CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Sukan Lihat artikel

Tunggangan The Doctor Masih Hebat

21-4-2015 12:14 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8269| Komen: 0

Description: Rossi Berada Dibelakang Marquez Disepanjang Perlumbaan Namun Ketika Memasuki 6 Pusingan Terakhir, The Doctor Mempamerkan Tunggangan Yang Cukup Hebat Untuk Merapatkan Jurang Dengan Pelumba Muda Itu.
Tunggangan The Doctor Masih Hebat


Juara dunia 9 kali, Valentino Rossi sekali lagi mempamerkan aksi mantap dengan jentera Yamaha miliknya untuk merangkul kejuaraan buat kali kedua musim ini.

Rossi dengan mudah merangkul kemenangan di GP Argentina selepas pesaingnya yang juga juara dunia 2 kali Marc Marquez terbabas di pusingan akhir selepas gagal mengawal jentera Hondanya.

Rossi berada dibelakang Marquez disepanjang perlumbaan namun ketika memasuki 6 pusingan terakhir, The Doctor mempamerkan tunggangan yang cukup hebat untuk merapatkan jurang dengan pelumba muda itu.

Walaupun Honda mempunyai kelebihan memasuki jalan lurus kerana mampu memecut laju namun selekoh yang banyak di Litar Argentina memberi lebih banyak kelebihan kepada Yamaha.

Ketika tinggal 2 pusingan lagi, Rossi berjaya memintas Marquez sebelum pelumba berusia 21 tahun itu cuba kembali mendahului dan mula terbabas.

Marc Marquez memberitahu pihak media selepas perlumbaan bahawa Rossi merupakan idolanya dan sentiasa akan cuba mengikut jejak langkah pelumba berusia 36 tahun itu.

sumber:www.stadiumastro.com

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 01:37 PM GMT+8 , Processed in 0.043232 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top