CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Minang Rompak Minang

24-10-2013 03:06 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3272| Komen: 7

Description: Dalam Kejadian Kira-Kira 3.20 Pagi Semalam, Mangsa, Mohd Yusof Othman, 62 Dan Zaleha Latib, 57, Yang Tidur Di Dalam Bilik Rumahnya Bernombor 98 Di Kampung Selaru Dangi, Dikejutkan Dengan Bunyi Dentum ...

Mohd Yusof melakonkan semula cara penyamun memecahkan kaca pintu menggunakan kayu

DANGI - Tiga penyamun dipercayai warga Indonesia bukan sahaja menyamun sepasang warga emas malah sempat mengisi perut sebelum merompak bagi tujuan pukau.

Dalam kejadian kira-kira  3.20 pagi semalam, mangsa, Mohd Yusof Othman, 62 dan Zaleha Latib, 57, yang tidur di dalam bilik rumahnya bernombor 98 di Kampung Selaru Dangi, dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat dari arah pintu bilik.

Mohd Yusof berkata, dia tersedar selepas terdengar bunyi pintu biliknya dipecahkan penyamun menggunakan kayu yang disendalkan di pintu ruang tamu.

"Ketika itu, pakcik dan makcik sedang tidur, bila tersedar, cermin di pintu bilik sudah pecah. Penjenayah bertindak memecahkan cermin pintu selepas mereka tidak dapat membuka pintu kerana dikunci dari dalam.

"Selepas berjaya masuk dalam bilik, dua daripada mereka mengikat kaki dan tangan pakcik, tetapi makcik hanya diikat tangan sahaja menggunakan wayar telefon manakala seorang lagi tunggu di luar,” katanya.

Menurutnya, selepas itu, kedua-dua penyamun mengacukan dua bilah parang di lehernya dan isterinya sebelum mengugut agar menyerahkan barangan kemas.

“Akibat ketakutan, pakcik berdiam diri sahaja. Tetapi makcik meronta-ronta dan melawan ketika salah seorang penyamun mengambil beg tangannya.

“Kerana itu, makcik dipukul menggunakan kayu di bahagian paha dan lutut hingga lebam serta bengkak,” katanya ketiga-tiga suspek menutup separuh muka dan menyelitkan selipar di pinggang masing-masing.

Katanya, dengan mengambil masa 15 minit sahaja, ketiga-tiga penyamun berjaya melarikan diri dengan membawa sebuah komputer riba, dua jenis telefon bimbit, dua jam tangan dan wang tunai RM260.

“Kami memang tidak simpan barang kemas dan duit di dalam rumah kerana bimbang kejadian seperti ini berlaku.

“Selepas menunggu selama 20 minit, barulah pakcik keluar meminta jiran menghubungi pihak polis. Akibat kejadian ini, pakcik kerugian kira-kira RM2,000,” katanya .

Katanya, kejadian sebegitu sudah tiga kali berlaku di rumahnya, namun yang pertama dan kedua, penyamun  tidak berjaya memasuki rumahnya.

Dalam pada itu, Mohd Yusof berkata, penyamun itu memasuki kawasan rumahnya melalui dusun buah-buahan di belakang rumah dengan memotong dawai pagar.

"Mereka memasuki rumah pakcik dengan memotong besi tingkap di bahagian dapur.

"Selepas itu, mereka mengambil nasi dan makan di luar rumah sebelum menggeledah bilik untuk mencari barang berharga," katanya yang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis, Melang jam 9 pagi, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Azmi Abdul Rahim yang mengesahkan kejadian itu berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan.

"Anggota polis juga sudah melakukan siasatan lanjut di rumah mangsa dengan menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9)," katanya kepada Sinar Harian.

2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
4

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Acong 24-10-2013 08:44 AM
sempat lagi ambil nasi dan makan di luar rumah
Quote pyropura 24-10-2013 12:12 PM


wakakakakak...tajuk tak hengat cam haram....
Quote ifanonline 24-10-2013 12:17 PM
aku rasa warga bangla perlu pukul warga indon..malayan battle ground
Quote vv2005 24-10-2013 12:19 PM
Acong posted on 24-10-2013 08:44 AM
sempat lagi ambil nasi dan makan di luar rumah

tambah tenaga lah tu
Quote akies 24-10-2013 12:21 PM
kebulur agaknya perompak ni..
lepas merompak tuan rumah..makan2 dulu..perut bagi kenyang
Quote azlinahmad 24-10-2013 12:36 PM
kadang2 prompak suka makan dirumah yang mereka rompak....ada yang boleh terlelap lagi
Quote honda_jazz 24-10-2013 01:07 PM
bnyak perompak skrg ni...

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 12:15 PM GMT+8 , Processed in 0.061493 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top