CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Sukan Lihat artikel

Ramdan beraksi di wildcard Moto2

20-5-2015 02:32 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 1442| Komen: 0

Description: PELUMBA muda dalam pembikinan, Mohd Ramdan Mohd Rosli bakal membuat penampilan pertama dalam aksi Moto2 Kejuaraan Dunia (MotoGP) apabila pasukan Petronas AHM Malaysia mengumumkan pelumba itu akan bera ...


PELUMBA muda dalam pembikinan, Mohd Ramdan Mohd Rosli bakal membuat penampilan pertama dalam aksi Moto2 Kejuaraan Dunia (MotoGP) apabila pasukan Petronas AHM Malaysia mengumumkan pelumba itu akan beraksi atas tiket wildcard di Grand Prix Catalan di Litar Catalunya, Sepanyol pada 12 hingga 14 Jun ini.

Penyertaan ini juga merupakan aksi wildcard kedua pelumba Program Pembangunan Bakat Petronas di pentas MotoGP apabila turut tampil atas tiket wildcard kategori Moto3 di Grand Prix Malaysia di Sepang, tahun lepas.

Penampilan ini juga merupakan penampilan kedua Ramdan di dalam kelas Moto2 selepas beraksi dalam saingan pusingan pembukaan Kejuaraan Moto2 Eropah di Portugal, bulan lepas di mana dia menamatkan Perlumbaan 1 di kedudukan ke-16 dan kedudukan ke-22 pada Perlumbaan 2.

Pelumba berusia 20 tahun itu akan menjalani sesi ujian selama dua hari bagi memahami dan membiasakan diri dengan jentera yang akan digunakan untuk aksi wildcard nanti.

Selain Ramdan, pelumba Malaysia lain yang turut beraksi dalam kelas Moto2 termasuklah Hafizh Syahrin Abdullah (Petronas Raceline Malaysia), Azlan Shah Kamaruzaman (Honda Team Asia) dan Zaqhwan Zaidi (JP Moto).

Menurut Ramdan, beliau sangat gembira dengan keputusan tentang penyertaan wildcard ini.

"Saya berterima kasih kepada pasukan kerana membuat perancangan dan permohonan untuk aksi wildcard di Catalunya. Kami ada bercakap tentang peluang ini sebelum Kejuaraan Eropah bermula di Portimao dan semua yakin dan positif dengan permohonan yang dilakukan.

"Kami mempunyai tempoh ujian selama dua hari di Catalunya awal Jun ini. Pada masa sama berharap dapat mengekalkan momentum beraksi di GP dan Kejuaraan Eropah pada minggu berikutnya," katanya.

Sementara itu, menurut pengurus pasukan, Kenny Chua merupakan individu yang mula mengesan bakat Ramdan sejak berusia 12 tahun lagi dan sejak itu kerjasama mereka telah berjaya membawa kepada beberapa gelaran di dalam siri kejuaraan.

Menurut Pengurus Besar, Bahagian Pengurusan Jenama, Kumpulan Komunikasi Strategik, Petronas, Rizan Ismail, penyertaan wildcard Ramdan ini merupakan satu langkah ke hadapan bagi Program Pembangunan Bakat Petronas.

"Peluang ini merupakan medan pendedahan berguna dan sebagai persediaan untuk perkembangan karier perlumbaannya.

"Kami yakin dapat melihat lebih banyak kemajuan terhadap Ramdan melalui kerja keras dan ketabahan yang ditunjukkan oleh Ramdan.

"Kami di Petronas gembira kerana dapat memainkan peranan dalam proses perkembangannya elama ini dan kami berharap Ramdan serta pasukan Petronas AHM dapat melakukan yang terbaik di Catalunya," katanya.


sumber:www.sinarharian.com.my


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:24 PM GMT+8 , Processed in 0.034851 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top