CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Pegawai Bank, Suami Ditahan Dipercayai Keluar Wang Penumpang MH370

18-8-2014 09:44 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14196| Komen: 96

Description: "Polis Masih Belum Mendapat Rakaman Kamera Litar Tertutup (Cctv) Daripada Pihak Bank. Ia Akan Mengambil Masa Sedikit," Katanya Kepada Bernama Dan Menambah Kedua-Dua Mereka Kini Ditahan Di Ibu Peja ...

Pegawai Bank, Suami Ditahan Dipercayai Keluar Wang Penumpang Mh370



KUALA LUMPUR: Seorang pegawai bank dan suaminya yang dipercayai terbabit dalam kes memindah dan mengeluarkan wang daripada akaun milik penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 ditahan semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, ACP Izany Abd Ghani berkata pegawai bank itu yang bekerja di bank berkenaan sejak 10 tahun lalu ditahan di rumahnya di Ampang kira-kira 4 petang.

"Suaminya yang berusia 33 tahun turut ditahan di bengkel kereta di Ampang ketika membaiki keretanya. Polis percaya suaminya mungkin turut terlibat.

"Polis masih belum mendapat rakaman kamera litar tertutup (cctv) daripada pihak bank. Ia akan mengambil masa sedikit," katanya kepada Bernama dan menambah kedua-dua mereka kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Kedua-dua mereka tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Izany menasihati keluarga penumpang MH370 yang pesawat itu masih belum ditemui supaya meneliti kenyataan akaun bank penumpang.

"Keluarga mereka boleh periksa kenyataan bank penumpang. Kita minta mereka berwaspada," katanya.

Rabu lepas media melaporkan sebanyak RM110,643 milik empat penumpang pesawat MH370 lesap daripada akaun bank dipercayai dipindahkan oleh kakitangan bank tanpa kebenaran.

Siasatan mendapati wang dari akaun milik penumpang dipindahkan ke akaun penumpang lain melalui perbankan Internet melibatkan jumlah keseluruhan RM110,643.

Akaun berkenaan masing-masing milik dua penumpang warga China, seorang penumpang warga Malaysia dan akaun seorang pramugara.

Kejadian disedari pada 18 Julai lepas oleh seorang petugas bank yang mengesan beberapa transaksi pengeluaran dan pemindahan secara mencurigakan dari empat akaun berkenaan. - Bernama


Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dubuk 15-8-2014 08:46 PM
bak kata razak ahmad

harapkan pagar pagar makan padi

harapkan saudara bagai membunuh diri
Quote protonpersona 15-8-2014 08:49 PM
ummah mana ni??
Quote spiderman80 15-8-2014 08:52 PM
protonpersona posted on 15-8-2014 08:49 PM
ummah mana ni??

Dengar baik-baik....kalau bab menipu, hati busuk dan tak jujur, pastinya dilakukan oleh ummah Cina lahanat.
Quote Darien_Fawkes 15-8-2014 08:56 PM
spiderman80 posted on 15-8-2014 08:52 PM
Dengar baik-baik....kalau bab menipu, hati busuk dan tak jujur, pastinya dilakukan oleh ummah Cina ...

ya betul tu.. (Rules in Cari -> Cino Mata Sepet paling kuat Menipu)

Quote spiderman80 15-8-2014 09:00 PM
Darien_Fawkes posted on 15-8-2014 08:56 PM
ya betul tu.. (Rules in Cari -> Cino Mata Sepet paling kuat Menipu)

Rules in Cari -> Mulayu Mata Cantik paling suci murni)




Quote khaira01 15-8-2014 09:09 PM
buat jahat..eeeeii.


Quote Darien_Fawkes 15-8-2014 09:10 PM
spiderman80 posted on 15-8-2014 09:00 PM
Rules in Cari -> Mulayu Mata Cantik paling suci murni)

nak tambah sket --> Bakal Penghuni Syorga yang dikurniakan 72 gadis virgin suci murni untuk ditunggang ala2 Gangnam Style

Quote kecimpret 15-8-2014 09:12 PM
spiderman80 posted on 15-8-2014 08:52 PM
Dengar baik-baik....kalau bab menipu, hati busuk dan tak jujur, pastinya dilakukan oleh ummah Cina ...

Kah kah...mendalam tul maksud spider
Quote protonpersona 15-8-2014 09:14 PM
spiderman80 posted on 15-8-2014 08:52 PM
Dengar baik-baik....kalau bab menipu, hati busuk dan tak jujur, pastinya dilakukan oleh ummah Cina ...

Kesian ummah cina mata sepet yg berhati mulia...semua kena lahanat oleh spiderman80
Quote famri7 15-8-2014 09:17 PM
Mana munhkin ummah suchi meleis bnyangan kaabah melakukan dosa ini...pastinya ummah kaper...katanyalah!
Quote masa_lalu 15-8-2014 09:44 PM
bukankah pegawai bank adalah ummah suci murni non pprt yg sentiasa dipuji masyarakat
menantu ko keje apa? keje pegawai bank jawap pak maun dengan kembang kempis lubang idungnya
Quote popjack 15-8-2014 10:16 PM
senang2 ko nk amek duit orang kann
Quote munchkin 15-8-2014 10:52 PM
pulangkannnn..pulangkaaaannnnn
Quote mak_wa95 15-8-2014 10:58 PM
buat jahat xkemana la....
Quote shernazz 15-8-2014 11:01 PM
Xtakut dibayangi olih mangsa yang ko rembat duit dia tu??
Quote beta_carotene 15-8-2014 11:04 PM
pasti kerja cina kafir!
Quote FanTasyCreaTioN 17-8-2014 05:04 PM
Suami isteri direman dipercayai keluar wang mangsa MH370

Jumaat, 15 Ogos 2014 @ 4:11 PM

KUALA LUMPUR: Pasangan suami isteri yang ditahan dipercayai terbabit dalam kes memindah dan mengeluarkan wang daripada akaun mangsa pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370, direman hingga Ahad ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi Bernama berkata, kedua-dua mereka direman dan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997 bagi membantu siasatan.

Pasangan itu ditahan semalam selepas dipercayai terbabit dalam kes memindah dan mengeluarkan wang daripada akaun milik dua penumpang warga China, seorang penumpang warga Malaysia dan akaun seorang pramugara.

Suspek wanita yang berusia 33 tahun, bekerja di bank berkenaan sejak 10 tahun lepas ditahan di rumahnya di Ampang pada 4 petang manakala suaminya, 33, ditahan di bengkel kereta ketika membaiki keretanya di Ampang.

Berikutan itu, polis kini sedang mengesan seorang lelaki warga Pakistan berusia lingkungan 30 tahun, dipercayai terlibat dalam kes sama.

Rabu lepas media melaporkan sebanyak RM110,643 milik keempat-empat individu itu lesap daripada akaun bank mereka, dipercayai dipindahkan oleh kakitangan bank tanpa kebenaran.

Siasatan awal polis mendapati daripada jumlah itu, sebanyak RM35,000 dipindahkan ke akaun kelima menerusi perbankan internet.

Kejadian disedari pada 18 Julai lepas oleh seorang petugas bank yang mengesan beberapa transaksi pengeluaran dan pemindahan secara mencurigakan daripada empat akaun berkenaan. - BERNAMA
Quote poison_paradise 17-8-2014 05:08 PM
Celaka sgt Curi duit Org
Quote emmaisa 17-8-2014 05:20 PM
spiderman80 posted on 15-8-2014 12:52 PM
Dengar baik-baik....kalau bab menipu, hati busuk dan tak jujur, pastinya dilakukan oleh ummah Cina ...

Tapikan...klu paper tak keluar nama saspek selalunya mesti melayu...hehehe

Lihat semua komen(96)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.066741 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top