CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Aaron Aziz Bintang Paling Popular 2013

26-5-2014 09:07 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17015| Komen: 94

Description: Pelakon Aaron Aziz Dipilih Sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (Abpbh 2013) Apabila Mengungguli Undian Tertinggi Pada Majlis Tersebut Dengan Memperoleh 76,742 ...
Aaron Aziz Diumum Bintang Paling Popular 2013
  



PUTRAJAYA: Pelakon Aaron Aziz  dipilih sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) apabila mengungguli undian tertinggi pada majlis tersebut dengan memperoleh 76,742 undi.
Aaron turut menerima trofi Pelakon Filem Lelaki Popular pada acara yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, malam Sabtu.


Ia adalah kemenangan kedua buat pelakon itu selepas memenangi anugerah sama pada 2011.

Kemenangan itu membolehkan Aaron membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta Nissan Teana sumbangan Tan Chong Motor Sdn Bhd dan barangan kemas sumbangan Nakita Gold & Diamond dan jam tangan Tendence.

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat diberikan kepada Datuk Rahim Razali mengiktiraf sumbangan dan jasa mereka dalam bidang seni selama 50 tahun.

Majlis gilang-gemilang lebih dua jam setengah itu disiarkan secara langsung menerusi TV3 dan stesen radio Hot FM.

Dalam pada itu,Siti Saleha mencipta kemenangan dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular, sementara itu, Hafiz menepati ramalan apabila menggondol gelaran Penyanyi Lelaki Popular.

Kategori Artis Berkumpulan/Duo Popular dimenangi oleh Stacy dan Akim manakala Penyanyi Wanita Popular dirangkul oleh Stacy.

Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon TV Wanita Popular, masing-masing dimenangi Shah Iskandar dan Siti Saleha.

Pelawak Achey memenangi Artis Baru Lelaki Popular, manakala Zara Zya meraih gelaran Artis Baru Wanita Popular.

Pelakon Jihan Musa pula merangkul Artis Komedi Wanita Popular, manakala Jep Sepahtu memenangi Artis Komedi Lelaki Popular.

Kategori Penyampai Radio Lelaki Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular, masing-masing dimenangi Johan Raja Lawak bagi stesen Era FM dan Fara Fauzana dari stesen Hot FM.

Sementara itu, pelakon dan pengacara Neelofa berjaya merangkul anugerah Pengacara TV Wanita Popular pada tahun ini.

Manakala Datuk AC Mizal merampas gelaran Pengacara TV Lelaki Popular yang sebelum ini disandang oleh Datuk Aznil Nawawi.

Acara gilang gemilang itu diacarakan oleh Fara Fauzana, Amy Mastura, Shahrol (Shiro) dan Ajak (Shiro) selain beberapa penyampai jemputan seperti Fizz Fairuz, Almy Nadia, Emma Maembong, Zizan Razak, Nasir Wahab dan Lana Nordin.

Majlis turut diserikan dengan pelbagai persembahan daripada artis seperti Mawi, Ac Mizal, Zainal Abidin, Hazama Dayang Nurfaizah dan Tegar.

ABPBH 2013 edisi ke-27 anjuran Berita Harian adalah acara pengiktirafan berdasarkan undian peminat menerusi borang disiarkan akhbar dan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) untuk artis dan selebriti tanah air dalam bidang perfileman, muzik dan penyiaran.

Senarai penuh pemenang ABPBH-2013

1) BINTANG PALING POPULAR: AARON AZIZ

2) PENYANYI LELAKI POPULAR: HAFIZ

3) PENYANYI WANITA POPULAR: STACY

4) ARTIS DUO/ BERKUMPULAN POPULAR: STACY & AKIM

5) ARTIS BARU LELAKI POPULAR: ACHEY

6) ARTIS BARU WANITA POPULAR: ZARA ZYA

7) PELAKON FILEM LELAKI POPULAR: AARON AZIZ

8) PELAKON FILEM WANITA POPULAR: SITI SALEHA

9) PELAKON TV LELAKI POPULAR: SHAH ISKANDAR

10) PELAKON TV WANITA POPULAR: SITI SALEHA

11) ARTIS KOMEDI LELAKI POPULAR: JEP SEPAHTU

12) ARTIS KOMEDI WANITA POPULAR: JIHAN MUSA

13) PENGACARA TV LELAKI POPULAR: AC MIZAL

14) PENGACARA TV WANITA POPULAR: NEELOFA

15) PENYAMPAI RADIO LELAKI POPULAR: JOHAN RAJA LAWAK (Era FM)

16) PENYAMPAI RADIO WANITA POPULAR: FARA FAUZANA (Hot FM)

ANUGERAH KHAS

1) ANUGERAH KHAS PENCAPAIAN SEPANJANG HAYAT: DATUK RAHIM RAZALI



2

Bagus
6

Marah
11

Terkejut
10

Sedih
1

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (38 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azie.dz 25-5-2014 12:10 AM
Brapa ketui je aku teka betul muahahahaha

Tp bintang popular aku teka abg aron..betui tu heheheheh
Quote azie.dz 25-5-2014 12:11 AM
Tahniah la kepada semua pemenang

Ada yg aku tak kenal kot kikiki
Quote munchkin 25-5-2014 12:14 AM
Aqasha berlakon lagi best daripada dia ni. Tu pendapat saya. Lain org lain pendapat. Kena bagi disclaimer awal2
Quote missnina 25-5-2014 12:15 AM
xsempat tengok pun
AA menang lagi? not bad la

Quote ss8384 25-5-2014 12:19 AM
Rezeki anak2 joii , berkat berbakti pada anak2. Seee, congrats aaron
Quote RatuDunia94 25-5-2014 12:41 AM
kirenye AA dgn Sam main tarik tali... entah2 next year Sam mng pulak..
Quote pinkzara 25-5-2014 12:43 AM
dapat satu lagi keta free

tak rs pelik dia menang.
rasanya berbaloi lah dgn kerja dia.
Quote CrowneGlory 25-5-2014 12:54 AM
Aku tgk ac haprak tu menang je terus aku xde mood nk tgk... Mak sanggup lg tgk skeri movie tv9 bodoh tu lg...

bajet2 trkejut menang... Dgn bini rambut mop dia tu... Geli aku...kompom beli selori bh... Thn depan lg la takde sape nk tgk... Vote pun makin kurang masuk...yg menang2 sesuatu sgt memasing
Quote abbey 25-5-2014 12:57 AM
Thn ni MIG tk wat gerak gempur ke ngundi retis dia....
Sam tak menang yana pn tk menang....
Quote naina 25-5-2014 01:28 AM
tp undian main lama makin merudumkan
dulu rsenya ratus2 ribu
skng cume puluh ribu jer..
Quote awoks 25-5-2014 01:56 AM


dah mek jing gigih mengundi 24 jam..haruslah aaron menang..erkk
Quote ElmoRed 25-5-2014 02:21 AM
zizang kalah, adakah petanda peminat sudah hilang?
Quote ElmoRed 25-5-2014 02:22 AM
kepada winners, congrats. yg kalah tahun depan carik datuk untuk sponsors dan peminat berani mati untuk undi
Quote hyie 25-5-2014 03:29 AM
time kasih kepada Fear Factor 2
Quote Ferr_Remy 25-5-2014 03:32 AM
Sorry to say, tp mmg plakon perempuan popular aku vote Siti Saleha byk kali sbb beliau cantik
Quote Ferr_Remy 25-5-2014 03:34 AM
Bru prasan.. sian Zizang x menang ape2 hahahahaha
Quote shanshero 25-5-2014 03:36 AM
Baca result cukup la. Artis undangan macam
tak best jerk. Mujur juga tak tengok ahh
Quote cingai 25-5-2014 04:36 AM
Yg anugerah2 online tu apa cer? Siapa menang?
Quote teen_angelJB 25-5-2014 06:57 AM
aku mls nak tgh abp ni..
pagi2 mmg da aim tgk kat cari cnfrm da update pemenang..
johan mng...besttt...
zizan?????calon byk kategori..1 pun x lekat...nasibb..nasibn

Lihat semua komen(94)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 12:43 AM GMT+8 , Processed in 0.061600 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top