CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Rita Rudaini Repot Polis Selepas Diugut Bunuh

13-10-2014 12:34 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 65507| Komen: 750

Description: Dalam Pada Itu Diminta Komennya Mengenai Paparan Skrin Resit Pembayaran Nafkah Berjumlah Rm2,000 Itu Rita Berkata, Selama Ini Dia Tidak Pernah Mengatakan Aidil Gagal Memberi Nafkah Kepada Anak Sebali ...
Rita Rudaini Repot Polis Selepas Diugut Bunuh

Rita Rudiani



PETALING JAYA: Pelakon Rita Rudaini Mokhtar, 38, membuat satu laporan polis selepas diugut bunuh oleh pengikut di Instagram milik bekas suaminya, Aidil Zafuan Abdul Radzak, 27,  menerusi satu status yang dimuat naik Jumaat lalu.

Laporan yang dibuat di Balai Polis, Jalan Tun Razak dekat sini pada Sabtu lalu itu antara lain meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemilik akaun Instagram bernama ‘Hanifhafizul’ yang telah menimbulkan ketakutan Rita berhubung status ugutan bunuh.

“Pemilik akaun itu mengugut untuk membunuh saya selepas Aidil memuat naik resit pindahan wang nafkah anak-anak kami yang dilakukannya dengan kapsyen bertujuan menimbulkan rasa benci pengikut-pengikutnya kepada saya.

"Jadi… saya perlu melakukan seusatu kerana bimbang dengan ugutan berkenaan selain untuk menjaga keselamatan diri,” katanya kepada mStar Online menerusi mesej aplikasi sosial WhatsApp di sini pada Ahad.




Ini adalah bukti Rita membalas mesej-mesej kiriman Aidil dan Rita terkejut bagaimana bekas suaminya itu mengatakan sebaliknya.


Berdasarkan laporan polis berkenaan, pemilik akaun itu antara lain telah menulis cadangan meminta Aidil agar mengupah orang untuk membunuh Rita bagi menyelesaikan masalah mereka berdua.

Status berkaitan bunuh itu terus dipanjangkan apabila pemilik akaun tersebut menasihati Aidil agar pada masa depan merancang dapat membunuh dan tidak memberikan Rita peluang untuk  hidup.

Rita berkata, status paparan skrin yang dimuant naik Aidil itu berjaya meracuni pengikut Instagramnya untuk membenci Rita selain ia satu penghinaan kepada seorang wanita yang telah melahirkan dua orang anak hasil perkahwinan mereka yang sah.

Dalam pada itu diminta komennya mengenai paparan skrin resit pembayaran nafkah berjumlah RM2,000 itu Rita berkata, selama ini dia tidak  pernah mengatakan Aidil gagal memberi nafkah kepada anak sebaliknya kegagalan Aidil berhubung hak sebagai seorang suami kepada isteri semasa mereka belum bercerai.

“Saya sangat kesal dengan tindakan Aidil sehingga boleh membiarkan nyawa saya diancam hanya kerana saya menuntut hak saya sebagai isteri yang tidak diberikan oleh Aidil.

“Saya juga tidak pernah mengatakan Aidil gagal memberi nafkah kepada anak-anak tetapi apakah ia cukup dengan mengirimkan wang sahaja bagi menyatakan kesempurnaan tanggung jawab seorang bapa tanpa menjenguk anak-anaknya?” soal Rita.






















Aidil dan isterinya, Zarema. Foto dari Instagram milik Aidil.


Mengenai status papran skrin berasingan Aidil dalam Instagram yang mendakwa Rita tidak menjawab mesej yang dikirimkannya untuk mengetahui perkembangan anak, wanita ini turut mendedahkan ia adalah tuduhan tidak benar.

Sambil memberikan bukti paparan skrin mesej perbualan mereka Rita berkata, seminggu sebelum Hari Raya Aidiladha lalu dia ada mengirim mesej kepada Aidil yang berjanji untuk bertemu anak mereka tetapi pemuda berkenaan gagal berbuat demikian.

“Dia tiada kesungguhan. Sebab itu saya malas untuk melayan mesejnya apatah lagi saya pernah mendapat mesej ‘jangan gatal’ seoalah-oleh ada pihak yang menganggap saya mahu mengganggu rumah tangga yang baru dibina Adil.

“Saya juga pernah membalas mesej-mesejnya mengenai anak tetapi saya terkejut kenapa dia masih menganggap tidak menerima sebarang balasan daripada saya,” ujar Rita.


Rita dan Aidil bernikah pada 25 Februari 2008 di Selatan Thailand dan disahkan bercerai talak satu pada 5 September 2013 iaitu selepas lima tahun berkahwin.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna, yang masing-masing berusia lima dan tiga tahun.

Aidil yang juga pemain bola sepak kebangsaan dan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) kemudiannya bernikah dengan Zarema Zainal, 28, pada 14 Mac lalu.

1

Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote perembes 13-10-2014 12:24 AM
Omg ada tred br lagi
Quote fahima80 13-10-2014 12:27 AM
Mcm2 hal. Adakah replied messages dari rita telah dipadam wife baru? Sebab tu aidil tak dpt reply.
Quote batrishia 13-10-2014 12:28 AM
kutip tacang dulu .. yeay :lol
Quote mesmerize 13-10-2014 12:29 AM
koser la diorang ni.. bila la nak move on
Quote juliez 13-10-2014 12:31 AM
Yay i like! More sinetron pleaseeeeee
Quote perembes 13-10-2014 12:31 AM
Kalau camni berterusan .. Blh gaduh jemah laki bini
Quote azie.dz 13-10-2014 12:34 AM
good nite uols..
Quote chazey 13-10-2014 12:35 AM
Eleh, kecoh la lu.

Macam tatau ummah Mesia ni ramai drama king queen jah bila masuk bab ugut2 nih.
Quote madeinborneo 13-10-2014 12:37 AM
perembes posted on 13-10-2014 12:31 AM
Kalau camni berterusan .. Blh gaduh jemah laki bini

Kalau betul jemah delete padan laa muka jemah kena marah. Biarkan laki beria2 ingat mesej tak berbalas. Kalau betul jemah delete la
Quote nurwa 13-10-2014 12:38 AM
dah masuk eposid baru dah pulak...

xde ke rasa nak usaha selesaikan secara baik...
Quote ss8384 13-10-2014 12:52 AM
Jemah ratu klang k, juga ratu dihatiku ko Ader bhuhuhu
Quote mawarputih2612 13-10-2014 01:03 AM
Aduh korg ni. Benci tapi rindu.
Quote awex^returns 13-10-2014 01:06 AM
Ohmai... ohmai....
ada drama baru nampaknya...

:lol
Quote munchkin 13-10-2014 01:10 AM
Another twist. Cam tengok sana ay ikaw nanga pulak hmmm
Quote melinda_kerr 13-10-2014 01:11 AM
Nmpk gaya replies RR didelete seseorang.. Jeng jeng jeng
Quote edoraixora 13-10-2014 01:19 AM
Layankan ajer....
Meriah industri ngan crite deme yg xde kesudahan ni
Quote asteruk 13-10-2014 01:24 AM
“Saya sangat kesal dengan tindakan Aidil sehingga boleh membiarkan nyawa saya diancam hanya kerana saya menuntut hak saya sebagai isteri yang tidak diberikan oleh Aidil.

exaggerated sgt ayat ni ritrud oiiiiiii.. dah takde modal ke
Quote stokin 13-10-2014 01:25 AM
haaa....kan tekaan aku betul! rr ada jwb. tu la pelik bila tgk wasap edel memula tu. tak masuk akal. somethg wrong somewhere. bila tgk rr punya wasap barula it make sense. rr ni kaki perli. dia takan senyap punya.
Quote KelisaOren 13-10-2014 01:37 AM
Ada je RR reply msg edel Memang pompuan tak guna la si jemah kalau betul dia yg delete msg RR...ckp pasal anak2 je pun...kesian budak2 tu tak dpt jumpa daddy diaorg

Lihat semua komen(750)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.059906 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top