CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Along Paksa Mangsa Lacur Diri Untuk Bayar Pinjaman

9-3-2015 12:18 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3431| Komen: 3

Description: "Mereka Memberitahu Pkp Menerima Panggilan Daripada Sebuah Rumah Pelacuran Tidak Sampai 15 Minit Selepas Bersetuju Dengan Tawaran Along," Katanya Kepada Bernama, Sabtu.
Along Paksa Mangsa Lacur Diri Untuk Bayar Pinjaman

Gambar hiasan


KUALA LUMPUR: Peminjam wang tidak berlesen atau Along sanggup melakukan apa sahaja termasuk menjadikan mangsa sebagai pelacur untuk mendapatkan balik wang mereka.

Mangsa yang tidak mempunyai wang untuk membayar balik pinjaman diminta melakukan khidmat seks di rumah pelacuran sebagai gantian untuk membayar balik hutang mereka.

Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKP) Samsudin Mohamad Fauzi berkata, sepanjang tahun lepas, PKP menerima tiga aduan berbeza daripada wanita berumur awal 30 tahun, yang ditawarkan kaedah pembayaran tersebut.

"Mangsa yang ketakutan tanpa berfikir panjang bersetuju menjual kehormatan mereka sebagai tukaran untuk membayar hutang kepada Along.

"Mereka memberitahu PKP menerima panggilan daripada sebuah rumah pelacuran tidak sampai 15 minit selepas bersetuju dengan tawaran Along," katanya kepada Bernama, Sabtu.

Samsudin berkata, bagaimanapun mangsa terselamat apabila PKP membantu mereka membuat aduan kepada polis pada hari yang sama.

"Kami segera membawa mangsa membuat laporan polis bagi mendapat perlindungan daripada ancaman Along," katanya.

Beliau berkata, PKP berharap mangsa tidak mengikut bulat-bulat permintaan daripada Along.

"Along juga manusia biasa dan negara kita mempunyai undang-undang jadi orang ramai tidak perlu rasa takut dengan mereka.

"Saya nasihatkan kepada orang ramai yang berhajat untuk melakukan pinjaman dengan Along sama ada mengguna nama sendiri atau nama isteri agar mencari kaedah lain bagi menyelesaikan masalah kewangan mereka.

"Fikir dua kali sebelum membuat pinjaman dengan Along kerana ia boleh diibaratkan sebagai 'keluar dari mulut singa dan masuk ke mulut naga'," katanya.

24

Bagus
24

Marah
21

Terkejut
24

Sedih
14

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (127 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mattzzx 7-3-2015 06:12 PM
Along tak nak try dulu?
Quote boyagombak 10-3-2015 11:51 AM
Ala ala Along
Ala ala Along lah kena lelong
Quote nexusys 10-3-2015 12:08 PM
disebabkan manusia2 ni ada yang tak berpikir panjang....

apa kata Penguatkuasa banteras along2 nih... boleh nak buat,... cuma malas nak banteras...

atau ini hanyalah perangai meleisien semata mata......

knowing meleisien.. kerja semua acuh tak acuh...

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 12:13 PM GMT+8 , Processed in 0.059129 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top