CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Dipenjara 38 Tahun Rogol Dan Liwat Isteri Kawan

26-1-2015 01:12 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15755| Komen: 73

Description: Bagaimanapun, Dia Sebaliknya Membawa Mangsa Ke Sebuah Pondok Dalam Hutan Di Daerah Larut Matang, Perak Sebelum Merogol Dan Meliwatnya.
PUTRAJAYA, 22 Januari: Seorang buruh binaan akan meringkuk dan menghabiskan sisa hidupnya dalam penjara, kerana merogol dan meliwat isteri kawannya.

Gambar hiasan


Azhar Che San, 43, gagal dalam rayuan terakhirnya, apabila Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan untuk mengurangkan hukuman penjara 38 tahun dan 24 kali sebatan yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi.

Hakim, Datuk Zawawi Mohd Salleh yang mempengerusikan panel tiga anggota berkata, walaupun perayu (Azhar) akan dibebaskan dari penjara semasa usia 81 tahun, mahkamah tidak mempunyai kecenderungan untuk mengurangkan hukuman penjara, disebabkan fakta kes.

Beliau berkata, hukuman penjara 38 tahun dan 24 kali sebatan, setimpal dengan jenayah yang dilakukannya.

Panel Mahkamah Agung yang turut bersidang, iaitu Hakim Ong Lam Kiat dan Datuk P. Nalini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi menjatuhi hukuman penjara 18 tahun dan lapan sebatan setiap satu, bagi dua pertuduhan merogol seorang wanita berumur 46 tahun, serta penjara 20 tahun dan lapan sebatan kerana meliwat mangsa.

Pada 17 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi Taiping, di Perak, memerintahkan Azhar menjalani hukuman penjara 18 tahun bagi pertuduhan pertama dan mula menjalani hukuman bagi pertuduhan kedua serta ketiga, selepas selesai menjalani hukuman penjara pertama.

Hukuman penjara bagi pertuduhan kedua dan ketiga berjalan serentak.

Azhar mengaku bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan di Mahkamah Sesyen Taiping dan dijatuhi hukuman penjara sejumlah 54 tahun, bagi ketiga-tiga pertuduhan dan 36 sebatan, tetapi Mahkamah Tinggi mengurangkan hukuman kepada 38 tahun dan 24 sebatan.

Mengikut fakta kes, Azhar pergi ke rumah mangsa pada jam 6 petang 4 Mei 2014, dan memberitahunya, suami (mangsa) sakit dan mahu membawanya bertemu suaminya.

Bagaimanapun, dia sebaliknya membawa mangsa ke sebuah pondok dalam hutan di daerah Larut Matang, Perak sebelum merogol dan meliwatnya.

Fakta kes itu juga menyatakan mangsa yang menderita kesakitan, melawan dan cuba melarikan diri ke kawasan bukit, tetapi terjatuh.

Dia kemudiannya berulang kali dipukul, ditendang dan ditolak jatuh dari bukit, selain dicekik dan ditarik rambutnya.

Tertuduh kemudiannya menarik mangsa kembali ke pondok itu dan menyuruhnya minum minuman dalam tin yang disyaki alkohol, sebelum merogolnya sekali lagi.

Timbalan pendakwa raya, Kee Wei Lon memberitahu Mahkamah Rayuan bahawa dengan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi, ia (Mahkamah Rayuan) dapat menghantar mesej jelas kepada orang ramai bahawa mahkamah tidak akan bertolak ansur dengan mereka yang melakukan jenayah seksual.

Peguam, Varpal Singh berhujah, jika hukuman penjara dikekalkan, anak guamnya mungkin tidak berpeluang keluar penjara.


11

Bagus
13

Marah
5

Terkejut
6

Sedih
13

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (50 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote finesse 22-1-2015 09:04 PM
Ya Allah...
Quote haZelEyEz 22-1-2015 09:05 PM
Sialan punya jantan.....patutnya sblm serah kat polis tu kasi torture  dulu habis2an...kasi nyala api kat hujung kepala pituk tu, kasi masuk bunga kaktus kat lubang buntut..kasi makan taik, kasi cabut kuku...eeeee...
Quote Eric.n9 22-1-2015 09:08 PM
Biaq dia kena toron lak kat penjara.
Hampeh punya kawan.
Selayak ko di
Quote nikaido 22-1-2015 09:08 PM
Apa punya bangang aniaya member.
Quote primemova 22-1-2015 09:11 PM
Syukur alhamdulillah... Setimpal...
Quote tumpanglalu74 22-1-2015 09:11 PM
Aku nak tengok.
Quote lazaruz6024 22-1-2015 09:13 PM
Sgt2 kejam:
Quote Suchi 22-1-2015 09:20 PM
emmh igtkn pompuan muda yg dia rogol tu.. rupanya lebih tua dr dia
Quote idadzira 22-1-2015 09:21 PM
dah kena sampuk ke apa? buat org mcm binatang. celaka punya jantan
Quote Cyempaka 22-1-2015 09:28 PM
Celakala ko dunia akhirat azhar che san :
Quote nagapompuan 22-1-2015 09:29 PM
Semoga dirogol dengan kejam dioenjara sana. Syaitan.
Quote Orix 22-1-2015 09:39 PM
gambo pesalah mne? :
Quote Firenzza 22-1-2015 09:52 PM
Suchi replied at 22-1-2015 09:20 PM
emmh igtkn pompuan muda yg dia rogol tu.. rupanya lebih tua dr dia

tua2 pun klau mcm cheta...tu yg ayaq berkepuk dlm kpla pikiaq cmne cara nk pi rogol plg efektif bgtau somi mangsa eksiden....time tu mangsa dh x igt apa dah risaukn si somi ghupanya taktik setan ni mnjadi la plk
Quote mak_wa95 22-1-2015 10:01 PM
jahat nya perangai...tipu,pas rogol.sepak terajang,rogollagi..
46 tu mantop ke tak..tua juga  dah
Quote nebulagazer 22-1-2015 10:08 PM
Untongla....da gst ...brg smua naik...ko makan berak org tanggung
Quote munchkin 22-1-2015 10:19 PM
Tq hakim
....
Quote shalola 22-1-2015 10:26 PM
Jahatnyaaa
Quote rosasa 22-1-2015 11:25 PM
Semoga mereput di penjara..lelaki tak.guna
Quote crazecousa 22-1-2015 11:26 PM
celaka....kalau nak pun mintak la baik2....nape nk siksa mcmtu skali

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.509733 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top