CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ambil Tindakan Persenda Hudud - Jakim

25-3-2015 06:25 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6467| Komen: 38

Description: “Jakim Cuma Sebagai Penyelaras Dan Dalam Isu Ini, Saya Menyeru Pihak Berkuasa Yang Terbabit Beri Perhatian,” Katanya Dalam Sidang Akhbar Selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Majlis Agama ...
Ambil Tindakan Persenda Hudud - Jakim


KUALA LUMPUR 23 Mac – Jabatan agama Islam di setiap negeri diminta peka dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana individu yang cuba mempersendakan hukum hudud.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pihak berkuasa agama negeri mempunyai peruntukan kuasa undang-undang bagi memelihara kesucian Islam.

Menurutnya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang terletak di bawah Kerajaan Pusat tidak mempunyai kuasa itu, sebaliknya jabatan itu hanya sebagai penyelaras bagi aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan.

“Jakim tidak ada kuasa dalam isu itu kerana kuasa undang-undang terdapat dalam bidang kuasa kerajaan negeri. Apabila orang tanya tentang apakah tindakan Jakim, ramai yang salah faham.

“Jakim cuma sebagai penyelaras dan dalam isu ini, saya menyeru pihak berkuasa yang terbabit beri perhatian,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 2014 di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Zainal Abidin Jaffar dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Paimuzi Yahya.

Jamil Khir diminta mengulas isu klip video bertajuk Hudud Isi Periuk Nasi? oleh Aisyah Tajuddin dan dimuat turun radio BFM di YouTube yang mempersendakan hudud sehingga mencetuskan kecaman umat Islam baru-baru ini.

Sementara itu, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad yang ditemui dalam majlis itu berkata, pihak terbabit seperti Jakim seharusnya memanggil Aisyah dan pihak yang menerbitkan klip video tersebut.

“Mereka ini perlu dipanggil dan diberi penerangan tentang hukum hudud, mungkin mereka tidak faham tentang hukum itu. Siasatan juga kena dilakukan untuk mengetahui apakah tujuan sebenar klip video itu dihasilkan,” ujarnya.


Bagus

Marah
2

Terkejut
7

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dragula 24-3-2015 08:53 AM
warna benar puak taliban sudah keluar. lagi teruk drpd spanish inquisition
Quote jerukkedondong 24-3-2015 09:36 AM
Laaaaa...berfungsi lg rupanya bang jamil khir ni....
Quote mattzzx 24-3-2015 09:40 AM
jerukkedondong replied at 24-3-2015 09:36 AM
Laaaaa...berfungsi lg rupanya bang jamil khir ni....

Baru bangun tido ke?....

Quote jerukkedondong 24-3-2015 09:42 AM
mattzzx replied at 24-3-2015 09:40 AM
Baru bangun tido ke?....

Lama da bangun..porum dlu....kang kul 10 baru buat keje......
Quote mattzzx 24-3-2015 09:45 AM
jerukkedondong replied at 24-3-2015 09:42 AM
Lama da bangun..porum dlu....kang kul 10 baru buat keje......

Bukan u tapi bang jamil tu ler....

Quote jejaka00 24-3-2015 09:47 AM
mattzzx replied at 24-3-2015 01:45 AM
Bukan u tapi bang jamil tu ler....

hehehe
Quote Muntz 24-3-2015 09:48 AM
Tak silap aku Mashitah dulu pun penah persenda hudud. Yg dia kata kalau ramai org Islam tangan terpotong, camner nak cari rezeki bagai tuh. Kenapa waktu tu tak sepanas Aishah? At least, kita boleh kata Aishah tu jahil. Tapi Mashitah tu, dah terang2 ustazah dgn credential sbg pendakwah.
Quote freebird 24-3-2015 09:52 AM
Dah bepuluh tahun ameno persenda hudud, zaman mamak pariya tu lagi...kata orang Kelantan takde boleh kerja sebab takde tangan lah...
Tetiba sayang benor pulak dengan hudud...
Memanglah ameno ni parti celaka...
Quote gaara_X 24-3-2015 10:22 AM
dodok tengok je...tak yah wat pe pun.....
Quote nad014 24-3-2015 10:59 AM
hudud ni bukannya terus potong tangan dia ada step2 dia..
Quote Maideen. 24-3-2015 11:19 AM
nad014 replied at 24-3-2015 10:59 AM
hudud ni bukannya terus potong tangan dia ada step2 dia..

Ini benerrrrr...... Hadi Awang pernah berkata bahawa Islam bukanlah ugama yang zolim.... Sebab itulah apabila hudud PAS ala Terengganu dilaksanakan nanti, tangan pencuri itu akan di bius dahulu supaya pencuri itu tak rasa sakit. Lepas dibius baru kita potong!

Takbirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr......
Quote giyomi 26-3-2015 11:49 AM
Sudah tu sudah ler...org tu pon dah mintak maaf. isun cengini sibuk nak amik tindakan tapi isu2 berat lepas pandang...adakah tindakan akan turut diambil pada Nazri as well?
Quote giyomi 26-3-2015 11:52 AM
Maideen. replied at 24-3-2015 11:19 AM
Ini benerrrrr...... Hadi Awang pernah berkata bahawa Islam bukanlah ugama yang zolim.... Sebab ...

Lepas abis bius camner lak...tidak kah mereka pandang pada implikasinya pada negara bila ramai yg hidup tanpa tangan seumur idup, efeknya bukan pada si bahlol pncuri tu jew, tapi keluarga jgk terpaksa tanggung malu lbh2 lagi tau jew lah warga pprt, menjaja citer dari rumah kerumah setiap hari tanpa kira masa, 365 hr.
Quote Maideen. 26-3-2015 12:10 PM
Muntz replied at 24-3-2015 09:48 AM
Tak silap aku Mashitah dulu pun penah persenda hudud. Yg dia kata kalau ramai org Islam tangan terpo ...

Persenda tu maksud dia making a statement of fact ka Muntz? Maksudnya bila kita katakan sesuatu yang betul macam Mashitah tu kata, itu dikira mempersendakan jugak ka?
Quote a_gen2 26-3-2015 12:13 PM
Ni puak2 penghina Hudud dlm forum CI yg dah berzaman mengutuk hudud bila pulak Bang Jamil nak panggil???
Quote Maideen. 26-3-2015 12:17 PM
dragula replied at 24-3-2015 08:53 AM
warna benar puak taliban sudah keluar. lagi teruk drpd spanish inquisition

Puak taliban mudah terhina tawww.......prrrrrrrrrrrrpfffftght
Quote axl_bach 26-3-2015 12:21 PM
giyomi replied at 26-3-2015 11:52 AM
Lepas abis bius camner lak...tidak kah mereka pandang pada implikasinya pada negara bila ramai yg  ...

tp kalo dgn perlaksanaan HUDUD jenayah bleh menjadi terkawal why not??? sistem skang nih dah terbukti tidak mampu mengawal kes2 jenayah, so apa salahnya cuba pendekatan baru.......

sekadar pandang kesan kepada penjenayah yg dihukum jer?? camner kesan kepada mangsa2 jenayah dan trauma kepada mereka dan semua ahli keluarga yg terlibat???

Quote kemaruk 26-3-2015 12:22 PM
Maideen. replied at 26-3-2015 12:10 PM
Persenda tu maksud dia making a statement of fact ka Muntz? Maksudnya bila kita katakan sesuatu ya ...

kebenaran itu pahit, uncle mydin
Quote Maideen. 26-3-2015 12:30 PM
kemaruk replied at 26-3-2015 12:22 PM
kebenaran itu pahit, uncle mydin

Yang pahit itu lah obat..........

Tapi kalau dah berpenyakit mudah terhina (yakni sikit sikit terhina sikit sikit terhina), elok gi mampos jer (yakni "Go die!")....

Wallahualam.

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 11:55 PM GMT+8 , Processed in 0.073459 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top