CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Pekin Pandang Rendah Dekat Jehan

21-11-2014 05:17 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11697| Komen: 32

Description: "Orang Kata Bila Bekerja Dengan Ramai Orang, Pastinya Terdapat Perselisihan Faham Dan Agak Sukar Untuk Mengendalikan Kesemua Mereka Di Bawah Satu Arahan. "Tetapi Lain Pula Buat Produksi Saya, Mere ...
Pekin Pandang Rendah Dekat Jehan 


PETALING JAYA: Pelakon Pekin Ibrahim mengakui pernah memandang rendah terhadap kebolehan rakan seperjuangannya, Jehan Miskin dalam mengarah sesebuah karya.

Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim, 33, berkata, apabila ditawarkan berlakon drama Seludup arahan Jehan, dia kurang yakin dan agak keberatan mahu menerima tawaran berkenaan.
"Jehan telah menghubungi saya dan bercakap tentang jalan cerita Seludup dan menawarkan untuk saya terlibat dengan projeknya itu. "Ketika kami berbual, hati saya sempat bertanya boleh ke dia mengarah? Maklumlah kita kenal dia sebagai pelakon dan tiba-tiba nak mengarah pula.

"Dan Jehan pula macam tahu apa yang saya fikirkan. Dia terus nyatakan beberapa hasil pengarahannya menerusi drama What If. Bila tonton drama tersebut, sangkaan saya meleset," katanya.

Pekin ditemui pada sidang media majlis pra-tonton drama Seludup di TGV Cinema, One Utama, di sini pada petang Khamis. Dalam pada itu tambah Pekin, selepas hampir tiga bulan terlibat dengan penggambaran Seludup , dia yakin Jehan mampu pergi jauh dalam bidang pengarahan selepas melihat cara kerjanya yang sangat efisyen. 




Sementara itu, mengenai drama Seludup , ia merupakan karya terbitan dan arahan kedua Jehan selepas drama What If . 

Kata Jehan, penglibatan produksi bagi menjayakan drama tersebut lebih daripada 100 kru serta pelakon dan bersyukur kerana mampu mengawal keadaan penggambaran dengan baik. 

"Orang kata bila bekerja dengan ramai orang, pastinya terdapat perselisihan faham dan agak sukar untuk mengendalikan kesemua mereka di bawah satu arahan. "Tetapi lain pula buat produksi saya, mereka semuanya profesional dan ia telah memudahkan lagi kerja saya menghasilkan Seludup .

"Saya harap drama yang mengisahkan tentang pemerdagangan haram ini dapat memberi hiburan dan mesej berguna kepada penonton," ujarnya.

Antara pelakon yang akan terlibat dalam Seludup termasuklah Tiz Zaqyah, Syafie Naswip, Raja Ilya, Namron serta Jehan sendiri.

Seludup bakal disiarkan bermula 4 Disember depan, setiap Khamis, pukul 9.30 malam di saluran Astro Prima (105) dan Astro Maya HD (135).

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makton 21-11-2014 07:27 AM
sukati je nak pandang rendah kat org lain.. kau sape??
Quote mokcikKSKB 21-11-2014 07:31 AM
Perasan bagus je pekin ni..si jehan tu blakon lg lama dr ko.
Quote pinkzara 21-11-2014 07:32 AM
Gigih TT bukak benang2 di  pagi hari
Quote CiliPadiSedap 21-11-2014 07:40 AM
nd lala bila nak bayar hutang?
Quote saaya 21-11-2014 07:51 AM
Tahu kau sangkaan meleset lepas tgk What If..
Quote kejoraria 21-11-2014 08:59 AM
pekin ni suka suki jer nk under estimate org...walhal dia berlakon pun tahap biasa2 jer
Quote kaklehot 21-11-2014 09:01 AM
pekin ada band indie..se7ensword kalo x silap..
Quote tobobon 21-11-2014 09:22 AM
pinkzara posted on 21-11-2014 07:32 AM
Gigih TT bukak benang2 di  pagi hari

sheols paling gigih dua tiga hari ini ok....

first page gosip tempatan jer hampir penuh thread sheolsss
Quote tomet05 21-11-2014 09:25 AM
erm .. bukan member baik ke ?
Quote sepitsiput 21-11-2014 09:31 AM
si pekin ni mmg agak perasan bagus...sejak2 join bebudak art movies bagai ni. dulu2 heols sendu jugak berlakon... zmn2 heols join boyband dgn erry putra dulu. can any1 confirm si pekin ni ada further study in art ke?

meols suka aqasha...heols pun skrg bergaul dgn budak2 art movie mcm zahiril, sharifah amani, redza minhat bagai...tp heols jenis x berlagak...n bajet good. sedar2 dah menang best actor kt boh Cameronian.
Quote Esmiria 21-11-2014 05:21 PM
tobobon posted on 21-11-2014 01:22 AM
sheols paling gigih dua tiga hari ini ok....

first page gosip tempatan jer hampir penuh thread  ...

salah ke hakak? Tengok bod ni takde thread bru so saya bukakle..hihi~~
Quote Esmiria 21-11-2014 05:21 PM
pinkzara posted on 20-11-2014 11:32 PM
Gigih TT bukak benang2 di  pagi hari

Gigih segigihnya..hihi.
Quote lotionmilo 22-11-2014 12:34 PM
ada tiz.ada raja ilya

Nice!!!
Quote supernaturalee 22-11-2014 05:20 PM
saaya posted on 21-11-2014 07:51 AM
Tahu kau sangkaan meleset lepas tgk What If..

best kan what if
drama mcm ni la yg aku suka

bkn psl kawin paksa tp sbrnya suka
habis 1, 1 lagi yg kan keluar
muak

Quote September14 22-11-2014 06:34 PM
Masa karok tgk dia jd model vc hnsem sguh.. Tp skg serabai n x hnsem dh
Quote mitnick 22-11-2014 07:45 PM
tajuk je provokasi tapi sebnanya nak promote cite tue khennn?
Quote tinkiwinki 22-11-2014 10:00 PM
Mcm la dia hebat sangat nak pandang rendah kt org. Apa je pun sumbangan si pekin ni dlm industri?
Quote Changa 22-11-2014 10:02 PM
pandai jehan pilih pelakon.
semua pelakon yg jenis berkaliber.
Quote beta_carotene 22-11-2014 10:16 PM
Changa posted on 22-11-2014 09:02 PM
pandai jehan pilih pelakon.
semua pelakon yg jenis berkaliber.

bunuh diri lah sis nak cast Nora Danish untuk drama serious..

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:27 PM GMT+8 , Processed in 0.068091 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top