CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Erma Restui Bade Kahwin Lagi

2-6-2014 03:33 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 77503| Komen: 378

Description: Pengarah Filem Terkenal Badaruddin Azmi (Bade) Dikatakan Berkahwin Buat Kali Kedua Dengan Seorang Wanita Muda Yang Dikenali Sebagai Aida Abdul, Berusia Awal 30-An. Majlis Meraikan Pernikahan Baharu ...


KUALA LUMPUR 30 Mei - Pengarah filem terkenal Badaruddin Azmi (Bade) dikatakan berkahwin buat kali kedua dengan seorang wanita muda yang dikenali sebagai Aida Abdul, berusia awal 30-an.
Majlis meraikan pernikahan baharu suami kepada Erma Fatima itu berlangsung di sebuah hotel di Cherating , Pahang pada 27 Mei lalu. 

Majlis yang berlangsung secara tertutup itu turut dihadiri beberapa artis terkenal termasuk Datuk Rosyam Nor dan isteri.
Walaupun isteri kedua pengarah itu masih misteri, Utusan Online berjaya mendapatkan gambar perkahwinan mereka baru-baru ini. 

Sehingga kini Bade sendiri masih belum memberi sebarang pengesahan mengenai pernikahannya itu walaupun usaha mendapatkan kenyataan daripada pengarah berkenaan dibuat semenjak minggu lalu.

"Bade dan isterinya difahamkan telah bernikah sekitar dua bulan lalu di negara jiran. Wanita berkenaan juga merupakan orang yang terlibat dalam bidang penerbitan drama dan filem dan kini membantu produksi Bade sendiri," jelas sumber. 


Rosyam yang dihubungi Utusan Malayisa bagaimanapun tidak mahu memberi sebarang ulasan mengenai majlis perkahwinan rakan baiknya itu.
"Ini kisah peribadi, awak tanya tuan punya diri, itu lebih baik," katanya, tegas. 

Erma, isteri pertama Bade juga gagal dihubungi untuk memberikan sebarang komen. 

Hasil penelitian di laman Instagram  Erma, pengarah itu kini berada di Sepanyol untuk projek karya  terbaharunya.

Erma dan Bade bernikah pada 30 November 1990 dan membesarkan lima orang anak.
Sebelum ini Bade pernah didakwa telah bernikah lain pada 2010. Bagaimanapun Bada menafikan sekeras-kerasnya yang dia sudah berkahwin pada waktu tersebut

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hanuma 30-5-2014 07:13 PM
wah... gossip hangat time maghrib nie
Quote sapp73 30-5-2014 07:19 PM
Bermadulah ni...erma tau tak ni sebab nikah kat negara jiran. Erma tu boleh tahan jugak garangnya
Quote p.timur3831 30-5-2014 07:20 PM
Omg...kak emma fatimah brmadu lh jwbnya..bertabah jer lh kak emma ooi..
Quote lotion 30-5-2014 07:32 PM
bermadu sudah
i rasa erma dah tau ni
kalau sembunyi lagi nahas laki dia kena sembur
Quote ana_w_houb 30-5-2014 07:34 PM
madu tu kan manis....

Quote Cookeelaat 30-5-2014 07:36 PM
Ada majlis meraikan bagai tu rasa rasa macam erma restu akan tetapi bila baca part kawin kat negara jiran tu yang tak berapa nak best pula.
Nak merasa ada anak sendiri ke bang bade oi, selamat pengantin baru lah ye

Quote mizahanan 30-5-2014 07:37 PM
Mana gambonya.. kata ada..
Quote Kittie 30-5-2014 07:37 PM
Pergh! Seriously?
Quote lotion 30-5-2014 07:42 PM
Cookeelaat posted on 30-5-2014 07:36 PM
Ada majlis meraikan bagai tu rasa rasa macam erma restu akan tetapi bila baca part kawin kat negara  ...

maybe masa kwin kt siam dia x tau lg kot
atau dia x approve
pastu bile dh boleh terima baru la bade berani buat majlis
xtau pulak rosyam nor bff bade ni
i pun rasa dia nak anak lah
Quote mitsui14 30-5-2014 07:43 PM
Kalau tak silap erma sekarang ada kat spain, ada pengambaran
Quote hanamunir 30-5-2014 07:49 PM
nak tau betapa manis nye madu itu, kena la rasa sendiri..
tadi baru je wanita hari ini tunjuk famili yang bermadu tu bahagia je..
siap isteri pertama suap makan kt madu dia kot..
alahai, aku plak yg macam nak terbuka hati untuk bermadu..
kalau dapat yang jenis bertolak ansur tak pe..
tapi, kalu dapat yang jenis tak puas hati, pendengki je, merana woi..
time tu la madu ni pahit..

Quote kodokke 30-5-2014 07:50 PM
Tahniah Bade
Quote hasniey 30-5-2014 07:55 PM
eh anak diorg yg 5 org tu ank angkt ke?
Quote bambimo 30-5-2014 07:59 PM
Sayang nya isteri 2nd trpksa nikah kt Siam..
Adakh erma xtau...nahas la klo erma tau heolls nikah sorok2...dulu masa berebut bade gn raja ema bkn maen lg hihihi gosip dunia hiburan dulu2...
Yup myb sbb anak dia kawen laen...

Tp iols trkejut juga utusan lebih advance dr forum cari...sdgkn selalu utusan lembab sket dpt skop cerita2 panas huhuhuhu




Last edited by bambimo on 30-5-2014 08:08 PM

Quote mnaa 30-5-2014 08:01 PM
tapi bukan ke dulu erma suruh bade kawen lagi sbb diaorg takleh dapat anak sendiri...
Quote suterabiru123 30-5-2014 08:17 PM
Bertepuk tangan la bekah... Klu erma xtahu..kikiki
Quote reenz013 30-5-2014 08:18 PM
tahniah,mana pic
Quote lotionmilo 30-5-2014 08:22 PM
congratsss
Quote kucing_gebu 30-5-2014 08:23 PM
Tahniah....

Lihat semua komen(378)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 08:38 AM GMT+8 , Processed in 0.063239 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top