CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hantar Mesej Cabut Nyawa

11-7-2014 11:07 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5924| Komen: 25

Description: Menurutnya, Along Itu Yang Turut Memberi Pinjaman Kepada Beberapa Rakannya Di Sebuah Kopitiam Di Rawang Di Sini, Kemudian Memberikannya Wang Berkenaan Dengan Syarat Dia Membayar Rm1,200 Seminggu Terma ...
Kuala Lumpur: 'Lu (awak) mahu mati sendiri (bunuh diri) atau kita buat lu mati sakit. bayar hutang! jangan mahu lari'. Itu adalah antara SMS ugutan diterima seorang mekanik motosikal selepas gagal menjelaskan hutang ceti haram yang digunakan untuk bertaruh judi bola sepak Piala Dunia.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lan, 35, memberitahu dia kini hidup ibarat pelarian gara-gara berhutang ceti haram (along) membabitkan jumlah RM20,000 pada 29 Jun lalu.

Menurutnya, dia meminjam wang daripada seorang along yang menawarkannya pinjaman bagi pertaruhan bola sepak membabitkan perlawanan pusingan kedua antara Uruguay dan Colombia.

Saya meletakkan semua wang pertaruhan pada 'bookie' kerana yakin 100 peratus Uruguay mampu membelasah Colombia.


Malah, kelibat bintang penyerang Uruguay seperti Luis Suarez dan Edinson Cavani menyebabkan saya yakin pasukan itu mampu mencatatkan kemenangan besar, sekali gus memasuki pusingan suku akhir Piala Dunia,” katanya.

Menurutnya, along itu yang turut memberi pinjaman kepada beberapa rakannya di sebuah kopitiam di Rawang di sini, kemudian memberikannya wang berkenaan dengan syarat dia membayar RM1,200 seminggu termasuk faedah pinjaman sekitar 10 peratus.

Dia hanya mahukan salinan Mykad saya selain lokasi bengkel saya bekerja. Saya tidak fikirkan risiko ketika itu kerana yakin pertaruhan itu berbaloi dan saya akan mendapat pulangan berganda.

Sebelum ini saya pernah bertaruh dan menang,” katanya.

Dia yang bertaruh dengan memasukkan wang ke dalam akaun bank 'bookie' bagaimanapun hampir pitam apabila pasukan Uruguay tewas kepada Colombia.

Ketika itu barulah saya tahu sukar untuk membayar RM1,200 seminggu atau RM4,800 sebulan berikutan gaji saya hanya sekitar RM2,000 sebulan,” katanya.

Saya cuba hubungi Along dan minta supaya jumlah bayaran hutang itu dikurangkan. Namun permintaan saya itu ditolak kerana Along mendakwa saya sudah bersetuju dengan syarat sebelum ini.

Malah Along minta saya dapatkan bantuan dari ahli keluarga dan dan jual kereta jika tidak mampu bayar hutang itu. Malah Along berulang kali menghantar SMS dan datang ke bengkel saya meminta hutang berkenaan,” katanya.

Akibat tak dapat membayar hutang itu, mangsa bertindak mengambil 'cuti' dan lari bersenbunyi di rumah adiknya di Ampang.

3

Bagus
1

Marah
17

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (22 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eco_internet 11-7-2014 10:03 AM
hutang along main judi...
Quote HANIMUSLIMAH 11-7-2014 10:04 AM
nasi dah jadi bubur..
sesal dahulu pendapatan,sesak kemudian tak berguna Jahhh..oi
Quote ultra78 11-7-2014 10:05 AM
Layak ajelah mampos. Berhutang along utk judi bola. Bahalol sangat
Quote zacrin 11-7-2014 10:08 AM
bodoh sendiri amik la ubat
Quote Cyempaka 11-7-2014 10:12 AM
Akibat tak dapat membayar hutang itu, mangsa bertindak mengambil 'cuti' dan lari bersenbunyi di rumah adiknya di Ampang

penat2 orang tu bersembunyi..paper p dedahkan lokasi

nape 'cerdik' sangat ko ni bang? skang baru nak huhahuha susah hati..rasakanla
Quote harimau76 11-7-2014 10:13 AM
pandai2 la tanggung.. masa buat tak pikir plak..
Quote chaintea 11-7-2014 10:13 AM
Cari penyakit..
Quote iman_aly 11-7-2014 10:16 AM
amik obat....
Quote MengkuduMasam 11-7-2014 10:36 AM
judi tu kan haram... mende haram ini laa makanananya... sediri mau igt
Quote fifie_olin 11-7-2014 10:38 AM
mmg pdn la dgn muka...
tanggung la sendrik...
over konpiden
Quote BotakChinPeng 11-7-2014 10:54 AM
Kalo orang ada masalah hutang buat hape nak mengadu kat pekerja metro lemah & hina  yang huni flat pprt  pulak ?

Dasar kaki bullshit tak sedar diri
Quote haryatie 11-7-2014 11:01 AM
salah sendiri pastu nak salahkn along lak..
org yg suka berhutang kalau boleh dibelasah mmg selayaknya dibelasah
majoritinya suka meminjam tp x reti2 nak bayar ...
masa nak membayar pndai jd putar alam..
Quote eka89 11-7-2014 11:15 AM
Huhuu.. pengajaran..
Quote BotakChinPeng 11-7-2014 11:29 AM
Kenapa takut nak sebut nama mekanik yang konon berhutang tuh ? Setakat tunjuk gambar kawan sendiri yg diupah & dikaburkan sedikit itu tandanya  cerita bullshit. 

Kes along yang sahih semua ada nama penuh.Bukan nama ciptaan . Macam laporan di bawah ini

JOHOR BARU: A divorcee is living in fear following multiple Ah Long attacks on her home due to her ex-husband’s debts, which have ballooned to RM25,000.Chan Hooi May, 47, claimed that her house had been splashed with red and yellow paint while her main gate was padlocked by Ah Long.“I filed for divorce last November and did not have any clue that my ex-husband had borrowed money from Ah Long until the first attack on April 2,” she told reporters in Ulu Tiram here yesterday.She said she was shocked to find her main gate padlocked upon returning home that day.After questioning him, Chan claimed that her ex-husband finally admitted to having borrowed a total of RM5,000 from 10 different Ah Long.“I was living in fear and forked out RM10,000 to settle some of the debts inclusive of interest,” she said.However, Chan said the attacks did not stop, adding that her house was splashed with paint on two other occasions.“I tried to speak to the Ah Long involved and they told me that I now owed them another RM25,000 in debt and interest.“Of course, I cannot afford to pay this,” said the mother of two teenagers, adding that she was not earning much as a secretary.Chan said she hoped the Ah Long would stop harassing her as she no longer had anything to do with her ex-husband.“I do not know where he is or what he is doing.“I just want all these attacks to stop,” she said, adding that she had also received threatening text messages.Tebrau MP Khoo Soo Seang’s secretary Ng Yew Aik, who called for a press conference on Chan’s behalf, said he was in the midst of discussions with the different Ah Long gangs.“Several police reports have been lodged and we hope that this matter can be sorted out,” he said.
Quote aijinmisaki 11-7-2014 11:33 AM
Selayaknya lah ummah pprt berhutang along sebab nak bayar duit judi bola.
Quote prettyuglybabe 11-7-2014 11:42 AM
padan muka.. memang elok pun kalu along tu tetak bagi mampus..
Quote WawaRaRa 11-7-2014 11:59 AM
buduh punya mekanik.... saper suh utang??? ada ahlong paksa ko berutang n berjudi??? ada???
Quote penari 11-7-2014 12:02 PM
lan...lan...hati kau keras lan
Quote Kejora927 11-7-2014 01:25 PM
bahana judi...

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 01:19 AM GMT+8 , Processed in 0.056337 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top