CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lari Rumah Awal Ramadhan

1-7-2014 11:47 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10573| Komen: 78

Description: Hari Pertama Berpuasa, Namun Sebelum Itu, Dia Pergi Ke Bilik Tidur Anak Sulungnya Nor Hidayah Mat Saad, 20, (Gambar) Untuk Mengejutkannya Daripada Tidur Memandangkan Nor Hidayah Akan Keluar Bekerja Di ...

Gambar hiasan


Parit Buntar: Luluh hati seorang ibu  apabila anak perempuannya yang juga anak sulung disedari menghilangkan diri sewaktu ingin dikejutkan untuk bersahur awal Ramadan kelmarin, dengan hanya meninggalkan SMS memberitahu mengikuti seorang rakan.

Azizah Che Rus, 46, berkata, dia bangun daripada tidur dan terus ke dapur untuk menyiapkan juadah sahur untuk dinikmati ahli keluarga sempena hari pertama berpuasa, namun sebelum itu, dia pergi ke bilik tidur anak sulungnya Nor Hidayah Mat Saad, 20,untuk mengejutkannya daripada tidur memandangkan Nor Hidayah akan keluar bekerja di sebuah kilang di Perai, Pulau Pinang, seawal jam 5 pagi.

“Saya tergamam mendapati Nor Hidayah tiada dalam biliknya dan pemeriksaan lanjut mendapati pakaian di dalam almarinya juga semakin berkurangan dan saya lantas mensyaki dia sudah melarikan diri.


“Saya segera mengejutkan suami untuk menjejaki Nor Hidayah di sekeliling kawasan rumah, namun usaha menemuinya gagal,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

Menurutnya, kira-kira jam 5.30 pagi, suaminya berjaya menemui pemandu van kilang yang sering dinaiki Nor Hidayah untuk ke tempat kerja, namun lelaki terbabit menegaskan anaknya tidak menaiki van itu untuk pergi ke tempat kerja pada hari kejadian.

Azizah berkata, selepas lebih dua jam kebingungan dengan kehilangan Nor Hidayah, dia kemudian menerima satu SMS daripada anak sulungnya itu pada jam 7.30 pagi.

“Kiriman SMS dihantar Nor Hidayah berbunyi, ‘Dayah minta maaf sebab keluar dari rumah. Dayah terpaksa buat, Dayah nak cari kerja jauh sikit. Lagipun kilang tu dah nak tutup, nanti kalau tanya ayah tak bagi. Tapi Dayah pergi dengan kawan Dayah dan duduk rumah emak dia, nanti tiap-tiap bulan Dayah bagi duit dekat emak. Mak bagi nombor akaun bank sekali’.

“SMS itu  benar-benar mengharukan kami sekeluarga kerana Nor Hidayah sebelum ini tidak pernah bertindak nekad begini dan kami bimbang dengan keselamatannya,” katanya.

Katanya, dia sekeluarga yakin anak perempuannya itu menghilangkan diri dari rumah kerana mengikut seseorang yang dikenalinya dan kelakuan anaknya juga pada malam sebelum kehilangannya dilihat sering gelisah dan tidak tidur meskipun sudah lewat malam.

“Kemungkinan Nor Hidayah sudah merancang untuk keluar rumah bersama seseorang pada hari kejadian kerana sebelum ini, kami terlihat sebuah kereta PROTON Wira berada di pekarangan rumah dalam keadaan mencurigakan,” katanya.

Justeru mereka membuat laporan polis di Balai Polis Tanjung Piandang, di sini, dan meminta orang ramai yang ada maklumat untuk menghubungi  balai polis berhampiran.

11

Bagus
7

Marah
6

Terkejut
9

Sedih
14

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (57 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote enchikfitz 1-7-2014 08:05 AM
Let's speku! Jejaka Lombok?Nepal atau Melayu Sunni?
Quote ibu_haritz 1-7-2014 08:12 AM
senang je di gula-gulakan mak dia dgn nk bank in duit tetiap bln..
dgn harapan mak ayah dia cair lah...
dah jdk ape2 nnti baru kau tau dik...
Quote jijienur 1-7-2014 08:12 AM
ala.. dia g pulau je kot. pulau kilang lebih besar terjamin skett kottt
Quote nurul_akmar 1-7-2014 08:15 AM
harap2 dia betul2 keje la... bg rezeki kat keluarga
Quote duniaku85 1-7-2014 08:16 AM
hmmm mudah sgt percaya dgn peluang pekerjaan baru tu.
kawan2 pun skrg ni dah tak boleh pecaya sgt.
dayah tu muda lagi dik oii..kenapa la dgr cakap org luar dari cakap mak bapak.
nt jadi pape, bukan kawan yg nk tolong, tp mak bapak jugak yg dicari .
moga2 cpt tersedar
Quote sapp73 1-7-2014 08:16 AM
Alahai anak...bulan puasa ni pun nak buat hal...mengikut teman leaki barangkali
Quote muo1202 1-7-2014 08:17 AM
dia mai KL kot... Kl kan havoc... havoc.. he.. havoc ... havoc..
Quote artcrime 1-7-2014 08:20 AM
xnak speku.. posa posa..
Quote alieyrina 1-7-2014 08:21 AM
20 thn mak bapak nak bela lagi...x besyukur la dayah nii...

org len kecik2 dah hilang mak ayah...
Quote kluangman 1-7-2014 08:21 AM
Kali ini PROTON pulak yang terlibat.
Quote fifie_olin 1-7-2014 08:23 AM
nmpk sgt minah ni menipu kan...lari dgn jantan la tewww...
discuss la dulu dgn famili...ni main cabot jek
Quote iman_aly 1-7-2014 08:39 AM
duduk rumah mak kawan katanyaa....
Quote kodokke 1-7-2014 08:45 AM
Nak buat cam mane hidup dusah. Ape2 pon tak berkat dik.....ngok tol
Quote kenarikelabu 1-7-2014 08:51 AM
Kojo gilo...ni mesti kes nk hidup bebas tanpa kongkongan la nih
Quote Cik_Andak 1-7-2014 08:52 AM
Ank dia nk cari kerja...xkisah la kerja kt mn pn...ank tu dh dewasa, pandai2 la jaga diri...
Quote afie_m 1-7-2014 08:55 AM
umur dah 20thn ....klau report ckp lari rumah ke....
Quote pichee 1-7-2014 09:02 AM
dayah...dayah,,,
Quote aurora273 1-7-2014 09:06 AM
Ala, dah 20 tahun.. Lantok dia leeee
Quote redz85 1-7-2014 09:18 AM
sangka baik.. dia betul cari kerja & bantu keluarga.. anak soleha

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 05:02 AM GMT+8 , Processed in 0.120391 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top