CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Mangkuk TomYam Menyimbahi Kanak-Kanak 2 Tahun

2-9-2014 10:14 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8306| Komen: 64

Description: Akibatnya, Dua Kanak-Kanak Terbabit Melecur 20 Hingga 50 Peratus Dan Dibawa Ke Hospital Raja Perempuan Zainab Ii (Hrpz Ii) Untuk Rawatan Sebelum Dirujuk Ke Hospital Universiti Sains Malaysia (Husm) Ku ...
Mangkuk TomYam Menyimbahi Kanak-Kanak 2 Tahun

NORADILLAH memangku anaknya yang masih trauma.


Kota Bharu: Dua kanak-kanak perempuan melecur di badan, muka, kepala dan kaki selepas mangkuk besar berisi tomyam panas terjatuh dari atas meja dan menyimbah mereka, Isnin lalu.

Kejadian berlaku jam 10 pagi di sebuah tadika, dekat Jalan Telipot, di sini ketika kedua-duanya yang berusia dua dan tiga tahun menunggu di dewan makan untuk menikmati hidangan pagi.


Difahamkan Nur Afiqah Mazran, 2, berdiri tepi meja makan sebelum rakannya yang berusia tiga tahun menarik mangkuk berkenaan yang kemudiannya secara tiba-tiba menyimbah mereka.

Akibatnya, dua kanak-kanak terbabit melecur 20 hingga 50 peratus dan dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.


Menceritakan kejadian itu, ibu Nur Afiqah, Noradillah Ismail, 35, berkata, ketika kejadian dia berada di rumahnya di Kedai Mulong kerana sedang berpantang selepas bersalin anak ketiga.


“Saya mengetahui kejadian berlaku selepas suami Mazran Harun menghubungi memaklumkan anak kami cedera.

Foto
NORADILLAH memangku anaknya yang masih trauma.

“Dia memberitahu mengetahui insiden itu selepas guru tadika Nur Afiqah menelefonnya beberapa minit selepas kejadian.


“Kami segera ke HRPZ II, namun anak dirujuk ke Unit Kebakaran HUSM selepas pada malam kejadian, kepala, muka, kaki kiri, tangan kiri dan badan anaknya yang kemerah-merahan semakin teruk,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Bagaimanapun Noradillah berkata, enggan membesar-besarkan perkara itu dan tidak menganggap ia kecuaian pengurusan tadika berikutan kecederaan dialami anaknya akibat perbuatan Nur Afiqah serta rakannya sendiri yang tidak diketahui namanya.


Katanya, Nur Afiqah juga dibenarkan keluar daripada hospital selepas dua hari menerima rawatan dan kini hanya berehat di rumah.


“Keadaannya juga sudah bertambah baik walaupun dia kelihatan seperti trauma apabila sering terkejut ketika tidur dan enggan lagi dihantar ke tadika,” katanya yang tidak berhasrat mengambil tindakan ke atas pengusaha tadika berkenaan.

2

Bagus
2

Marah
4

Terkejut
4

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 30-8-2014 09:02 PM
Dasat btok
Kecik kecik makey tomye doh..
Dapnyem..
Quote HaifaHanna 30-8-2014 09:03 PM
Kesian nyer, sabar ye....
Quote BotakChinPeng 30-8-2014 09:09 PM
Bodoh gak pekerja tadika tuh
Quote kucen_miang 30-8-2014 09:09 PM
Pagi2 hidang tomyam? budak2 ke cikgu yg nak melantak
Quote alieyrina 30-8-2014 09:11 PM


Memg budak2 suka tarik pggan atas meja..nk tgk apa dlm pinggan..x pun lapaq sgt dah..camtu la.. Last edited by alieyrina on 30-8-2014 09:13 PM

Quote ajinomotonosuga 30-8-2014 09:14 PM
lembu pun tak bodoh cam oang tua di mesia nun
Quote BeeHaa 30-8-2014 09:14 PM
Letak le ke tgh sikit mangkuk tomyam tu
Quote matchstick 31-8-2014 02:05 AM
budak 2 tahun nk bagi makan tom yam pagi2..hmmhh ni mesti cikgu yg nk melantak. yg bangang gi letak atas meja tmpt budak2 beratur tu nape..
Quote mikasa 31-8-2014 03:02 AM
baiknya mak ayah budak malang ni,
Quote PongKang 31-8-2014 03:09 AM
siannya anak tu. semoga cepat sembuh
Quote True-X 31-8-2014 03:59 AM
Org Melayu mmg selalu baik hati... x kene Saman pon .....

Quote noor2 31-8-2014 07:04 AM
cuai + bodonya pekerja tadika tu...
Quote noor2 31-8-2014 07:05 AM
ini bukan salah budakla maknya punn...ni salah orang dewasa yang duk letak mangkuk tomyam panas tepi meja tu buat apa..lepas tu tak jaga budak2....eii bodonya
Quote Suchi 31-8-2014 07:08 AM
tomyam tu kan pedas, blh plak idang tuk kanak2..
wat sup ayam udahlah oii

dahlah panas mendidih dibaginya, dah tu mcm bg suh mkn sendiri je
budak umur 2 n 3 tahun kot.. ishhhhh bahaya tul la
Quote Suchi 31-8-2014 07:10 AM
noor2 posted on 31-8-2014 07:05 AM
ini bukan salah budakla maknya punn...ni salah orang dewasa yang duk letak mangkuk tomyam panas tepi ...

betui tuu..
ada ke layan budak kecik mcm org dewasa..
ala2 mcm budak2 tu mkn sendiri je..
ai takkan idang lauk panas2 tuk budak. kalo ada pun dah buh siap2 atas nasi depa pehtu pasang kipas, biar kurang panas baru panggil makan kt meja.
n yg penting duk teman depa mkn sekali.
Quote noor2 31-8-2014 07:15 AM
Suchi posted on 31-8-2014 07:10 AM
betui tuu..
ada ke layan budak kecik mcm org dewasa..
ala2 mcm budak2 tu mkn sendiri je..

Difahamkan Nur Afiqah Mazran, 2, berdiri tepi meja makan sebelum rakannya yang berusia tiga tahun menarik mangkuk berkenaan yang kemudiannya secara tiba-tiba menyimbah mereka.



dari cerita di atas nampak sangat pekerja tadika cuai...tak jaga budak dan tak peka atau tak pandai cara2 nak jaga budak kecik..ada ke letak mangkuk berisi tomyam panas atas meja tanpa pengawasan...situ bukan tempat org dewasa...tempat kanak2 dahla kecik2..eiii geram baca

Quote johndoe17 31-8-2014 07:45 AM
Ada terbaca ckp bkn tomyam tapi sup...
Apapun nampaksgt salah tadika..watpe letak benda panas dekat budak....
Xpantau budak masa sediakan makanan ke?
Quote AMDTurion 31-8-2014 07:45 AM
kesian budak. jd mangsa kecuaian org lain.

tulah kdg2 org yang diamanahkan untuk menjaga kanak2 nie ambil mudah jer. kdg2 sama gak dgn parent yg otaknya letak kat lutut.

ade ke patut pimpin anak berjalan ditepi jln dimana anak berada di posisi sebelah paling dekat dgn jln.
Quote kak_sue 31-8-2014 07:59 AM
Budak 2 tahun sarapan pagi makan tomyam? pulak boiling hot? bukan kah budak2 ini harus minum susu & makan roti. atau pun pancake ke....home made pancake pun ok. atau cereal..... dari makan tomyam....akak rasa beri budak2 nie biscuit tawar  & milo lagi elok....



Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:36 AM GMT+8 , Processed in 0.269695 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top