CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Isu 'blackout' : PKR tampil bukti

27-5-2013 03:01 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 3909| Komen: 9

Description: Rafizi Ramli PETALING JAYA - PKR hari ini mendedahkan satu laporan polis telah dibuat pada hari pengundian 5 Mei lalu membabitkan isu blackout di kawasan Parlimen Kulim-Bandar Baharu. Pengarah S . ...

Rafizi Ramli

PETALING JAYA - PKR hari ini mendedahkan satu laporan polis telah dibuat pada hari pengundian 5 Mei lalu membabitkan isu "blackout" di kawasan Parlimen Kulim-Bandar Baharu.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata dengan pendedahan laporan polis, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengambil langkah untuk menyiasat perkara tersebut.

Menurutnya, aduan mengenai isu "blackout" turut diterima daripada rakyat yang dihantar melalui emel dan disertakan gambar kepadanya.

Beliau berkata, SPR tidak boleh memandang rendah terhadap laporan polis yang dibuat oleh rakyat kerana perkara itu adalah benar.

"Saya tak rasa rakyat berani nak buat laporan polis kerana ia adalah salah kalau tak benar.

"Hari ini saya dedahkan laporan polis seperti yang dicabar SPR.

"Jadi SPR perlu siasat mengenai laporan polis yang dibuat, walaupun satu tapi ini cukup membuktikannya," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote oghang_kito 27-5-2013 02:57 PM
den bekonan budak ni..
bijak ngompan eh...
Quote abbyhoney 28-5-2013 10:31 AM
1)Kes Padam Lampu Di Kedah... 2) SPR keluarkan borang 10A,.sahkan kewujudan pengundi hantu

http://sedakasejahtera.blogspot. ... erang-lagi-kes.html
Quote BeasT 29-5-2013 01:19 PM
tak abis2 lagi ka....
Quote Nadim 29-5-2013 01:37 PM
SPR nanti akan jawab...samada ini spekulasi atau fitnah atau rekayasa membodohkan rakyat...bukti yang ada sapa-sapa pun boleh buat dan sebarkan...... Semuanya ini sekadar retorik untuk menambah koleksi tarikan minat rakyat kepada fitnah bodoh depa...
Quote Sagoo 29-5-2013 01:54 PM
sudah2 la tuu..bosannyeee dengor blackout kulur kilir...
Quote Honeyda 30-5-2013 04:26 PM

1st thing ckp fraudulent result.....

Fraudulent result????? maknanya kat Selangor, Kelantan & Penang pon fraudulent jgklah kaaannnn
Quote mirage2000 30-5-2013 08:50 PM
benda ni tak akan berkesudahan untuk jangka masa pendek..
Quote jijah 30-5-2013 10:50 PM
Sudah2 la tu...
Quote phongsakorn 31-5-2013 12:58 PM
bila dah banyak sangat spin yang susah nak percaya ni..

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 03:15 AM GMT+8 , Processed in 0.054656 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top