CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Pengalaman Di Highland Tower

6-6-2014 11:35 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 27133| Komen: 149

Description: Tepat Pukul 11 Malam Kita Semua Menuju Ke Highland Tower Dengan Van. Sampai Je Highland Tower, Kawan Aku Yang Seorang Ni Bernama Didi, Suka Bercakap Besar. Kami Yang Lain Pun Pusing-Pusing Dekat-Dekat ...
Gambar hiasan

Kisah ini berlaku masa zaman aku di kolej, masa itu semua nak tunjuk berani, bahawa higland tower itu tidak berhantu.


Lalu kami enam orang rakan mengambil keputusan termasuk aku untuk pergi ke Highland Tower, kalau tidak pergi bukan anak jantan, katanya'

Tepat pukul 11 malam kita semua menuju ke Highland Tower dengan van. Sampai je Highland Tower, kawan aku yang seorang ni bernama Didi, suka bercakap besar. Kami yang lain pun pusing-pusing dekat-dekat sahaja, sebab persekitaran agak seram. Lepas puas lepak di situ, aku pun ajak mereka semua lepak di Uptown Damansara, sampai je Uptown kita semua lepak di kedai belakang sekali,iaitu kedai ayah kawan aku, "Bob.. ayah dia ini orang ada ilmu sikit.

Tiba-tiba ayah si Bob sapa kita semua.. " eh siapa yang kamu semua bawa ini? tuju kepada kawan kita yang bernama Didi. Kawan aku pun jawab, "la ini kan Didi. Ayah Bob jawab.. "ini bukan Didi.. korang pergi mana tadi? Kita semua dari Highland Tower lepak di sana tadi.Mengucap ayah Bob.. yang kamu semua bawa ini bukan Didi, aku yang duduk sebelah Didi pun teruslah melompat! Tetapi Didi duduk diam tanpa berkata-kata.


Kami semua pun bertanya.."habis itu macam mana ini pakcik? Hantar balik tempat asal, kami mana berani! Ayah Bob akan temankan kamu semua. Semasa perjalanan hantar pulang jelmaan Didi, kita lima orang berhimpit dekat dengan tempat duduk tengah sampai melekat di tempat duduk depan. Sepanjang perjalanan kami semua senyap. Apabila kami semua sampai di  Highland Tower semua macam kera kena belacan hendak keluar dari van. Sampai giliran Didi keluar dari van, belum sempat cecah tanah terus terbang mengilai. Ayah Bob membacakan ayat selindung kami semua. Semasa masuk di perkarangan Highland Tower, ayah Bob laungkan Azan dan berdoa. Lalu muncul Didi di tengah semak sambil menjerit " bodoh la kenapa tinggalkan aku seorang disini" seluar pun habis basah terkencing. Kite orang tenangkan dia dan bawak masuk van. Sepanjang perjalanan kite orang kena maki je dengan si didi,dia tak tahu cerita maka kami pun senyap je la..


Sampai je kat uptown kita orang cerita la apa yang terjadi sebenarnya.. Didi terdiam dan minta maaf,dia tak patut cakap besar tadi.. Didi sebenarnya tak jumpa jalan keluar masa kejadian kita orang tadi.. Dia berpusing2 kat situ je..

Kepada yang ada niat nak kesana kalau boleh elakkan.. WallAllahualam
1

Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote princesshazel 2-6-2014 01:39 PM
wah thread baru...selamat update TT... seram giler!
Quote makton 2-6-2014 01:43 PM
ni pengalaman sndri ke?
mcm penah baca cerita ni kat somewhere...
Quote CrowneGlory 2-6-2014 01:48 PM
Byk plak aku baca highland tower ni lg byk manusia bertopengkn hantu dr hantu... Dh jd mcm sorga dadah
Quote chinta89 2-6-2014 01:51 PM
agak2 yg tgh isap dadah kat situ hantu kaco tak?

then balik rmh keluarga perasan tu bukan org sebenar tp hantu?
Quote pomade.seller 2-6-2014 02:19 PM
princesshazel posted on 2-6-2014 01:39 PM
wah thread baru...selamat update TT... seram giler!

Kalau nak story semua tk terlarat hehehe
Quote pomade.seller 2-6-2014 02:20 PM
makton posted on 2-6-2014 01:43 PM
ni pengalaman sndri ke?
mcm penah baca cerita ni kat somewhere...

Pengalaman sendiri tiada copy n paste..
Quote pomade.seller 2-6-2014 02:21 PM
CrowneGlory posted on 2-6-2014 01:48 PM
Byk plak aku baca highland tower ni lg byk manusia bertopengkn hantu dr hantu... Dh jd mcm sorga dad ...

Masa saya pergi tu tahan 2003 kalau tak silap saya..sekarang tak tahu la macam mana..itu lah pertama dan terakhir saya jejak kaki disitu..
Quote pomade.seller 2-6-2014 02:22 PM
chinta89 posted on 2-6-2014 01:51 PM
agak2 yg tgh isap dadah kat situ hantu kaco tak?

then balik rmh keluarga perasan tu bukan org seb ...

Hahahaha...boleh la awak cuba..huhuhu.. Saya memang dah tak berani
Quote adnil 2-6-2014 02:26 PM
nape aku dah baca banyak version citer ni eh?? apa ke ramai kena gini ke?
Quote cloudy_83 2-6-2014 02:30 PM
mungkin yang cita lain tu kawan2 tt yang cerita kot.. almaklumlah ada 6 orang, pasti ada 6 versi..
teringin nak tau versi didi.. didi ada cerita tak apa yang terjadi masa kena tinggal tu tt?
Quote pomade.seller 2-6-2014 02:34 PM
adnil posted on 2-6-2014 02:26 PM
nape aku dah baca banyak version citer ni eh?? apa ke ramai kena gini ke?

Erk ramai ke?itu saya tak tahu la..tapi yg terjadi itu pengalaman saya sendiri..
Quote pomade.seller 2-6-2014 02:36 PM
cloudy_83 posted on 2-6-2014 02:30 PM
mungkin yang cita lain tu kawan2 tt yang cerita kot.. almaklumlah ada 6 orang, pasti ada 6 versi.. : ...

Version didi saya da masukkan sekali..didi hanya cakap yang di tak jumpa jalan keluar..pusing2 dalam tower sahaja..sebelum tu dia ada nampak kami bila dia naik ke atas bangunan dan turun balik tak jumpa kami..puas di pusing2 tapi dekat situ jugak dan tak jumpa jalan keluar..puas menangis..sampai terkencing dalam seluar
Quote adnil 2-6-2014 02:37 PM
pomade.seller posted on 2-6-2014 02:34 PM
Erk ramai ke?itu saya tak tahu la..tapi yg terjadi itu pengalaman saya sendiri..

haah, paling tidak setakat ini seingatnya dah baca 3 versi cuma nama-nama watak lain.. jumlah ahli group lain, tempat lepak lepas tu pun lain...
Quote cloudy_83 2-6-2014 02:44 PM
pomade.seller posted on 2-6-2014 04:36 PM
Version didi saya da masukkan sekali..didi hanya cakap yang di tak jumpa jalan keluar..pusing2 dal ...

masa pergi tu memang group tt sorang je yang masuk highland tower tu ke?
nasib baik tak pengsan didi tu
Quote unoryah 2-6-2014 02:47 PM
bestnya pengalaman tt

Quote pomade.seller 2-6-2014 03:01 PM
adnil posted on 2-6-2014 02:37 PM
haah, paling tidak setakat ini seingatnya dah baca 3 versi cuma nama-nama watak lain.. jumlah ahli ...

Yang tu saya tak berani kata apa..apa yang jadi pada saya,saya shared untuk bacaan kawan alam maya
Quote pomade.seller 2-6-2014 03:03 PM
cloudy_83 posted on 2-6-2014 02:44 PM
masa pergi tu memang group tt sorang je yang masuk highland tower tu ke?
nasib baik tak pengsan d ...

Bergerak dalam satu group cuma didi tunjuk berani lebih masuk dalam bangunan tinggal tu..kami masih dikawasan sekitar..bila nampak jelmaan didi tu keluar..so kami pun bergerak la ke uptown..tapi tak jangka pulak yang ikut tu bukan didi yang betul..cuma didalam van jelmaan tu diam je..kat situ pelik sikit la. Karekter didi sebenar seorang yang banyak mulut
Quote pomade.seller 2-6-2014 03:04 PM
unoryah posted on 2-6-2014 02:47 PM
bestnya pengalaman tt

Erk..nak kata best pun susah nak kata tak best pun susah..setiap manusia ada jalan hidupnya sendiri..cuma jalan saya mudah nampak benda2 mcm ni..
Quote atikah2013 2-6-2014 03:09 PM
serammmmmmm

Lihat semua komen(149)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:35 AM GMT+8 , Processed in 0.067238 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top