CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Wak Doyok Dijadikan Bahan Gelak?

16-5-2014 11:52 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 19478| Komen: 94

Description: Namun Dengan Penampilanya Yang Sebegitu, Ada Segelintir Pihak Yang Melabelkan Pengusaha Jenama Fesyen The Garment Yang Lebih Senang Disapa Sebagai Wak Doyok Ini Sebagai Poyo. Atau Dalam Maksud Lain, S ...



Dia bukanlah artis popular sebaliknya namanya menjadi sebutan kerana penampilannya berbeza berbanding kebanyakan gaya lelaki pada hari ini. Bermisai dan berjanggut tebal, serta mempunyai aura maskulin era Inggeris 60-an apabila berpakaian.

Namun dengan penampilanya yang sebegitu, ada segelintir pihak yang melabelkan pengusaha jenama fesyen The Garment yang lebih senang disapa sebagai Wak doyok ini sebagai poyo. Atau dalam maksud lain, seperti ’tunjuk pandai’ atau’menunjuk-nunjuk’ atau ’melebih lebih’ atau ’terlebih semangat’.

Kerana imej itu juga dia seringkali menjadi bahan gelak sesetegah pihak tak kurang ada yang melemparkan komen-komen negatif.


"Fesyen yang saya bawa ini bukan poyo tapi 'iye iye aje'. Sebenarnya mereka bercakap begitu kerana mereka tak tahu dan kurang faham tentang apa yang mereka katakan. Tak dinafikan, ada peminat spam dan ‘menganjing’kan saya. Bila mereka buat macam itu, mereka sebenarnya memperbodohkan diri sendiri.

"Saya juga tak kisah pun kalau kena gelak sebab bila saya digelakkan itu yang buat saya lebih termotivasi. Saya ada misi saya sendiri iaitu nak memartabatkan fesyen kita sekaligus mahu negara dipandang tinggi dari sudut fesyen. Saya seorang yang meminati fesyen dan saya cuba bawa fesyen dari luar masuk ke Malaysia. Fesyen yang saya tonjolkan simple. Saya bawa imej street style. Semua generasi Y boleh gayakan fesyen sebegini. Baju-baju yang saya gayakan pun harganya RM200 ke bawah.


"Tapi masalahnya, orang Malaysia ni ramai yang skeptikal. Kalau mereka kurang jelas tentang fesyen, boleh hadiri talk saya dan saya akan berikan pendedahan", kata pemilik nama sebenar Muhammad. Azwan Mohd. Nor ini dengan panjang lebar ketika ditemui pada majlis pelancaran hlive!, kelmarin.

Sementara itu, mengenai penglibatannya dalam dunia lakonan dan pengacaraan, Wak Doyok memberitahu di tidak melabelkan dirinya sebagai selebriti.

Kerana itu dia sebolehnya tidak mahu terlalu aktif dalam dua bidang itu kerana fokusnya kini lebih kepada bidang fesyen. Namun tidak menolak sekiranya ada tawaran yang sekadar memerlukan dia membuat penampilan khas untu sebuah drama atau filem.


Bagus
8

Marah
2

Terkejut
8

Sedih
6

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (29 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gula_tebu 15-5-2014 10:16 AM
misai melentik gittew
Quote BebeQ 15-5-2014 10:20 AM
baju2 bawah rm200? rm200 sehelai ke termasuk seluar baju tie kasut bagai semua tu?
baju berlapis2 tu, agaknya sekali keluar rumah badan dia berharga rm2000.
wartawan tak nak tanya ke sama ada wak ni betul ke penah duduk britain dan fasih berbahasa inggeris?
Quote joyahglam 15-5-2014 10:24 AM
tak dinafikan dia memang stylo
Quote whadda 15-5-2014 10:24 AM
wak doyok yang errrr errrr prestige..!!
Quote duniaku85 15-5-2014 10:26 AM
badan dia kecik mmg cun la pkai mcm tu..tp mungkin jugak sbb berlapis2 , maka lemak pun automatik cair..
Quote ohsemmm 15-5-2014 10:28 AM
ada gak dia identiti yang tersendiri....tak le macam sesetengah celebrity...kopipes style orang lain.
Quote edoraixora 15-5-2014 10:28 AM
betul ke x kisah tu???
nape mcam cepat sentap jer
Quote sekel 15-5-2014 10:29 AM
takkan beraya pun nk pakai fesyen mcm nie atau ke shopping mall
Quote inusya 15-5-2014 10:29 AM
Ayat ni "Bermisai dan berjanggut tebal, serta mempunyai aura maskulin era Inggeris 60-an apabila berpakaian."
mcm geli je
Quote kakikuDibibirmu 15-5-2014 10:33 AM
lemari wardrobe beliyau stock images tahu?
Quote makton 15-5-2014 10:39 AM
sukati ko la doyok~
Quote senahsanasini 15-5-2014 10:42 AM
Prestige...
Quote pestol 15-5-2014 11:02 AM
wak doyok pun main forum CARI siapa percaya angkat tangan.
Quote cikmouse 15-5-2014 11:09 AM
citer wak doyok lgk.........
Quote mzzenma 15-5-2014 11:13 AM
Abang ben yg englishman pun tak hover mcm wak doyok

#akuygpakaikauygpanas
#kodahkenapa
Quote tomet05 15-5-2014 11:15 AM
ok la kot .. dia ada iemej tersediri
tu yang aku suka .,
xde la nak tiru missfake ke .. nak tiru kak nita ke .. nak tiru yuna ke ..
Quote kentel 15-5-2014 11:16 AM
fesyen inggeris, english kelaut..
Quote fifie_olin 15-5-2014 11:18 AM
aku geli ngn misai lentik dia tu...
tp dlm cite jodoh pndi gk belakon ...tp kejap jek part dia...
Quote Ferr_Remy 15-5-2014 11:27 AM
Mslahnyer kenapa nak martabatkan fesyen Malaysia biar dunia pandang guna fashion style Inggeris? Sebelah mate pun belum tentu diorg pandang sbb da jemu tgk kat negara sendiri. Cuba pakai baju Melayu jer 24 jam ... baru la diorg ade aty nak tgk sbb unik sket.

Lihat semua komen(94)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 08:15 AM GMT+8 , Processed in 0.069346 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top