CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Sukan Lihat artikel

Pereyra Diaz kembali sarung jersi JDT

19-5-2015 10:52 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 1541| Komen: 0

Description: Penyerang import dari Argentina, Jorge Pereyra Diaz akan kembali memperkuatkan jentera serangan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) bagi mengharungi aksi pusingan kedua Piala Konfederasi Bola Sepak Asia ...


Penyerang import dari Argentina, Jorge Pereyra Diaz akan kembali memperkuatkan jentera serangan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) bagi mengharungi aksi pusingan kedua Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).


Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) memaklumkan bahawa bekas pemain kelab Liga Argentina, Lanus, itu akan tiba di Johor Baharu pada Selasa ini.

"Kontrak beliau bersama JDT untuk Liga Malaysia pula akan disambung kembali untuk satu setengah tahun mulai Disember 2015 hingga 2017 selepas beliau kembali dipinjamkan ke Liga Perancis dan Amerika," demikian menurut PBNJ menerusi laman Facebook rasmi JDT; Johor Southern Tigers, hari ini.

Untuk rekod, Diaz menyertai JDT pada 2014 sebelum PBNJ dilaporkan menjual penyerang berkenaan kepada sebuah kelab di Brazil yang berminat mendapatkan khidmatnya pada Mac lepas.

JDT bakal bertemu wakil Myanmar, Ayeyawady United FC pada pusingan kedua (16 terakhir) Piala AFC yang menggunakan format kalah mati di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 27 Mei ini.

Skuad Harimau Selatan mara ke pusingan kedua Piala AFC setelah muncul juara kumpulan F yang turut melibatkan tiga pasukan lain iaitu Kitchee SC dari Hong Kong, Kingfisher East Bengal (India) dan kelab Liga Singapura, Balestier Khalsa FC.


sumber:www.stadiumastro.com


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.088715 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top