CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pinjaman Tanpa Riba Untuk 30 Tahun

9-5-2014 05:22 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13500| Komen: 109

Description: Menurut Setiausaha Kerja Bn Parlimen Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd Yasin, Walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Sudah Bersetuju Menyambung Perkhidmatan Sabaruddin Di Bank Rakyat, Tetap ...


PETALING JAYA: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hassan Malek  (gambar) dikatakan memecat Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabaruddin Chik kerana enggan meluluskan pinjaman RM40 juta tanpa faedah selama 30 tahun kepada seorang ahli perniagaan, Deepak Jaikishan.

Menurut Setiausaha Kerja BN parlimen Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd Yasin, walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah bersetuju menyambung perkhidmatan Sabaruddin di Bank Rakyat, tetapi Hassan telah ‘over rule’ keputusan Perdana Menteri itu.

“Semangat saya hilang sejak diberitahu oleh seorang kawan saya yang kerja di Bank Rakyat akan kisah seorang peminjam yang mengaku ada hubungan rapat dengan Najib dan isterinya yang berhutang dengan Bank Rakyat diluluskan oleh menteri untuk dibayar hutang hampir RM40juta selama 30 tahun tanpa faedah.,” kata beliau dalam posting Facebooknya.

Katanya, beliau konsisten, setiap penyalahgunakan kuasa harus dilawan dan ditentang.

“Tak kira dia dari Umno atau tidak,” tegasnya.

Deepak Jaikishan dikatakan adalah  kawan rapat Rosmah dan Hassan Malek dikatakan mengarahkan BanK Rakyat meluluskan permohonan Deepak tetapi semua ahli lembaga pengarah bank tersebut enggan berbuat demikian.

“Saya berharap mesyuarat kabinet dapat bincangkan kisah Deepak Jaikishan yang telah diluluskan oleh menteri yang menjaga Bank Rakyat hutang pinjamannya RM40juta dibayar tanpa faedah selama 30 tahun,” katanya lagi.

Zaharin yang juga bekas calon ahli majlis tertinggi Umno bertanya masihkah ada hubungan yang akrab antara Najib dan Rosmah dengan lelaki penjual karpet.. setelah dimalukan dengan beberapa tohmahan dan memberi maklumat palsu kepada parti pembangkang?

Sehubungan dengan itu beliau meminta menteri yang ada sekarang jangan sombong dan angkuh.

“Belajar dari pengalaman Sabarauddin yang pernah jadi Setiausaha Agung Umno dan menteri yang dilantik jadi Pengerusi Bank Rakyat. Khabarnya Perdana Menteri pun sudah setuju disambung sepenggal lagi, bagaimana pun, itu kuasa menteri yang jaga bank itu, jika dia tak mahu sambung Perdana Menteri tak boleh berbuat apa-apa, tetapi tindakan itu sama saperti melawan arahan Perdana Menteri.

Pada masa yang sama, Zaharin rasa sudah tiba masanya Najib memikirkan individu yang dilantik menjadi Lembaga Pengarah termasuk Pengerusi, di agensi dan syarikat kerajaan seorang yang berpengalaman dan profesional.

“Lantik seorang satu sahajalah. Jangan jadi macam Tun Ahmad Sarji di Perbadanan Nasional Berhad (PNB), semua anak syarikat PNB  beliau jadi Pengerusi.. pendapatan dan elaun semua syarikat dia ambil,” dakwanya.

Katanya lagi, yang lucunya semua kereta untuk Pengerusi anak-anak syarikat PNB pun dia guna.

“Macam mana agaknya dia pakai kereta sampai banyak itu dan elaun ratus ribu sebulan itu. Dia makan emas ker? “ soalnya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ultra78 9-5-2014 10:39 AM
Tahniah. Org kaya sahaja layak mendapat pinjaman tanpa riba

Quote tobby 9-5-2014 10:41 AM
sebab tu kita kena tukar kerajaan setiap 10 tahun. nak hapuskan benda2 salah guna kuasa mcm ni la. tukar kerajaan utk timbulkan rasa takut kpd penguasa yg nak salah guna kuasa.
Quote bangcak 9-5-2014 10:48 AM
wow! tajuk dgn isik tak menahan
Quote honeybee1802 9-5-2014 10:51 AM
Wow pinjam skit dgn riba...nak pinjam byk free riba?untung org kaya ye
Quote maja07 9-5-2014 10:52 AM
Baru tahu buat baik dgn PM boleh pinjaman jota jota..
Quote namirulmukminin 9-5-2014 10:53 AM
Deepak ni islam ke kapir? Elok la tu... yang kapir nak dibaginya pinjam tanpa riba' (ikut islam).... yang islam dikenakannye riba....

P/S : Bab minjam ni pandai pulak keling kapir nak pakai cara islam takdak riba... tapi bak hukum hudud ditentangnye pulak....
Quote mamanurulhasbi 9-5-2014 10:53 AM
patutlah yang kaya makin kaya.
7 belas keturunan makan duet diragui status.
Quote leylapple 9-5-2014 11:01 AM
hamboi....

kaya pun dapat buat pinjaman tanpa faedah..40 jota pulak tu...

kita yang semeskin nie nakbeli keta pun kene interest paling kurang 3%
Quote lipans 9-5-2014 11:05 AM
Ingat yahudi je beri pinjaman tanpa riba ni. Muslim pun beri. Elakkan penindasan katanya. Opss... wait. Yahudi hanya beri kpd yahudi sahaja je.
Quote tintabiru73 9-5-2014 11:05 AM
Adus..aku tertipu dengan tajuknya. Ingatkan betul2 ada skim tanpa riba..gigih baca sampai habis sebab memang plan nak cari loan
Quote clarizsa 9-5-2014 11:07 AM
amboi... melampau nih... depa je la makin kaya cmni... huh
Quote dr_stein 9-5-2014 11:07 AM
entah - entah pinjaman tanpa  bayaran balik..
Quote TuntungReturn 9-5-2014 11:10 AM
skang ni bnyk bnk tukar dri faedah kpd terma lain sperti kadar keuntungan, caj pengurusan.lol
Quote ultra78 9-5-2014 11:14 AM
Lepas ni sesiapa nak buat loan boleh apply dengan Hasan Malek?
Quote BotakChinPeng 9-5-2014 11:19 AM
Bullshit yang lebih logik sikit tak ada ka ?

Quote asudau 9-5-2014 11:19 AM
sib baik dia pinjam ada niat nak membayar walaupun tanpa faedah...daripadan pinjam tapi tak bayor2...
Quote salimrock 9-5-2014 11:28 AM
tobby posted on 9-5-2014 10:41 AM
sebab tu kita kena tukar kerajaan setiap 10 tahun. nak hapuskan benda2 salah guna kuasa mcm ni la. t ...

ha..betul tu..

wa penah dgr, bank manager pun akan di transfer kan setiap 5-6 tahun, tak nak salah guna kuasa
Quote ibu_haritz 9-5-2014 11:30 AM
dr_stein posted on 9-5-2014 11:07 AM
entah - entah pinjaman tanpa  bayaran balik..

tulah ragu2 gak..maklumlah bff bik mama...
Quote BotakChinPeng 9-5-2014 11:31 AM
Nampak sangat pekerja freemalaysiatoday tahap PPRT semua ada masalah hutang dengan along. Dah mula reka cerita tentang pinjaman pulak.

Lihat semua komen(109)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 10:20 AM GMT+8 , Processed in 0.055752 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top