CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Minta Duit Zakat Bayar Hutang Along

10-9-2014 02:31 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5097| Komen: 18

Description: Beliau Berkata, Tindakan Tidak Bertanggungjawab Itu Jelas Menunjukkan Mentaliti Segelintir Masyarakat Yang Hanya Mahu Mengambil Mudah Dengan Meminta Wang Daripada Maip Untuk Kepentingan Peribadi.
Minta Duit Zakat Bayar Hutang Along

Gambar hiasan


Kuantan: Bukan saja meminta bantuan zakat untuk melangsaikan hutang along, malah ada segelintir masyarakat Islam di negeri ini dikesan sanggup ‘menebal muka’ semata-mata mahu menggunakannya untuk melancong ke luar negara dan membeli kereta.

Timbalan Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MAIP) Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, hampir setiap minggu ada saja pasangan datang ke pejabatnya  mendapatkan wang bagi menampung perbelanjaan majlis perkahwinan.

Beliau berkata, tindakan tidak bertanggungjawab itu jelas menunjukkan mentaliti segelintir masyarakat yang hanya mahu mengambil mudah dengan meminta wang daripada MAIP untuk kepentingan peribadi.

Menurutnya, pelbagai alasan diberikan individu berkenaan untuk meraih simpati MAIP supaya memberikan wang, malah ada yang sanggup merayu serta berbohong demi memastikan matlamat tercapai.

“Kita menerima banyak permintaan daripada individu tertentu untuk mendapatkan wang zakat bagi digunakan melangsaikan hutang dengan along selain mahu menggunakan untuk kegunaan peribadi.

“Mereka juga tanpa segan silu meminta wang zakat untuk melancong ke luar negara, membayar ansuran kereta dan lebih teruk mahu membayar bil bulanan telefon bimbit,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Selain itu, beliau berkata, alasan mahu cepat kahwin dan tiada sumber kewangan juga digunakan segelintir pasangan yang mahu meminta wang zakat bagi merealisasikan impian mereka bergelar raja sehari.

“Kebanyakan pasangan yang datang sihat tubuh badan, cuma mereka tiada sumber kewangan kerana malas bekerja. Mereka sanggup merayu diberikan bantuan kewangan supaya dapat berkahwin,” katanya.

16

Bagus
7

Marah
14

Terkejut
7

Sedih
7

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (56 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alinone78 10-9-2014 08:16 AM
no wonder susah sangat nak lulus permohonan
pemohon pun peel macam racoon

ps @ghostwalking
hang pagi2 dah buka thread
wes ngombe urong?
Quote kentel 10-9-2014 08:21 AM
meleisia loh....ini nugara manyak tipu punya olang...manyak salah guna punya olang...
Quote ais_kosong 10-9-2014 08:22 AM
amboi xhagak2 yang meminta pong
Quote haryatie 10-9-2014 08:24 AM
isshhh..x malu sungguh..
agak2 la..
apa la perasaan dia org yer..
ker spesis xde perasaan..
Quote GhostWalking 10-9-2014 08:27 AM
alinone78 posted on 10-9-2014 12:16 AM
no wonder susah sangat nak lulus permohonan
pemohon pun peel macam racoon

Wessssss
Quote md.jie 10-9-2014 08:29 AM
pprt dan wang zakat berpisah teada
Quote gaara_X 10-9-2014 08:32 AM
takkan tak leh nak siasat benda cam nie pihak berwajib....
Quote GhostWalking 10-9-2014 08:32 AM
alinone78 posted on 10-9-2014 12:16 AM
no wonder susah sangat nak lulus permohonan
pemohon pun peel macam racoon

Wes mangan wak ali?
Quote alinone78 10-9-2014 10:49 AM
GhostWalking posted on 10-9-2014 08:32 AM
Wes mangan wak ali?

urong
mengko 
Quote sueism 10-9-2014 10:52 AM
dah pegawai pun keja asyik makan , minum teh , bila yg betul2 nak perlu kan suruh
isi borang macam2 , kadang2 yg perlukan duit zakat nie memang tak dah tak berapa
nak pandai isi borang kena plak berjela2 .

yg nak songlap tu memang cepat aje dia isi bagi lah ratus borang mesti dia isi.
i am just saying.
Quote ninja boy 10-9-2014 11:04 AM
mintak bantuan gereja aja le
Quote Herlina 10-9-2014 11:04 AM
Tak malunya nak kawin pun mintak duit zakat, nak byr utang along pun mintak duit zakat.
Esok kalau dh beranak pinak pun mintak duit zakat jugak...x mampu nk sara anak alasannya.
Huh!
Quote abil_tetra 10-9-2014 11:07 AM
erm nak kawen pon mintak zakat..
dah beranak pinak nti mintak mana pulak..
Quote munchkin 10-9-2014 11:13 AM
tak jujur. jahat.
Quote fish 10-9-2014 11:24 AM
byk je org2 mcm ni
mcm kakak aku cerita, kat opis dia tiap2 thn byk je org mintak bantuan anak sekolah
diorg bkn org susah pun
tp dpt je RM500 baitulmal bg
Quote BotakChinPeng 10-9-2014 11:43 AM
Itu cuma alasan yang direka untuk dapat duit zakat.  Ada gak bahalol kat sini yang sangka betul punya alasan.
Quote abas8888 10-9-2014 11:55 AM
kalau nak kahwin nikah ajelah..kenduri besar tu bukan wajib..bagi nasi lemak seringgit seorang pun dah cukup buat kenduri kecil-kecilan supaya orang tau kamu dah kawin..takdelah kena tangkap basah dgn orang kampung nanti...
Quote nebulagazer 10-9-2014 12:02 PM
Kat pdg masyar merangkak la cari mitak halal
Sbb aku tak halalkan sbrg salahguna duit zakat yg haku bayor

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 05:44 AM GMT+8 , Processed in 0.065419 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top