Harga Rumah Naik 10% Lepas Gst - Penganalisis Hartanah Kuala Lumpur: Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1 April ini pasti akan berlaku selepas pelbagai perancangan dilakukan oleh kerajaan termasuk memberi maklumat secara jelas kepada rakyat. Apabila pelaksanaan GST diumumkan pada Belanjawan 2014, pelbagai reaksi dan persoalan mengenainya dipaparkan oleh banyak pihak kerana ia membabitkan prestasi kewangan individu, syarikat dan industri secara keseluruhannya. Namun begitu, dalam sektor perumahan, kerajaan sudah menetapkan bahawa GST sebanyak enam peratus tidak akan dikenakan kepada pembelian kediaman dan pada masa sama banyak tinjauan mengenainya dilakukan oleh pemain industri berkenaan. Antara laporan kajian penganalisis berkaitan pelaksanaan GST ke atas harga rumah diunjurkan bakal meningkat sebanyak 10 peratus berikutan kos bahan pembinaan akan meningkat. Justeru, dalam tempoh kira-kira tiga bulan akan datang ini, terdapat pula laporan media mengenai pemaju perumahan mula menawarkan pakej pembelian rumah istimewa sebelum pelaksanaan GST dilakukan kepada orang ramai bagi mengelakkan pembeli berdepan dengan harga lebih mahal untuk memiliki aset berkenaan. Penganalisis hartanah berkata, dalam tempoh suku pertama tahun ini sememangnya pasaran hartanah kediaman lebih agresif terutama membabitkan kediaman dalam pasaran sekunder berbanding premier berikutan harganya lebih murah. Beliau yang tidak mahu nama dan organisasinya dipaparkan berkata, dari segi unjuran peningkatan peratusan antara suku pertama tahun ini dan 2014 tidak dapat diumumkan berikutan kita masih di bulan pertama 2015, tetapi dijangkakan situasi pembelian kediaman akan lebih menarik. “Jika kita lihat apabila kediaman baru dibangunkan ia akan memberi kesan harga kepada pasaran perumahan sekunder di sekelilingya secara langsung dan selepas pelaksanaan GST berkemungkinan harga pasaran sekunder meningkat lebih tinggi jadi orang ramai lebih tertarik untuk memberi kediaman dalam pasaran itu berbanding premier. “Bagi pasaran premier atau perumahan baru dibangunkan sebelum GST yang dijual pada harga pasaran premium melebihi RM700,000 ke atas akan berdepan dengan situasi lebih mencabar dan pemaju akan menawarkan pakej menarik bagi membolehkannya terjual,” katanya.
|
8
Bagus |
2
Marah |
7
Terkejut |
6
Sedih |
1
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
AbukRokok replied at 24-1-2015 12:00 PM
property sure go up hwanggg
ramalan kemelesetan tidak menjadi
sasuke-kun replied at 24-1-2015 03:00 PM
Patutnya kerajaan kena sekat pemilikan rumah, contohnya 2 atau 3 buah rumah maksimum untuk seorang i ...
spiderman80 replied at 24-1-2015 03:09 PM
Actually kerajaan memang ada mengambil langkah-langkah seumpama itu dari dulu lagi, tetapi untuk n ...
ADVERTISEMENT