CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Cinta Aiman Dan Fathia Belum Berakhir

16-2-2015 05:59 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16056| Komen: 44

Description: "Kami Bergaduh Sikit Sebelum Ini Sebab Timbulnya Salah Faham. Tetapi, Kami Ambil Keputusan Untuk Berbaik Kerana Masing-Masing Serius Terhadap Hubungan Ini," Katanya. Akui Fathia, Mereka Nekad Ber ...
Cinta Aiman Dan Fathia Belum Berakhir  


TERAJU utama drama bersiri popular Ariana Rose ini mengakui hubungan cintanya bersama pelakon Aiman Hakim Ridza yang berantakan dua minggu lalu kini semakin pulih.
       
Jelas Nur Fathia Latiff, dia sememangnya sayangkan hubungan mereka sementelah telah menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun.
       
"Adatlah, dalam hubungan mana pun pasti ada pasang surutnya. Saya sebenarnya sangat sayangkan dia.
       
"Kami bergaduh sikit sebelum ini sebab timbulnya salah faham. Tetapi, kami ambil keputusan untuk berbaik kerana masing-masing serius terhadap hubungan ini," katanya.
Akui Fathia, mereka nekad berbaik semula selepas berbincang dan mencapai kata sepakat.
       
"Saya sendiri pun bukan seorang yang suka main-main dalam sesebuah hubungan. Jadi, lebih baik kami fikir masa depan hubungan ini," katanya.
       
Menurutnya juga, kesibukan dia dan Aiman antara punca hubungan mereka dilanda masalah.
       
"Kami punya komitmen masing-masing, adakala kerana terlalu sibuk kami sukar berbincang.
       
"Jadi bila timbul satu-satu hal, ia membuatkan kami tertekan dan bergaduh," ujar pelakon berusia 26 tahun ini.
       
Sementara itu, Fathia yang dilantik sebagai duta utama Drama Festival Kuala Lumpur (2015) ini memberitahu, dia terharu dengan sokongan peminat yang sentiasa mendoakan hubungannya dengan Aiman.
       
"Mereka sentiasa berdoa agar hubungan kami pulih selepas mengetahui cerita perpisahan kami. Apapun, sekarang doa mereka sudah termakbul," katanya lagi.


3

Bagus
10

Marah
6

Terkejut
3

Sedih
6

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (39 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote damian_lee 12-2-2015 09:58 AM
time meletop haritu ... neelofa plak over tolong coverina ... kata ... gado2 manja .....
Quote ajunara 12-2-2015 10:03 AM
hmm...biasa la..sama2 artis..ego tinggi kot..
Quote cLiNiQue^HaPPy 12-2-2015 10:07 AM
zizan n emma jr.

ooopsssss
Quote tomet05 12-2-2015 10:10 AM
semoga berbaik saja lah kan
Quote enchikfitz 12-2-2015 10:13 AM
tacanggggggg
Quote Munnalicious 12-2-2015 10:19 AM
Ape2 jelah kome.
Quote Knowlee 12-2-2015 10:19 AM
Nikah je la weh.
Quote beatgirlX 12-2-2015 10:40 AM
aiman...
any comment??
Quote twins 12-2-2015 10:44 AM
aku baca tajuk tadi ingatkan kes Sharnaaz Ahmad ngan Si Anis tu....
Quote cik_kembong 12-2-2015 10:46 AM
Padan je diorg 2 org ni...sorg cantik...srg lg hensem...cepat2 la nikah dik...
Quote DayangKirana 12-2-2015 10:54 AM
muka jambu air tepi longkang rumah Cik Jemah kat kampung parit jawa...
Quote srihannah 12-2-2015 10:56 AM
eloklah kalau dh bebaik..drama sangat..
Quote setokinpurple 12-2-2015 10:57 AM
Melepas nk goda aiman
Sekejapnya single
Hmm
Quote mesmerize 12-2-2015 11:01 AM
ai dah 2-3 kali nampak aiman ni around pj damansara sorang2 jah.. masa tu diorang belum break lagi
Quote fifie_olin 12-2-2015 11:10 AM
publict murahan barangkali
Quote chinta89 12-2-2015 11:15 AM
jgn duk jd mcm emma dan zizan dah la..asal clash je kua berita. asal dah berbaik je kua berita.
pedap ah nk baca.
Quote BebeQ 12-2-2015 11:16 AM
tak payah la bercinta kalau buat serabut.
Quote f164 12-2-2015 11:26 AM
Baguslh gitu...
Quote rosmahisham 12-2-2015 03:39 PM
aku suka couple nih..sama cantik sama pdn..tgk aiman  dlm tabir zulaika...fuh..ensem sgt..bkn mcm couple bimbo tuh

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 12:56 AM GMT+8 , Processed in 0.054605 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top