yang kerumun KK. Sampai otak KK rasa overload dan xleh berfikir ngan baik. Kemuncaknya sampai hari raya, KK rasa nak bunuh diri. Terbayang2 nak pergi terjun kat jambatan Putrajaya. Mujur la malam raya tu Angah dan anak2 balik. Bila ramai orang depan mata bising2 dapat la KK berpijak di dunia nyata. Takde la ikut fikiran nak terjun jambatan tu. Tapi raya kedua KK dah mereng betul. Duk atas katil xkeluar2 sampai tengahari. Janji nak ikut angah pergi beraya, cancel. KK duk dalam bilik je memerap dengan tak mandinya.

Ya, sejak akhir Ramadhan tu KK disorganized, malas mandi, malas kemas bilik, baju bertimbun atas katil xberlipat. Orang lalu-lalang nampak bilik KK sepah, KK biar selamba je tak rasa malu. Padahal selama ni kalau bilik kemas pun KK sentiasa tutup pintu, sebab malu orang tengok private space KK. Masa tu tah nape tak rasa malu langsung. Hari raya pertama KK xpergi solat dan mandi pukul 11 pagi. Pinggan mangkuk bertimbun kat dapur, KK buat xtau je sampai esok pagi mak yang basuh. Lantai berminyak pun pijak selamba je buat xrasa. Padahal KK dah lama take over tugas basuh pinggan dan kemas rumah tu. Ni la masalahnya kalau kena rasuk dalam sedar. Kita tak sedar pun kita ni gila. Tau2 dah buat benda memalukan. Seminggu lepas tu dah balik ke kampus baru la KK sedar diri. Baru rasa malu. Baru rasa pelik asal buat perangai gitu. Rasa nak minta maaf dengan mak sebab banyak susahkan dia masa raya. Tapi takkan KK nak cakap KK gila pulak masa tu sebab mak nampak KK normal je. KK sniri yang rasa tu bukan diri KK.

Fikir punya fikir, mungkin itu la penangan doa lawan sihir yang KK baca. Mata orang biasa cam KK ni nampak doa tu biasa je tapi kesan dia Allah yang tau. KK rasa benda ni mengamuk sebab KK baca doa tu. Dia yang buat KK rasa doa tu useless dan stop baca kali kedua.

Sekarang KK rasa much better dari seblum ni. Jadi mahasiswa walaupun sibuk ngan tugasan yang lagi sibuk dari kerja, tapi hati tetap tenang sebab sibuknya dengan Quran. Alhamdulillah, lepas semua benda jahat yang KK buat Allah masih terima KK masuk dalam lingkungan baik2 ni. Alhamdulillah. KK doakan korang semua dapat kebaikan, yang sakit moga diberi kesembuhan, yang bermasalah moga diberi jalan keluar. Saka maka ni semua tools je. Apa yang berlaku pun semua atas izin dan ketentuan Allah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2016 11:20 AM | Show all posts
Edited by Kelipkertas at 31-7-2016 12:44 PM

Then apa yang KK nak reveal ialah tempat study KK dulu sebenarnya kat Mesir. KK xnak cakap sebab bimbang orang bersikap judgemental. Kang keluar la ayat2 macam...

Ie teruknya budak mesir layan porn

atau...

ngaji mesir tapi buat benda xsenonoh

Padahal yang silap tu KK. Bukannya budak mesir mahupun negara mesir. Bahkan KK rasa pengalaman kat sana yang banyak bantu KK hadapi benda ni, terutamanya bila KK jumpa ahli2 sufi dan tarikat. Kat sana ada banyak tarikat dan semuanya saling bekerjasama dalam hal2 pembangunan rohani. Yang join tarikat ni pulak pelbagai orang. Ada majlis umum untuk orang awam dan majlis khusus untuk orang khas. KK pernah join 2-2 majlis dan takde satu pun yang pelik macam tarikat msia ni. Dah balik msia ni KK tak join lagi mana-mana tarikat sebab nampaknya tak sama dengan apa yang KK nampak kat sana.

Sebenarnya dah last ni KK nak belanja gambar tempat2 anker yang KK pernah gi kat sana. Membuak2 pulak rasa nak share kan... since dah last time kat cni. KK bukan jenis yang layan benda2 ghaib, kalau bukan sebab hal ni memang KK xkan jumpa MPS. Tempat anker yang KK pergi pun KK anggap macam kesan arkeologi je, tak pernah terfikir plak ada jin nak ikut balik ke apa. So enjoy the pics



Ni salah sebuah kubur bawah tanah tinggalan zaman Greek kat Anfoushi, Iskandariah. Tempatnya kat tepi laut so habis berlumut kena udara lembap.



Ni pemandangan sebenar bilik kubur tadi yang gelap-gelita tak guna flash. Cahaya tu datangnya dari lubang yang ditebuk di bumbung kubur.



Antara lukisan yang masih elok di dinding makam.



Salah satu makam firaun yang KK dapat masuk kat Oasis Siwa. Tangkap gambar curi2 sebab xleh bergambar sebenarnya. Banyak lukisan dinding dah tanggal.



Temple of Oracle di Oasis Siwa.



Koleksi barang lama yang dijual di pasar artifak di Kaherah. xtahu la barang2 tu dibuat pada zaman moden atau memang dibawak keluar dari makam. Yang macam salib tu ialah 'ankh', simbol kehidupan bagi orang Mesir kuno.



Nisan kubur isteri dan anak2 sultan Mesir zaman dulu. Bentuk songkok yang berlainan corak tu mewakili keturunan si mati. Makam ni kat Kubu Solahuddin di bandar lama Kaherah, jarang orang datang sini sampai makamnya pun berdebu kurang terjaga.



Ingat x makam bawah tanah yang KK pernah upload sebelum ni? Ni rupanya kat atas tanah, ditandakan dengan kotak besar dan kelambu hijau camni.



Tangga nak turun ke makam tadi.



Ni rupa makam sebenarnya kat bawah tanah. Keadaan asal gelap-gelita, xdapat nak aim position elok2. Makam ni pun kat Kubu Solahuddin, pun jarang orang masuk... Rezeki KK sekali datang dapat turun sampai bawah.



Kubur milik pembesar kerajaan Islam zaman dulu. Walaupun nampak hiasan dia cantik tapi punyalah seram berdiri kat sini Kubur cantik ni kat dalam masjid Sultan Hassan, pun kat bandar lama Kaherah.



Dalam Gereja Terapung / Hanging Church. Ni gereja Kristian Koptik placed at the very core of Old Cairo. Tempat ni memang dibuka untuk lawatan umum. Sekitar gereja ni ada sinagog Yahudi dan masjid Amru al-Ash, masjid tertua di Mesir.



Salah sebuah masjid tua di bandar lama Kaherah. Tah kenapa ada terowong kat cni.



Kuil dan piramid tua Sakkara yang sedang dipulihara.

Masa pergi tempat ni sume KK rasa enjoy gila macam orang lapar dapat nasik. Tak terfikir la jin ke tahyul ke. Ada jugak beberapa tempat yang memang KK rasa seram kat situ. Lepas snap gambar blah la cecepat kan. Yang penting balik umah tido lena cam biasa

KK ucapkan tima kasih kat semua forumer dan SR. Sharing ngan korang kat sini buat KK rasa hidup walaupun kita xkenal pun each other . Yang pm KK dan bagi nasihat, offer nak kasi free ubat sumer KK ucapkan ribuan terima kasih. Bukan KK xsudi, cuma xsedia nak jumpa. Ye la kalau nak ambik barang mesti la kene jumpa kan. Yang ragu citer KK betul ke reka terpulang la dengan keraguan korang. KK tetap hadap benda ni kalau korang xcaye pun. huhu. Yang senasib ngan KK don't give up. Sedih dan kecewa kejap xpe tapi pastu lawan la balik. Benda ni takkan bunuh kita pun, melainkan Allah izin. Aim sebenar dia nak kafirkan kita je, biar sama2 ngan dia meringkuk dalam neraka. So terus la berlawan. Nabi kata jihad terbesar ialah jihad dalam jiwa dan nilah yang kita tengah hadap. Stay strong!

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2016 11:28 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 31-7-2016 10:29 AM
Kelipkertas replied at 31-7-2016 10:20 AM
Then apa yang KK nak reveal ialah tempat study KK dulu sebenarnya kat Mesir. KK xnak cakap sebab bim ...

Thanks KK..menarik semuanya tempat ni..bersejarah betulbila la boleh pergi tengok tempat macam ni..

anyway, selamat belajar semula ya KK
semoga Allah pelihara kamu dari anasir jin..kuatkan semangat ya

boleh namakan tak, gambar2 tu semua??
tempat apa sebenarnya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2016 12:48 PM | Show all posts
Ipo replied at 31-7-2016 11:28 AM
Thanks KK..menarik semuanya tempat ni..bersejarah betulbila la boleh pergi tengok tempat m ...

Tima kasih @Ipo

KK dah edit semula pos tu dan tambah beberapa gambar. Tapi sorilah sebab kamera cap ayam so gambar xbape cantik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2016 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Ipo at 31-7-2016 11:57 AM

Artifek tu yg original ke replika je?. Kalau ori, mesti mahal kan sbb dijual. Dulu pernah baca arkeologist ambik artifek firaun dn bawa balik utk buat research. Lepas tu diorang jatuh sakit, sakit yang pelik sampailah diorang pulangkan semula barang tu .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2016 01:54 PM | Show all posts
Rasanya sume tu replika je. Sebab artifak2 Mesir ni dilindungi jabatan antikuiti dorg. Takkan bleh jual tepi jalan camtu je kan.

Memang ada arkelogis yang meninggal. Tapi katanya sebab jangkitan kuman daripada makam yang beribu2 tahun terperap tu. Entah la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2016 02:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Berjaya merempit benang TT sampai habis. Thanks pada TT sebab macam2 ilmu dapat kutip daripada benang ni. Semoga berjaya dalam apa jua yang TT lakukan ya? All the best!!!  {:bye
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2016 11:13 PM | Show all posts
hai kelipkelip.. long taim no c u....

munajat tu apa.. watpe munajat... munajat it is...
keep strong ya...................


kbai..............
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2016 07:36 AM | Show all posts
caya laa tt ... kuatkan semangat mu... terbaikk


  ...semoga allah permudahkan urusan saudari



asbab -> tajerit
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 11:32 AM | Show all posts
Kelipkertas replied at 31-7-2016 11:20 AM
Then apa yang KK nak reveal ialah tempat study KK dulu sebenarnya kat Mesir. KK xnak cakap sebab bim ...

thanx for the stories kk.

anyway, sayang sebab tak habiskan sesi di ds. mungkin boleh sambung lain kali. anggap je ke ds tu sebagai tambahan cabang ilmu dalam hidup kita insyaallah.

semoga terus sukses dan semoga tabah menghadapi segala ujian. amin
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 12:12 PM | Show all posts
semoga KK sentiasa kuat untuk hadapi semua nya. Good luck KK
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Stay strong kelip2.. suka baca cerita awak
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 11:50 PM | Show all posts
Hey bro! Hi kawan2!!


100% Welcome Deposit Bonus hanya untuk anda!!!


Deposit minimum MYR100 keatas dan dapatkan bonus anda sekarang!!!



Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2016 10:13 AM | Show all posts
Lama tak lawat dik kk..lebih tepat lagi..lama tak jengah mps...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2016 11:02 AM | Show all posts
xde sambungan dah ke @Kelipkertas  

gigih bace sampai abis
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2016 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kelipkertas replied at 2-12-2015 12:14 AM
Assalamualaikum.

Terima kasih sudi jenguk thread aku. Aku orang baru kat sini. Istilah2 yang kora ...

Assalamualaikum TT @Kelipkertas.. panjang lebar TT bercerita tentang kisah dan masalah .simpati dan memahami apa yg awak rasa.. minta maaf ye TT saya dah bc sampai page terakhir tapi ada juga skip sikit2..tapi berdasarkan penceritaan KK..saya percaya Kk seorang yg kuat ditambah mempunyai ilmu agama juga seorang hafizah..dlm pada itu mengalami gangguan jiwa dan batin antaranya gemar melihat popcorn yg jadi ketagihan. Serta beberapa kecelaruan minda dan psikologi..ini semua berpunca dari masalah gangguan jin dan saya rasa dari jin asyik dan saka. Apa yg dpti TT hanya buat rawatan kaedah rukyah dgn DS dan org perseorangan. Tapi nampaknya masih belum  sembuh. Menurut pndgn saya kaedah rukyah itu hanya sesuai untuk menghalau saja belum pada membuang ..ia tak kekal lama biasanya akan dtg semula..saya nak tanya TT ada belajar dan ikuti tarikat ..apa yg TT belajar ye?adakah semata2 zikr sahaja..atau ada tak belajar ttg ilmu mengenal diri?
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2016 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Berdasarkan apa yg Kk tulis..sebenarnya diri kk yg 'dalam' ingin berhubung dgn Kk tapi terhijab atas pelbagai sebab..Allah sentiasa beri panduan pd Kk tapi tertewas antara dorongan nafsu dan syaitan yg berbisik..Tt berusaha sedaya upaya tetapi kdg2 berjaya kdg tertewas.. Allah tak biarkan TT cuma ..belum bertemu 'suis' utk hubungan tersebut..sebab tu bila Tt jumpa perawat akhirnya kecewa saja.. sbb perawat tak mampu bantu TT bahkan menyakitkan lagi
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2016 09:58 PM | Show all posts
Hey bro! Hi kawan2!!


Nikmati bonus deposit anda dialu-alukan pada deposit pertama, kedua dan ketiga anda sehingga 254% sekarang !!!




Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 05:55 AM GMT+8 , Processed in 0.333606 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list