CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Soffi Jikan Minta Maaf Pada Junior Sekolah Kerana Membuli

9-6-2014 04:26 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13359| Komen: 65

Description: “Saya Paling Kesal Kerana Tidak Kenal Junior-Junior Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan. Saya Nak Minta Maaf Sekarang Ini. Namun Cara Kita Mengganas Terkawal, Tidak Di Luar Batasan Dan Tidak M ...
KUALA LUMPUR: Pelakon Sofi Jikan memohon maaf kepada junior-junior beliau di Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan kerana suatu ketika dulu beliau pernah menjadi pembuli.

Berkongsi pengalaman peribadi beliau di Buletin Awani 745 malam tadi, pelakon KL Gangster itu akui lakonan watak jahatnya hidup kerana mempunyai pengalaman yang banyak ketika zaman sekolah.

“Saya paling kesal kerana tidak kenal junior-junior Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan. Saya nak minta maaf sekarang ini. Namun cara kita mengganas terkawal, tidak di luar batasan dan tidak masuk hospital.

“Kepada pembuli dan yang dibuli, pengalaman-pengalaman itu bukan sejarah yang membunuh tapi menghidupkan kita” kata Sofi.

Beliau juga bersyukur untuk memasuki industry perfileman yang membuat beliau menjadi lebih baik danbeliau juga mempunyai niat untuk memperbaiki diri.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azie.dz 9-6-2014 03:01 PM
pelakon ke dia ni....
Quote BebeQ 9-6-2014 03:04 PM
muka dia ni menakutkan
Quote lazim 9-6-2014 03:05 PM
sekolah agama ropanya
Quote maxim 9-6-2014 03:05 PM
Aku ampunkan ko nakk
Quote gusikuberdarah 9-6-2014 03:10 PM
cmtulah..
Quote makton 9-6-2014 03:14 PM
wa kasi sengggggggatttttt!!!
Quote seri_mawr 9-6-2014 03:24 PM
sekolah agama rupenye mamat ni...

klu tgk citer dia jadi jahat/samseng...aku ingat dia ni bekas budak sekolah Henry Gurney....
Quote prettyuglybabe 9-6-2014 03:27 PM
apa punya cerita la
Quote chinta89 9-6-2014 03:47 PM
lakonan dia bab berlakon jahat mmg menjadi..

ak kalau tgk dia blakon lalok2.. sah2 ingat dia ni mabuk dadah
Quote pakwetizzaqyah 9-6-2014 03:47 PM
yang aku tau dia mengacara riak2 remaja.program Islamik dulu...ya gi mana dulunya membuli buleh jadi pengacara rancangan Islamik
Quote pittjie 9-6-2014 04:04 PM
pakwetizzaqyah posted on 9-6-2014 03:47 PM
yang aku tau dia mengacara riak2 remaja.program Islamik dulu...ya gi mana dulunya membuli buleh jadi ...

ala orang kan boleh berubah. tak kan sekali pembuli forever pembuli. jangan tengok org pada masa silamnya. gitu.

Quote pakwetizzaqyah 9-6-2014 04:20 PM
pittjie posted on 9-6-2014 04:04 PM
ala orang kan boleh berubah. tak kan sekali pembuli forever pembuli. jangan tengok org pada masa s ...

ye..walaupun dulu dia baik..kalau perangai dia sekarang wechat bini orang....jngn tengok baik dia yg dulu...!!!!!!!!
Quote kikuri 9-6-2014 04:21 PM
dia ni nmpak mcm tak pernah mandi je...
Quote tapibukanaku 9-6-2014 04:41 PM
pakwetizzaqyah posted on 9-6-2014 04:20 PM
ye..walaupun dulu dia baik..kalau perangai dia sekarang wechat bini orang....jngn tengok baik dia  ...

sape pulak wechat bini orang ni? abang sofi ke
Quote MummySafa 9-6-2014 04:41 PM
tapi dia berlakon best...oke bang pasni no buli2 yee
Quote petit-saconnex 9-6-2014 04:43 PM
sekolah agama persekutuan tu yang terbaik je dapat masuk
Quote pittjie 9-6-2014 04:45 PM
pakwetizzaqyah posted on 9-6-2014 04:20 PM
ye..walaupun dulu dia baik..kalau perangai dia sekarang wechat bini orang....jngn tengok baik dia  ...

meh sini cuba bagi pencerahan kat akak ni dik. dari kelmarin duk terpampang2 di serata forum pasal "wechat bini orang" ni. siapakah gerangan? kesah apakah? kat thread mana? penat sudah akak mencari .. tidak juga berjumpa thread itu. kerjasama anda sangat la dihargai. nah .. sekuntum bunga ros for you in advance.
Quote hasniey 9-6-2014 04:47 PM
owh sekolah agama ke dulu
muka gangster habes w/pon keding cmtu
Quote tepisket.. 9-6-2014 04:51 PM
bdak smakl rupanya.. pnah gk try2 apply dulu, x dpt pon.. sekolah ni y 1st teknik agama kan..

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:40 PM GMT+8 , Processed in 0.081794 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top