CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

'Daif Sangat Tempat Tinggal Kami'.

27-10-2014 09:53 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16551| Komen: 173

Description: Dia Sudah Beberapa Kali Memohon Bantuan Daripada Pihak Berkaitan, Namun Sehingga Kini Masalahnya Masih Dipandang Sepi. Saya Sudah Tiga Kali Isi Borang Bantuan, Tapi Sampai Sekarang Masih Belum Dapat A ...
'Daif Sangat Tempat Tinggal Kami'.


Akibat kesempitan hidup tujuh sekeluarga terpaksa diami pondok usang



Tempat tidur anak-anak hanya beralaskan cadar daripada bendera usang.


Beginilah keadaan suatu sudut tempat menyimpan pakaian dan buku sekolah anak pasangan ini.

Ruang dapur yang digunakan Musliha untuk menyediakan makanan kepada anak-anaknya yang mungkin terdedah kepada kuman dan penyakit.

DUNGUN - Akibat kemiskinan hidup, pasangan Musliha Kasim, 35 dan suami, Nazeri Mohamad, 40, terpaksa menjadikan sebuah pondok usang di perkampungan Rumah Murah Nibong Stesen, dekat sini, sebagai tempat mereka sekeluarga berteduh.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, rumah didiami sekeluarga ini begitu daif dengan keadaannya yang sempit beratapkan zink bocor, tandas tanpa air paip dan peralatan dapur daripada bahan terbuang.

Walaupun ia sesuatu yang amat perit untuk dilalui, namun kemiskinan hidup serta kegagalan mendapat bantuan menyebabkan pasangan ini terpaksa menjadikan pondok buruk yang terletak di sudut belakang rumah seorang penduduk sebagai tempat berlindung buat mereka tujuh beranak termasuk anak bongsunya yang baru berusia 10 bulan.

Musliha berkata, dia mula mendiami pondok usang itu selepas berkahwin dengan suaminya kira-kira 16 tahun lalu.

Katanya, sejak mula melayari kehidupan berumah tangga, dia dan suami cuba mengubah kehidupan dengan melakukan pelbagai pekerjaan, namun dengan pendapatan suami sebagai buruh tidak sampai RM30 sehari menyebabkan mereka tidak mampu melakukan apa-apa.

Wang yang diperoleh hanya cukup dibelanjakan untuk barang keperluan dapur, sehinggalah anak sulungnya kini sudah berusia 15 tahun.

Menurut Musliha, sebagai isteri, dia pastinya inginkan kehidupan yang lebih selesa untuk anak-anak, namun kemiskinan menyebabkan dia tidak mampu mengubah kehidupan sehingga dia akhirnya reda dengan situasi tersebut.

“Suami saya tidak mempunyai pendapatan tetap, kadang-kadang ada kerja, kadang-kadang tiada langsung. Kalau dapat upah pun, hanya cukup untuk beli beras. Bila beras habis, kami sekeluarga terpaksa makan gandum untuk alas perut,” katanya.

Anak terpaksa ikat perut ke sekolah
Musliha berkata, lebih menyedihkan apabila tiba musim hujan, rumah pasti dimasuki air akibat zink bocor sehinggakan mereka tidak dapat tidur sepanjang malam.

“Sebagai ibu, saya sedih melihat anak-anak saya sentiasa berhadapan situasi begini. Namun saya tak berdaya, tak mampu untuk memberikan kehidupan lebih baik,” katanya.

Tambah menyayat hati apabila tiga anaknya Nur Aishah Aini, 11, Nursyazwani Najwa, 12, kedua-duanya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pusat selain Nursyarunnisha, 15, yang kini belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Dungun dikatakan hanya sekali-sekala membawa wang saku ke sekolah.

Kata Musliha, dua daripada anaknya yang bersekolah itu berpeluang menikmati makanan berbayar di kantin sekolah sekiranya ada rakan sekelas mereka belanja makan, jika tidak akan pulang ke rumah dengan perut kosong selepas menikmati makanan melalui Rancangan Makanan Tambahan yang disediakan pihak sekolah hanya pada waktu pagi.

“Jika ada kelas petang atau aktiviti kokurikulum, anak saya terpaksa ikat perut sehingga pulang semula ke rumah,” katanya.

Berusaha ubah nasib keluarga
Bagi Nazri pula, sebagai ketua keluarga, dia berusaha sedaya upaya untuk mengubah nasib keluarganya dan tidak mahu mereka terus hidup merempat dalam ruang yang amat sempit itu.

Namun, pendapatan sebagai buruh kasar yang tidak menentu menjadi kesukaran buatnya untuk memberikan kehidupan selesa, apatah lagi menyediakan sebuah rumah yang lengkap dengan kemudahan.

Menurut Nazri, jika ada pihak yang dapat membantu, dia hanya mengharapkan sebuah rumah yang selesa sedikit untuk ahli keluarganya berbanding pondok yang didiami sekarang.

“Saya malu dengan masyarakat sekeliling kerana kehidupan saya masih daif biarpun sekarang sudah tidak ada lagi keluarga tinggal dalam rumah sedemikian,” katanya.

Dia sudah beberapa kali memohon bantuan daripada pihak berkaitan, namun sehingga kini masalahnya masih dipandang sepi. Saya sudah tiga kali isi borang bantuan, tapi sampai sekarang masih belum dapat apa-apa.

“Kalau tak dapat yang lain, mereka dapat baiki rumah saya pun tak apa, daif sangat tempat tinggal kami, tak layak panggil rumah,” katanya.

8

Bagus
5

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
5

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (34 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lavaUcanC 27-10-2014 09:36 AM
bruk2 camni pun tetap malaikat sudi masuk rumah...

takmacam rumah si pembela anjing...malaikat pun tak nak masuk...

nampak tak betapa keji nya anjing...??





wa benci anjing.




Quote batusembilan 27-10-2014 09:36 AM
ada logo dacing
Quote edee_91 27-10-2014 09:37 AM
try minta bantuan KPJ Ampang Puteri.
Quote kazaraf 27-10-2014 09:37 AM
daif & miskin tu kita mmg harus bantu.
cuma diharap pasangan ni pun faham kepentingan menjaga kebersihan.
kalau sampah makanan ringan pun dibiar depan pintu, ia bukan sesuatu yg bagus..
Quote hawk77 27-10-2014 09:44 AM
miskin adakah sampai x boleh nk kemas rumah..?
buku-buku susun, kain baju lipat
Quote kecimpret 27-10-2014 09:47 AM
bendera BN penyelamat jadi cadar





kurang2 berguna gak bendera tu..kalo x jadik tpt lap kaki je
Quote edee_91 27-10-2014 09:48 AM
lavaUcanC posted on 27-10-2014 09:36 AM
bruk2 camni pun tetap malaikat sudi masuk rumah...

takmacam rumah si pembela anjing...malaikat pu ...

laaa pasaipa malaikat masuk tak hulur sebarang dua ka tiga ka ampat ka kampit beras? ini perbuatan yang sia-sia! awloh murka.
Quote Cik_Andak 27-10-2014 09:51 AM
belajar menukang rumah..orang2 indon datang malaysia boleh buat duit ribu2...
Quote liyanur 27-10-2014 09:51 AM
sat lagi duk gaduh plak pasai umah kotor....

Quote kecimpret 27-10-2014 09:52 AM
ikot definasi macai - rumah ini lebih elok dari rumah flat HDB melayu singapore
Quote lavaUcanC 27-10-2014 09:52 AM
edee_91 posted on 27-10-2014 09:48 AM
laaa pasaipa malaikat masuk tak hulur sebarang dua ka tiga ka ampat ka kampit beras? ini perbuatan ...

sebab malaikat nak ajar orang2 cam lu pahala menderma..

jgn nak hu ha sana sini tapi sedeqah sesen pun rasa rugi...





Quote leylapple 27-10-2014 09:53 AM
aku paling tak suka;

1. miskin tapi anak2 ramai....berderet2 pulak tu...

2. miskin dan pengotor

aku penah jumpa keluarga takla berapa kaya, anak2 pun ramai tapi taklah sampai meminta2....keadaan rumah pun terjaga...tak mewah tapi bersih..rumah papan..

isteri tak keja, suami pulak keja kadang2 pun takder masa nak kemas rumah..anak2 pun dah remaja pun takleh nak bantu kemas rumah?

bila diri rajin, rezeki pun senang masuk...nie rumah atas tanah, bukan atas rumah org lain..patutnya dah blh berkebun sikit2 and jual kat tepi jalan..atleast adalah juga rm10-20 masuk sehari...

dalam takder masa nak memperbaiki diri, tapi ada masa pulak nak beranak byk?
Quote leylapple 27-10-2014 09:55 AM
lavaUcanC posted on 27-10-2014 09:36 AM
bruk2 camni pun tetap malaikat sudi masuk rumah...

takmacam rumah si pembela anjing...malaikat pu ...

ko lupa malaikat pun tak suka masuk rumah yang kotor

anjing tu najis = kotor..

rumah yang kotor? ko pikir lah sendiri
Quote rospinki 27-10-2014 09:55 AM
lahai. .sampah tu bersihkanla..biar miskin tpi kebersihan no. 1. aku duk kpg dlu semekin jgak  cuti skola operasi kutip sampah cuci bawah umah smua..even lantai umah tu kalau minyak takle tanggal arwah mak guna parang dikikisnya lantai smpi lekang..hahah..mak ai tu dh extreme sgt pembersihnya..susah jgak.

tapi jgnla pemalas sgt..dhla kita miskin pemalas..sedihhhh
Quote lavaUcanC 27-10-2014 09:56 AM
leylapple posted on 27-10-2014 09:55 AM
ko lupa malaikat pun tak suka masuk rumah yang kotor

anjing tu najis = kotor..

ha..betul tu...

wa benci anjing n rumah kotor...







Quote edee_91 27-10-2014 09:57 AM
lavaUcanC posted on 27-10-2014 09:52 AM
sebab malaikat nak ajar orang2 cam lu pahala menderma..

jgn nak hu ha sana sini tapi sedeqah se ...

laaaa nak ajarin wa menderma, pasaipa lak masuk rumah dia? wa bukannya ada kat sana pun.
Quote kecimpret 27-10-2014 09:57 AM
kebersihan tu ikot definasi masing2...mungkin bg dorang, keadaan rumah ni adalah yg paling bersih dalan sejarah mereka
Quote edee_91 27-10-2014 09:58 AM
leylapple posted on 27-10-2014 09:53 AM
aku paling tak suka;

1. miskin tapi anak2 ramai....berderet2 pulak tu...

1. tak mampoo nak belo kondom.
2. takda jawapan untuk ini.
Quote lavaUcanC 27-10-2014 09:59 AM
edee_91 posted on 27-10-2014 09:57 AM
laaaa nak ajarin wa menderma, pasaipa lak masuk rumah dia? wa bukannya ada kat sana pun.

lu nak belajar takyah kalu takyah p sana pun boleh...

tengok semut tgk burung pun lu boleh belajar..

semua ada pengajaran..



Lihat semua komen(173)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:41 PM GMT+8 , Processed in 0.085892 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top