CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Sila Hubungi Jamal Untuk Pulih Dari Ketagihan Dadah

28-1-2015 11:45 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10338| Komen: 41

Description: "Zamani Boleh Hubungi Atau Berjumpa Saya Pada Bila-Bila Masa, Saya Akan Kenalkan Dia Dengan Tempat Tertentu Yang Agak Tertutup Daripada Pengetahuan Ramai Untuk Pemulihan (Ketagihan Dadah)," Kata D ...
Jamal Sedia Bantu Zamani Pulih Dari Ketagihan Dadah


"Zamani boleh hubungi atau berjumpa saya pada bila-bila masa, saya akan kenalkan dia dengan tempat tertentu yang agak tertutup daripada pengetahuan ramai untuk pemulihan (ketagihan dadah)," kata Datuk Jamal Abdillah, di sini, semalam.

Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali mengulas kenyataan dibuat Zamani, 43, yang juga vokalis kumpulan Slam untuk mendapatkan rawatan akibat ketagihan dadah.


Zamani sebelum ini ditahan polis dalam serbuan di kediamannya di Taman Keramat, Ampang di sini, tengah malam Rabu lalu di atas kesalahan memiliki dadah sebelum direman.

Zamani kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis jam 10 pagi, kelmarin.

Menurut Jamal, Zamani dikenali ramai dan mungkin dia tidak selesa jika beritanya mendapatkan rawatan di pusat pemulihan tertentu sentiasa mendapat perhatian.

"Saya ada kenal beberapa pihak yang menawarkan rawatan ketagihan dadah dan ia semuanya dibuat di lokasi agak tertutup dan saya sanggup bantu Zamani.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote harisbee 28-1-2015 11:06 AM
jamal ni dah bebas dr dadah ke
Quote Kak-Leen 28-1-2015 11:09 AM
Dah kan? Tapi dia masih nak duduk kat pusat tu la gi kan? Kalau x silap akak la..
Quote Kak-Leen 28-1-2015 11:10 AM
Elok le dibantu Zamani ni. Pusat serenti yg ada mcm x convincing aje..
Quote Lorra2411 28-1-2015 11:23 AM
Edited by Lorra2411 at 28-1-2015 11:45 AM

tapi muka Jamal dah nampak bersih dari dulu. dah bebas dari dadah maybe.
Quote toxicated 28-1-2015 11:24 AM
cume iols harap jamal pun dh bebas dadah..
Quote amyainsamad 28-1-2015 11:41 AM
bgusla.....sama2 mmbantu
Quote lindarafee 28-1-2015 11:44 AM
Lorra2411 replied at 28-1-2015 10:23 AM
tapi muka Jamal dan nampak bersih dari dulu. dah bebas dari dadah maybe.

betul. muka jamal nampak suci. x macam dulu
Quote Lorra2411 28-1-2015 11:46 AM
lindarafee replied at 28-1-2015 11:44 AM
betul. muka jamal nampak suci. x macam dulu

sebab itu pun gambar baru kan, kalau tak semendang spek hitam dia kehulur kehilir. skrg ni nampak lagi bersih lepas balik dari haji.
Quote krustykrab 28-1-2015 12:05 PM
jangan korang sama2 buat lagi dah
Quote kejoraria 28-1-2015 12:08 PM
lindarafee replied at 28-1-2015 11:44 AM
betul. muka jamal nampak suci. x macam dulu

tp berminyak sikit tang hidung
Quote MeMeimei 28-1-2015 12:23 PM
semoga zamani kuatkan semangat dan betul2 tekad tinggalkan dadah. tu aje fans mintak
Quote ragarotan 28-1-2015 12:38 PM
bagusnya jamal
Quote Jenabmurai 28-1-2015 12:43 PM
bagus! good job

hanya yg pernah merasa , faham apa yg zamani rs

hope zamani akn lebih kuat
Quote myakayina 28-1-2015 12:44 PM
sejak bila jamal jadi pak arab ni? bagusla jamal nak tolong zamani.. bantu sampai pulih ye..
Quote PongKang 28-1-2015 01:13 PM
Bagus jamal.
Quote lolali 28-1-2015 01:27 PM
seniman menangisssss
Quote Madel 28-1-2015 01:29 PM
Zamani ni kalau dia gemuk sikit, pastu potong rambut kemas2...mesti encem

sekarang ni ya ampun kurus melidi..kalau berdiri sebelah tiang letrik...aku pun tak dpt cam mana satu Zamani mana satu tiang letrik
Quote beatgirlX 28-1-2015 01:34 PM
perkara yang baik..
sesama insan tolong dan jamal pernah berada di mana tahap zamani skg..so mungkin kalau drg bertiga iaitu radhi..jamal..zamani discuss dan tolong each other untuk ke arah kebaikan lebih bagus..
Quote de_ikea 28-1-2015 01:45 PM
Mana jed jaidi? Bnda mcm ni pon karyawan boleh play role. Buat unit anti dadah. Program dgn aadk dgn artis yg terlibat, x terlibat, bakal terlibat dan sudah tidak terlibat. Aadk ada bajet.

Ni asik nk berebut buku cek je...

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 02:48 PM GMT+8 , Processed in 0.056108 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top