CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rompak Ibu Kandung

17-10-2014 11:11 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4792| Komen: 18

Description: Mengikut Fakta Kes, Ibu Malang Itu Berada Di Beranda Rumah Mereka Sebelum Dihampiri Anaknya, Mohd Asrul Affandi Yang Meminta Sejumlah Wang.Mohd Asrul Affandi Meminta Wang Beberapa Kali Tetapi Mangsa T ...
Rompak Ibu Kandung

Mohd Asrul Affandi Wahab, 27, dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas mengaku salah merompak rantai leher emas milik ibunya sendiri.

KUALA TERENGGANU - Seorang nelayan bertindak biadab apabila tergamak merompak ibu kandungnya, dengan melarikan seutas rantai leher dipakai mangsa selepas permintaannya untuk mendapatkan sejumlah wang tidak diendahkan.

Perbuatan Mohd Asrul Affandi Wahab, 27, bagaimanapun menerima pembalasan apabila dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, semalam.

Keputusan itu dibuat Hakim Wan Nor Zanuar Wan Ahmad selepas Mohd Asrul mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan.

Mohd Asrul Affandi mengaku salah merompak seutas rantai emas milik ibunya, Siti Sara Mamat, 55, di beranda rumah mereka di Kampung Alur Mak Bah, Dungun, jam 10.30 pagi pada 22 September 2013.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Zulfazliah Mahmud.

Mengikut fakta kes, ibu malang itu berada di beranda rumah mereka sebelum dihampiri anaknya, Mohd Asrul Affandi yang meminta sejumlah wang.Mohd Asrul Affandi meminta wang beberapa kali tetapi mangsa tidak mengendahkan permintaan tersebut menyebabkan Mohd Asrul Affandi bertindak menarik rantai leher emas dipakai mangsa.

Kejadian itu disedari anak perempuan mangsa yang datang membantu sehingga berlaku pergelutan antara tiga beranak itu, tetapi Mohd Asrul Affandi berjaya melarikan diri.

Susulan laporan dibuat mangsa di Balai Polis Dungun, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Dungun berjaya menahan Mohd Asrul Affandi di dalam bot di jeti Kampung Seberang Pintasan Dungun kira-kira jam 1.45 pagi pada 21 Jun lalu.

9

Bagus
7

Marah
13

Terkejut
1

Sedih
6

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (37 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rienafaiz 17-10-2014 08:08 AM
Polis tu usha pekattttttttt je,Siap kau jap lagiiii
Quote AHMADVW 17-10-2014 08:09 AM
biasa kes2 mcm ni kat ganu

wane ni bohhh
Quote nourahfey 17-10-2014 08:10 AM
Sah sah kebodohang tanpa sempadang,,!!phuiii
Quote GhostWalking 17-10-2014 08:15 AM
rienafaiz posted on 17-10-2014 12:08 AM
Polis tu usha pekattttttttt je,Siap kau jap lagiiii

kahkahkahkah muka ketat je polis tu pandang dia kan
Quote kucen_miang 17-10-2014 08:36 AM
AHMADVW posted on 17-10-2014 08:09 AM
biasa kes2 mcm ni kat ganu

wane ni bohhh

guane ni bodo
Quote enchikfitz 17-10-2014 08:38 AM
Nelayan mat pitt kah?
Quote MissMamamia75 17-10-2014 09:00 AM
tergamaknya...smoga mendapat hidayah di dlm sana...
Quote jazaa 17-10-2014 09:05 AM
tak yah susah2 tangkap ikan lg dikk....dok je dlm tu...



Quote buapakperut 17-10-2014 09:34 AM
tok polis dah tak sanggup
Quote makneng 17-10-2014 09:36 AM
ketat abis muko abam rosdi tuh
Quote waksir 17-10-2014 09:38 AM
tahniah juga pd emaknye sbb berani buat laporan polis terhadap sikap buruk anak sendiri.
kalau tak, mungkin pastu ada org lain plak yg jadi magsanye
Quote matahari7001 17-10-2014 09:44 AM
rienafaiz posted on 17-10-2014 08:08 AM
Polis tu usha pekattttttttt je,Siap kau jap lagiiii

A'ah kan!? tapi klu i polis tu, mmg nk ambik peluang lepuk kepale die hehehe

Quote Ha_Neul 17-10-2014 09:45 AM
rienafaiz posted on 17-10-2014 08:08 AM
Polis tu usha pekattttttttt je,Siap kau jap lagiiii

hahaha... seriau tengok muka dia
Quote puteri_impian 17-10-2014 10:06 AM
sia2 jer kena penjara...... perlu ke nak rompak ibu kandung sendiri....
Quote encikWawad 17-10-2014 10:31 AM
VONGOKnya mat pitt
elok kena sebatt
pastu nanti jerik makkk sakitt makkk
Quote mak_wa95 17-10-2014 08:23 PM
mak dah xtahan ni baru repot polis..
Quote kabukiman 17-10-2014 09:10 PM
Hakak hanya mampu tersunyum sinis
Quote FOTHER-MUCKER 17-10-2014 10:44 PM
Aku dah agak mesti kat teganu!

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:04 AM GMT+8 , Processed in 0.149757 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top