CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Awie Hilang Kereta Lagi

7-5-2014 11:12 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 29093| Komen: 131

Description: Kebiasaannya Saya Akan Meletakkan Pacuan Empat Roda Itu Di Dalam Kawasan Pangsapuri Didiami. Bagaimanapun Semalam (Kelmarin) Saya Meninggalkan Pacuan Empat Roda Itu Di Luar Kawasan Pangsapuri Sekitar ...


Pacuan empat roda milik Awie lesap

Kuala Lumpur: Sebuah kenderaan pacuan empat roda model Mitsubishi Pajero milik pelakon dan penyanyi terkenal, Awie atau nama penuhnya Azhar Othman, 46, dilaporkan lesap dilarikan penjenayah ketika diletakkan di hadapan Pangsapuri Villa Danau, Danau Kota Setapak di sini.
Dalam kejadian jam 8.30 pagi semalam, kenderaan itu dipandu pembantu peribadi Awie, Mohd Khyrull Anuar Ahmad, 30, bagi urusan kerja sejak dua tahun lalu.

Mohd Khyrull berkata, kejadian berlaku sehari selepas dia dan Awie pulang dari mengikuti program minggu berbasikal di Wilayah Persekutuan Labuan.


Kebiasaannya saya akan meletakkan pacuan empat roda itu di dalam kawasan pangsapuri didiami. Bagaimanapun semalam (kelmarin) saya meninggalkan pacuan empat roda itu di luar kawasan pangsapuri sekitar jam 10.30 malam kelmarin.

“Saya tidak langsung berasa bimbang kerana kenderaan itu diletakkan berhampiran pos kawalan pangsapuri itu. Malah banyak kenderaan penghuni turut diletakkan di kawasan sama,” katanya.

Dia yang mahu keluar untuk bekerja pagi semalam bagaimanapun terkejut apabila mendapati kenderaan pacuan empat roda itu hilang dicuri.

“Saya cuba mencari kenderaan itu di kawasan sekitar pangsapuri, namun gagal. Malah, saya turut menghubungi rakan untuk meminta bantuan mengesan kenderaan itu,” katanya.

Menurutnya dia amat sedih dan terkilan dengan kehilangan kenderaan milik majikannya itu.

“Abang Awie memang baik. Dia tidak pernah berkira dan selalu meminjamkan kenderaannya bagi memudahkan saya menguruskan hal persembahan dan perkara berkaitan kerja seninya,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu sudah dilaporkan ke Balai Polis Setapak.


Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 7-5-2014 09:12 AM
beli kereta guna duit tak berkat?
Quote arianakhalid 7-5-2014 09:19 AM
takziah la... ada rezeki beli lagi la bang awie
Quote huJanBaTu 7-5-2014 09:19 AM
ye la tu hilang,,,

tah2 kene tarik tak byr bank 3 bulan
Quote tapibukanaku 7-5-2014 09:22 AM
huJanBaTu posted on 7-5-2014 09:19 AM
ye la tu hilang,,,

tah2 kene tarik tak byr bank 3 bulan

lorh...duit banyak bayar je lah lumpsum
Quote huJanBaTu 7-5-2014 09:24 AM
tapibukanaku posted on 7-5-2014 09:22 AM
lorh...duit banyak bayar je lah lumpsum

haha..banyak bnde lain dia nk byr gamaknya


Quote tomet05 7-5-2014 09:25 AM
xde rejeki .. xpe boleh kumpul duit beli lain ye abe awie
Quote tapibukanaku 7-5-2014 09:25 AM
huJanBaTu posted on 7-5-2014 09:24 AM
haha..banyak bnde lain dia nk byr gamaknya

kelab malam masyukkkkk...
Quote chickenwing 7-5-2014 09:25 AM
hyie posted on 7-5-2014 09:12 AM
beli kereta guna duit tak berkat?

walaupun kenyataan uolss diakhiri dengan tanda soal (?)...tetap keji okey.....jangan la kita menilai luaran semata2 kak....
Quote solstice 7-5-2014 09:26 AM
Duit beli pakai hasil keuntungan kelab malam jual arak kut

Quote maxim 7-5-2014 09:27 AM
solstice posted on 7-5-2014 09:26 AM
Duit beli pakai hasil keuntungan kelab malam jual arak kut

pompuan sebelah awie tu sape..wife die ke
Quote solstice 7-5-2014 09:30 AM
maxim posted on 7-5-2014 09:27 AM
pompuan sebelah awie tu sape..wife die ke

Penyanyi kelab malam yuols
Quote tapibukanaku 7-5-2014 09:34 AM
maxim posted on 7-5-2014 09:27 AM
pompuan sebelah awie tu sape..wife die ke

itu lah Tom My Stars LG...yg dulu kecoh gaduh2 rebut lelaki bagai

artis di kelab malam awie


cc: @solstice
Quote miss_rose 7-5-2014 09:46 AM
solstice posted on 7-5-2014 09:26 AM
Duit beli pakai hasil keuntungan kelab malam jual arak kut

Kelab mlm milik awie ke. Seksinya makk oiiiii.. mmg patut la keta ko kne curi awie, peringatan tu, awok dah tua bnykkan la beramal..
Quote belacan_gurl 7-5-2014 09:48 AM
tapibukanaku posted on 7-5-2014 09:34 AM
itu lah Tom My Stars LG...yg dulu kecoh gaduh2 rebut lelaki bagai

artis di kelab malam awie

raja farah aznin ke apa ke namanya?? lupa dah nama si pendek ni...dulu igt lg masa darjah satu kat tmgs...suka benor nyanyi lagu oooohhh ibu
Quote tapibukanaku 7-5-2014 09:51 AM
belacan_gurl posted on 7-5-2014 09:48 AM
raja farah aznin ke apa ke namanya?? lupa dah nama si pendek ni...dulu igt lg masa darjah satu kat ...

raja farah afzal.
Quote kucing_gebu 7-5-2014 09:52 AM
mmmmmm.....menyara anak isteri dgn.....
Quote belacan_gurl 7-5-2014 09:53 AM
tapibukanaku posted on 7-5-2014 09:51 AM
raja farah afzal.

aaaaaa btoi2...lupa dah
Quote leezzaliza 7-5-2014 09:54 AM
Yg tetek labuh tu bkn ke ani mayuni....????
Quote kakikuDibibirmu 7-5-2014 10:00 AM
tetek labuh



Lihat semua komen(131)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 05:22 PM GMT+8 , Processed in 0.069695 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top