CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Fahrin Ahmad Pilih Wanita Sudah Dikenali

11-4-2014 02:34 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 18281| Komen: 75

Description: Dalam Pada Itu, Fahrin Turut Menjelaskan Dia Tidak Pernah Berasa Tertekan Dengan Soalan Yang Sering Diajukan Daripada Pihak Media Dan Orang Ramai Mengenai Bilakah Dia Ingin Menamatkan Zaman Bujangnya.
Fahrin Ahmad lebih senang menjalinkan hubungan cinta dengan wanita yang sudah dikenalinya.


Fahrin Ahmad Pilih Wanita Sudah Dikenali

PETALING JAYA: Pelakon Fahrin Ahmad berkata, dia tidak lagi berminat untuk menjalinkan apa-apa hubungan secara rapat dengan wanita yang tidak dikenali dalam mencari pasangan cinta.

Fahrin, 35, berkata, sebaliknya dia lebih senang mencari pasangan yang sudah dikenali kerana ia memudahkannya untuk mengenali hati budi seseorang itu dengan lebih mendalam.

"Rasanya saya sudah tidak mahu berkawan dengan wanita yang belum dikenali. Penatlah nak lalui tempoh perkenalan itu.

"Lebih senang jika wanita itu daripada kalangan kenalan saya. Hanya perlu nak mengenali hati budi dengan lebih mendalam saja," katanya kepada mStar Online.

Tambah Fahrin, bagaimanapun, dia enggan memikirkan mengenai hal kahwin kerana mahu memberi fokus dalam kerjaya seni.


Dalam pada itu, Fahrin turut menjelaskan dia tidak pernah berasa tertekan dengan soalan yang sering diajukan daripada pihak media dan orang ramai mengenai bilakah dia ingin menamatkan zaman bujangnya.

"Bukan setakat pihak media saja yang bertanya bila saya nak kahwin, tetapi peminat pun bertanya soalan yang sama.

"Tetapi saya tidak mempunyai masalah tentang itu kerana saya faham sebagai selebriti masyarakat bukan sahaja ingin tahu mengenai kerjaya tetapi juga hal peribadi kita," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Fahrin bakal digandingkan dengan Dr Ridhuan Tee Abdullah bagi mengacarakan program baru Astro Oasis iaitu Dunia Pencetus Ummah (Dunia PU).

Rakaman program Dunia PU itu akan bermula pada 19 April ini dan bakal disiarkan menerusi saluran Astro Oasis dan Mustika HD pada setiap Khamis, pukul 9 malam, bermula 1 Mei depan.

Kata Fahrin, sejak akhir-akhir ini dia sering menerima tawaran mengacarakan program berbentuk keagamaan dan ia membuatkannya lebih gembira memandangkan dia ingin mengubah diri dalam menjadi seorang lelaki Muslim yang lebih baik.

"Alhamdulillah, akhir-akhir ini saya sering menerima tawaran mengacarakan program berbentuk keagamaan. Malah saya juga diberi tugasan mengendalikan beberapa program sukan di RTM.

"Dan sekarang ini kalau boleh di bidang lakonan juga saya ingin mengubah konsep mengurangkan adegan-adegan bersentuhan dengan pelakon wanita.

"Tetapi sebagai seorang pelakon jika watak bersentuhan itu perlu, saya akan lakukannya. Cuma seboleh-bolehnya saya cuba elakkan adegan seperti itu. Saya percaya kerja apa sekalipun jika niat kita ikhlas segalanya akan dipermudahkan," tuturnya.

Fahrin Ahmad lebih senang mengacarakan program-program berbentuk keagamaan.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote adelea 11-4-2014 12:24 PM
  marilah kita berkenalan ..
Quote LappyHappy 11-4-2014 12:26 PM
Iols nk kenalan ng dia... Uuuwaaaa :lol
Quote rosasa 11-4-2014 12:27 PM
adelea posted on 11-4-2014 12:24 PM
marilah kita berkenalan ..

Amboi cepat nya
Quote tomet05 11-4-2014 12:27 PM
kui3 .. risau di kenakan lagi kot ..
Quote sekel 11-4-2014 12:27 PM
kita pun dh kenal2 sejak lama dulu
Quote bambimbom 11-4-2014 12:29 PM
abg parin ni... tak abes2 dgn kisah cinta tak kesampaian...
utk kali ni aku doakn bjaya wlpn ku iringi dgn air mata
Quote chaoyunjie 11-4-2014 12:32 PM
2,3 hari ni dok jaja kisah cinta je abe pahrin ni...
patutnya kena buat program realiti Mencari Cinta versi abe pahrin kot
Quote mitnick 11-4-2014 12:38 PM
kirenye abam pahrin blm bercinta lg ke?
Quote ais_kosong 11-4-2014 12:43 PM
sapakah wanita yang dikenali tu?
Quote lina21 11-4-2014 12:46 PM
suka hati ko lah nyah fahrin....
apa2pun jgn putus minum...a..a..a..ali ali cafe,kuat!
Quote telracs 11-4-2014 01:00 PM
alerr... bilanya ko nak usha rafidah tu fahrin...

tunggu berita gembira ni....

Quote beatgirlX 11-4-2014 01:38 PM
alahai..tak da chance la nak berkenalan..
tak pe la abe fahrin..ai merelakan melepaskan you...

skg ai nak ushar ee plak...
hehehe
Quote doubleA 11-4-2014 01:43 PM
abam pahrin lagi, gud luck la abam
Quote NHolmes 11-4-2014 02:16 PM
Memilih sangat si fahrin nih
Quote Hessa 11-4-2014 02:37 PM
bukan ada thread fahrin ke sebelum ni? ke dh combine?
Quote duniaku85 11-4-2014 02:38 PM
takut ah nk kawen ngan fahrin ni..sasa sgt..sekali kne tempeleng, terus senget muka..
Quote ilacantik 11-4-2014 02:48 PM
IMO, dia ni seorang perfectionist yg mempunyai ego yang tinggi dan mendambakan seorang perempuan yg perfect yg dpt memenuhi segala kriteria yg dia kehendaki. Ada jer I jumpa lelaki yg macam ni. Selagi dia tak nak compromise the kriteria, susah kot nak jumpa perempuan yg ada semua ciri2 tu. Kena terus mencari lah atau pun tunggu jer jodoh tu sampai. Apapun I doakan abg fahrin dan x-bf i semoga bertemu jodoh. Just my 2 cents. Apa pun, abg fahrin memang eye candy utk I tgk bola kat tv 1
Quote cicicumel 11-4-2014 02:53 PM
kawan i ckp, kulit Fahrin ni lagi cerah/putih drpd Aaron AZIZ kalu jumpa face to face..i konpius sbb dlm TV tgk Aaron lagi putih?

How?
Quote cikrosienona 11-4-2014 02:54 PM
Dari aku remaja sampai dah jadi status wanita ni...ni je la berita fahrin yang slalu diulang2...dari minat jadi x minat
lantak kau la nak kawen ke tak

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 05:41 AM GMT+8 , Processed in 0.325541 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top