CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Digital & IT Lihat artikel

Google Adsense Kini Menyokong Bahasa Malaysia

3-4-2015 05:00 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4585| Komen: 0

Description: Dengan Sokongan Ini, Ia Sekaligus Membolehkan Pelbagai Laman Web Dan Blog Yang Menggunakan Bahasa Malaysia Sebagai Medium Utama Untuk Menyertakan Kod Google Adsense Dan Menjana Wang Tambahan Melaluiny ...


Google AdSense merupakan salah satu perkhidmatan Google yang membolehkan para penerbit web menyertakan sebuah kod khusus, dan memaparkan iklan relevan sambil menjana pendapatan melaluinya. Ia hanya ditawarkan untuk beberapa bahasa terhad sahaja sebelum ini, dan hari ini ia secara rasminya ditawarkan dalam bahasa Malaysia.

Dengan sokongan ini, ia sekaligus membolehkan pelbagai laman web dan blog yang menggunakan bahasa Malaysia sebagai medium utama untuk menyertakan kod Google AdSense dan menjana wang tambahan melaluinya.

Google pada masa yang sama turut berkongsi mengatakan pada rantau ini terdapat lebih kurang 40 juta penutus berbahasa Melayu, dan lebih 220 juta pengguna di dunia yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Jika anda mempunyai web dan ingin memaparkan iklan daripada Google, anda boleh menyertai Google AdSense hari ini. Pengumuman sokongan bahasa Malaysia ini hadir daripada Google selepas mereka membawakan sokongan AdWords dalam bahasa Malaysia pada tahun lepas.

kredit:www.amanz.my




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 06:05 PM GMT+8 , Processed in 0.045154 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top