CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Desakan Letak Jawatan Membelakangi Kehendak Majoriti Anggota UMNO

19-5-2015 09:45 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 7447| Komen: 55

Description: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap pada majlis Veteran Umno Malaysia Sepetang Bersama Presiden di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini. - Foto BER ...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap pada majlis Veteran Umno Malaysia Sepetang Bersama Presiden di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini. - Foto BERNAMA


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata hakikat beliau adalah Presiden UMNO pertama yang dipilih melalui sistem yang lebih terbuka dan demokratik selepas pindaan perlembagaan parti, perlu dihormati kesemua anggota parti.

Justeru, katanya desakan beberapa pihak untuk beliau melepaskan jawatan tidak wajar kerana ia membelakangkan kehendak majoriti anggota parti.

“Sebagai presiden parti, saya amat berterima kasih atas sokongan anda dan saya dipilih kerana apa? Melalui apa? Melalui permilihan dalam parti, di mana perlembagaan parti telah dipinda (pada tahun 2009),” katanya ketika berucap PADA Majlis Veteran UMNO Sepetang Bersama Presiden, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Najib berkata, sistem pemilihan pucuk pimpinan pada masa kini adalah lebih terbuka dan telus berbanding sistem terdahulu, yang mana ia menggunakan undi bonus dan kuota untuk mengekalkan jawatan tertinggi parti.

Beliau berkata sekiranya beliau mahu kekal memegang tampuk pemerintahan selama 22 tahun seperti Perdana Menteri Keempat Tun Dr Mahathir Mohamad (1981-2003), beliau tidak akan bersetuju dengan cadangan untuk meminda perlembagaan parti.

Najib berkata di sebalik cabaran demi cabaran yang ditempuhi UMNO, beliau akan terus berjuang demi kepentingan parti serta berusaha memperbaiki segala kelemahan yang ada.

“Kita nak jaga parti, kita tak boleh hancurkan parti kita, (kerana) parti kitalah penyelamat kita … orang Melayu tak ada tempat lain bergantung harap melainkan parti keramat ini. Jangan binasakan UMNO, sayangilah UMNO dan jagalah UMNO,” katanya dan menambah setiap permasalahan boleh diperbetulkan dan diselesaikan secara muafakat.

Menurutnya, meskipun UMNO berdepan dengan pelbagai cabaran, parti itu masih kuat dan mampu menerajui negara.

“Hanya kalau kita berpecah dari dalam sahaja yang akan mengakibatkan kita kehilangan kuasa,” katanya.

Dalam pada itu, Najib turut mengingatkan hadirin bahawa penglibatan beliau dalam politik adalah bagi meneruskan perjuangan bapanya, yang juga perdana menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

“Kalau Allahyarham merupakan bapa pembangunan negara, bapa pembangunan luar bandar, pencetus kepada DEB (Dasar Ekonomi Baru), melahirkan MARA (Majlis Amanah Rakyat), FELDA (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan), RISDA (Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah), BERNAS (Padiberas Nasional Berhad)), Bank Bumiputra dan pelbagai lagi agensi dan badan lain.

“Maka saya sebagai anakandanya, berazam untuk bukan saja teruskan perjuangannya tetapi juga membawa negara kita, rakyat Malaysia, orang Melayu, ke tahap yang lebih tinggi lagi. Ini azam saya,” katanya.

Najib menegaskan bahawa setiap dasar yang beliau perkenal dan laksanakan tidak lari dan tergelincir daripada prinsip dan perjuangan parti.

Perdana Menteri berkata, walaupun DEB sudah tiada lagi, namun agenda pemerkasaan Melayu dan Bumiputera akan terus diangkat menjadi agenda nasional selagi beliau memegang tampuk pemerintahan. – BERNAMA

Sebagai contoh, beliau berkata, projek Mass Rapid Transit (MRT) Sungai Buloh-Kajang memperuntukkan hampir 48 peratus daripada jumlah kontrak keseluruhan kepada syarikat-syarikat milik Bumiputera.

“Siapa kata (kerajaan Barisan Nasional ketika ini) tak ada dasar nak tolong Melayu dan Bumiputera? Bukan sahaja ada malah diperkasakan lagi.

“Dulu tak ada Teraju (Unit Peneraju Agenda Bumiputera), sekarang ada Teraju bagi menyelaraskan agenda pemerkasaan Bumiputera yang mana kita bermesyuarat pada setiap bulan,” katanya.

Selain itu, Najib berkata, beliau telah lama memperjuangkan nasib pelajar-pelajar Melayu dan Bumiputera, termasuklah inisiatif meningkatkan martabat Universiti Teknologi Mara (UiTM) sewaktu zaman beliau menjadi Menteri Pelajaran (1995-1999) lagi.

“Siapa yang memartabatkan ITM (Institut Teknologi Mara), menjadi sebuah universiti? Bukankah saya sewaktu jadi Menteri Pelajaran dahulu? Siapa yang tetapkan sasaran 200,000 kemasukan pelajar dalam UiTM? Bukankah saya sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika itu?” katanya
.

Menyentuh mengenai ‘persepsi negatif’ masyarakat tentang dana pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Najib berkata beliau optimis ia mampu diselesaikan menggunakan formula yang bersesuaian.

“(Sekiranya) ada masalah kita betulkan, kita runding bersama secara muafakat untuk cari jalan penyelesaian. Saya yakin tak ada benda tak boleh diselesaikan kerana ada formulanya (tersendiri), termasuk 1MDB pun ada formulanya,” katanya.

Perdana Menteri turut mengingatkan semua pihak supaya tidak mempolitikkan perkara yang dilakukan oleh kerajaan demi kepentingan rakyat, sebagai contoh pembelian tanah di Tun Razak Exchange (TRX) oleh Lembaga Tabung Haji (TH) baru-baru ini.

“TH punya pembelian, baik jadi tak baik. Dipusingkan cerita kononnya duit depositor (pendeposit) beli … melenting bila hanya dengar di hujung telinga dan belum tahu fakta sebenar.

“Tapi bila dah tahu, tepuk dahi, cakap TH (cadang jual semula tanah itu) patut kekalkan, sebab boleh untung RM180 juta lebih,” katanya.

Selain itu, Najib turut menyatakan perhargaan terhadap veteran UMNO di bawah pimpinan Tan Sri Tajol Rosli Ghazali sebagai pengerusi, yang terus menyokong kepimpinan beliau.

Beliau berkata sokongan daripada seluruh anggota parti termasuk Veteran UMNO bukanlah bermaksud sokongan peribadi tetapi sokongan untuk memastikan parti itu kekal relevan bagi menerajui negara. – BERNAMA



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dodolgemok 19-5-2015 08:59 AM
apa org tua ni merepek? masih delusional kah? mungkin penasihat bijan ni orang2 macam ankel tua AN dan djek anti cina
Quote Innrukia 19-5-2015 09:06 AM
bersatu merampok reta negara
Quote dinamokiev 19-5-2015 09:08 AM
Kesian Tun Razak, disebabkan anak yang tamak, nama buruk.
Quote mnahis 19-5-2015 09:09 AM
pelawok pelawok pelawok.... majoriti kepala otak dia. habis penat lelah org lain dia nak claim kredit. dah mabuk dah ni
Quote belilies 19-5-2015 09:16 AM
Dalam pada itu, Najib turut mengingatkan hadirin bahawa penglibatan beliau dalam politik adalah bagi meneruskan perjuangan bapanya, yang juga perdana menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.


jangan kacau dia.. dia meneruskan legasi bapanya.. katanyalah...
Quote gaara_X 19-5-2015 09:19 AM
ye kan aje.....
Quote alzan 19-5-2015 09:20 AM
kalau tahu rugi kenapa dulu gomen jual tanah TRX murah2 pada 1MDB. Jawab tu jer.....
Quote kecimpret 19-5-2015 09:22 AM
orang Melayu tak ada tempat lain bergantung harap melainkan parti keramat ini.


org melayu tak abis2 kena kenceng dgn dongengan nih..kena ada parti politik baru leh idop



Quote eiman 19-5-2015 09:23 AM
cai2 CI terkedu sudah, tp sy tetap suka bijan masih di tampuk pemerintahan
Quote mzzenma 19-5-2015 09:27 AM
parti keramat katanya
over betul statement
Quote lostnfaun 19-5-2015 09:42 AM
kecimpret replied at 19-5-2015 09:22 AM
org melayu tak abis2 kena kenceng dgn dongengan nih..kena ada parti politik baru leh idop



Cara nak pastikan Umno terus hidup kene dia akn sentiasa wujudkan kebergantungan kpd Umno lebih dr Tuhan... Gelang kepala tgk mindset org2 umno nie...
Quote lindarafee 19-5-2015 09:43 AM
macamana pulak kehendak majoriti rakyat yang bukan ahli umno
Quote Madel 19-5-2015 09:45 AM
Kebelakangan ni ayat2 Najib semua nya masuk bakul angkat sendiri
Quote GhostWalking 19-5-2015 09:53 AM
yang keramat aku tau ada 2 je:
1.taman keramat
2.lembah keramat
Quote berusjamban 19-5-2015 09:56 AM
Nape dia ungkit apa bapak dia buat? Bapak dia bapa pembangunan... ironic dia bapa kehancuran?
Quote alieyrina 19-5-2015 09:59 AM
Ayoohh...muntah darah  la  kalau mcm ni tiap2 hari  
Quote msxx 19-5-2015 10:20 AM
Bapa pembangunan vs bapa kehancuran
= bapa vs anak
Quote gaara_X 19-5-2015 10:28 AM
ye kan aje.....
Quote Defcon2 19-5-2015 10:33 AM
kecimpret replied at 19-5-2015 09:22 AM
org melayu tak abis2 kena kenceng dgn dongengan nih..kena ada parti politik baru leh idop

Setuju!!... parti keramat konon. Pirah!!! Parti keramat mana ada songlap duit beli kondo untuk lembu.

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 01:41 PM GMT+8 , Processed in 0.124539 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top