CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Buih-buih maksiat dalam pesta mandi buih!

24-6-2013 11:17 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 21648| Komen: 128

Description: KUALA LUMPUR - Sepasukan anggota penguat kuasa yang melakukan serbuan hanya mampu menepuk dahi apabila mendapati 47 remaja Melayu begitu asyik melakukan aksi sumbang sambil mandi buih ketika menghadir ...

SEBAHAGIAN daripada pengunjung sebuah pub yang ditahan selepas pihak berkuasa menyerbu pesta liar mandi buih di Jalan Yap Kwan Seng semalam.

KUALA LUMPUR - Sepasukan anggota penguat kuasa yang melakukan serbuan hanya mampu menepuk dahi apabila mendapati 47 remaja Melayu begitu asyik melakukan aksi sumbang sambil mandi buih ketika menghadiri satu pesta liar di sebuah pub di Jalan Yap Kwan Seng di sini kelmarin.


Lebih memeranjatkan apabila tiga daripada mereka merupakan pelajar perempuan tingkatan lima yang didapati turut terkinja-kinja dengan seluruh badan dilitupi buih. Baju yang dipakai lencun hingga menampakkan susuk tubuh mereka.


Serbuan pukul 12.30 tengah malam itu dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dengan dibantu anggota polis daripada Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Kuala Lumpur dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.


Daripada jumlah itu, 38 merupakan lelaki manakala bakinya perempuan berusia antara 17 hingga 30 tahun.


Difahamkan, pelanggan dikehendaki membayar RM40 untuk menyertai parti liar tersebut.


Parti itu sering dianjurkan di premis berkenaan tetapi ia tidak khusus pada hujung minggu sahaja. Penganjur akan mengadakan parti berkenaan pada hari-hari tertentu mengikut permintaan pelanggan tetap.


Dalam serbuan itu, pihak berkuasa turut menahan dua pemilik premis berusia dalam lingkungan 30-an yang dipercayai penganjur parti mengikut Seksyen 35 Akta Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan kerana menggalakkan maksiat.


Tinjauan mendapati, ketika diserbu, kesemua pelanggan tersebut sedang asyik menari mengikut alunan muzik rancak sambil tubuh mereka diselaputi buih serta memakai pakaian seksi seperti bikini.







Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 23-6-2013 07:32 AM
apa kata saberi chik dalam hal ni....
Quote sunquick 23-6-2013 07:33 AM
Astaghfirullah... remaja sekarang..
Quote jazaa 23-6-2013 09:01 AM
sunquick posted on 23-6-2013 07:33 AM
Astaghfirullah... remaja sekarang..

remaja dulu pun ada gak buuat maksiat.......
Quote jazaa 23-6-2013 09:03 AM
ingat kat tailand atau bijing ke......
Quote DeMax 23-6-2013 09:19 AM
Apa PAS buat yea?
Quote ntohapehapentoh 23-6-2013 09:29 AM
mana pegi mak bapak bebudak nih?
Quote jonlabu 23-6-2013 09:33 AM
Uish berbueh2..
Quote fortiori13 23-6-2013 09:36 AM
Mak bapak dorang ni (yg budak2 masih skola) tak risau ke anak tak balik2 sampai tgh mlm??? Ke anak tak balik umah langsung pn mmg x kesah???
Quote Decaffeinated 23-6-2013 10:06 AM
dengki lah tu dia nak berlezat2 tak boleh orang lain pun mesti tak boleh main buih...

tepuk dahi konon...

Quote Maideen. 23-6-2013 10:12 AM
Sakit hati betol lobai dan lobaita yang hanya mampu layan hentai.....prrrrrrrpffftght
Quote SaraNina 23-6-2013 11:11 AM
pemerintah skrg buat apa utk mencegah semua ni? takkan dh jadi baru kalut buat serbuan??
Quote Innrukia 23-6-2013 11:20 AM
sikit2 pemerintah.....

yg 1st, mana mak bapak?
ada weekend lepaih anak keluaq smpai pagi buta x blk buat x kisah
Quote sueism 23-6-2013 11:23 AM
melayu aje ke? bangsa lain2 berapa orang?
Quote dragger 23-6-2013 11:33 AM
calling for @shaberi chik & @hishammudin
Quote MissNigga 23-6-2013 11:36 AM
euw..kalo peluk peluk .. gesel gesel sambil main buih... sure geli gelaman shiok semacam sajor...

lagi lag ler kalo geyes yang wat benda cam nie ... sure termain pedang punya ...
Quote tongkatwaran75 23-6-2013 11:47 AM
Innrukia posted on 23-6-2013 11:20 AM
sikit2 pemerintah.....

yg 1st, mana mak bapak?

mmg la pemerintah...
kekdg ibubapa dh usaha dh...
tapi tak terbuat
disebabkan byk prasarana dibina menjurus kepada peningkatan nafsu...
bukan meningkat iman & amal...

seb baek ada pembangkang yg sentiasa memantau & menegur...
klu tak bertambah subur la jadinya...

Quote phongsakorn 23-6-2013 11:52 AM
dekat Jalan Yap Kwan Seng, rasa macam pernah pergi.. tapi takde pulak mandi buih masa tu..
Quote Innrukia 23-6-2013 11:57 AM
tongkatwaran75 posted on 23-6-2013 11:47 AM
mmg la pemerintah...
kekdg ibubapa dh usaha dh...
tapi tak terbuat

usaha tang mana kalo anak tingkatan 5 x balik sblum maghrib pun boleh terima?
pompuan pulak tu...maybe aku psl aku duk ulu so x paham knapa mak bapak bleh lepas bebas anak2 keluaq rumah sampai pagi buta....
lepas bebas bawak masuk bf/gf kat rumah....

apa yg pembangkang buat takat ni?
PEMERINTAH = PEMBANGKANG >>> hampeh jugak
Quote ultra78 23-6-2013 12:00 PM
Kenapa tidak diban terus org islam masuk tempat hiburan sebegini? Apa gunanya tertulis islam di atas IC tu?

Lihat semua komen(128)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.056107 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top