CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kanak-Kanak 11 Tahun Jadi Bidan Kepada Ibu Sambut Adik Sendiri

29-9-2015 12:26 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 6531| Komen: 20

Description: Selepas insiden itu dia mengubah cita-cita dari menjadi pemain bola sepak kepada doktor
Oleh Izzah Abbasy

James Duke, merupakan kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dari Georgia, Amerika Syarikat menyambut kelahiran adiknya sendiri apabila menjadi bidan kepada ibunya, Kenyarda yang tidak menyangka akan bersalin lebih awal dari jangkaan.


                                              

                                                     

Menurut Kenyarda, pada hari kejadian, tiada siapa berada di rumah kecuali anak lelakinya itu kerana suaminya pada ketika itu sedang bekerja.


"Saya tiba-tiba tidak boleh berjalan dan  rebah ke lantai," katanya.

James terus bergegas ke bilik selepas mendengar jeritan dari ibunya itu.Dia yang tidak panik berdepan dengan situasi itu kemudian menelefon bantuan kecemasan dan tenang mengikut arahan operator.


Malah, James tidak kekok memegang adiknya dan membaluti tubuh bayi itu dengan tuala sebelum bantuan kecemasan tiba.

Kenyarda kemudiannya menzahirkan rasa bangga dan kagum dengan tindakan anaknya itu. "James melambangkan seorang lelaki yang berani dan bertanggunjawab," katanya lagi.



Sementara itu, James dalam pada itu berkata, selepas insiden itu dia mengubah cita-cita dari menjadi seorang pemain bola sepak kepada menjadi seorang doktor apabila dewasa nanti.


Sumber info : http://www.sinarharian.com.my/global

1

Bagus
9

Marah
4

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 29-9-2015 08:42 AM
berubah cita2 terus adik ni
Quote krustykrab 29-9-2015 08:42 AM
umo 11 taun dah tau kat mana baby kuar
Quote epis 29-9-2015 09:03 AM
terus nak jadi doktor, hahah...
Quote pittjie 29-9-2015 09:14 AM
kelmarin kat Sunway Pyramid ada budak umur 15 thn membidankan ahkaq yang tiba2 terberanak time window shopping kat sana. tapi tak de la pulak news tu dalam forum ek. kagum sekejap la tengok budak2 yang tak panik dgn situasi yang macam ni.
Quote akies 29-9-2015 09:17 AM
bagusnya adik ni
Quote delsmomm 29-9-2015 09:39 AM
berbedanya zaman kekanak iols dgn theyolss..

iols dah tua baru tau kat mane baby kuar...

sex apetah lagi...

ternyata...bdk2 skrg mmg lebih byk exposure dr zaman kekanak iols...

ehh..japp rasenye..skrg pon iols masih kekanak la..
Quote prettyuglybabe 29-9-2015 10:22 AM
pittjie replied at 29-9-2015 09:14 AM
kelmarin kat Sunway Pyramid ada budak umur 15 thn membidankan ahkaq yang tiba2 terberanak time windo ...

serious ke ni?


Quote pittjie 29-9-2015 10:29 AM

serius sis. a total stranger to a total stranger gitu. budak tu tgh jalan2 kat shopping mall tu when she saw this lady macam dalam keadaan in labour pain. meh baca kisah dia kat link ni.

http://www.themalaymailonline.co ... der-teenage-midwife



Quote prettyuglybabe 29-9-2015 10:33 AM
pittjie replied at 29-9-2015 10:29 AM
serius sis. a total stranger to a total stranger gitu. budak tu tgh jalan2 kat shopping mall tu wh ...

wow... ini menunjukkan sifat kemanusiaan orang malaysia ni masih ada..
kudos pada budak itu dan yang membantu..
Quote pittjie 29-9-2015 10:46 AM
prettyuglybabe replied at 29-9-2015 10:33 AM
wow... ini menunjukkan sifat kemanusiaan orang malaysia ni masih ada..
kudos pada budak itu dan y ...

i believe sifat kemanusian di kalangan org malaysia masih tebal sis. tapi what this girl did mmg very inspiring. not many young people would act mcm this girl buat kalau berjumpa situasi macam ni kan? not only dia tak panik dan tak takut .. but she knew apa yang seharusnya dilakukan tuk tolong dan selamatkan the lady and the baby. even i pun kalau jumpa orang nak bersalin mcm ni .. apa yang i akan buat perhaps ... just kipas2kan dia kut.
Quote -electrifying- 29-9-2015 10:46 AM
amboi terus tkar cita2... jgn dh bsar jdi bomba sudah dik
Quote angio 29-9-2015 10:48 AM
pittjie replied at 29-9-2015 10:46 AM
i believe sifat kemanusian di kalangan org malaysia masih tebal sis. tapi what this girl did mmg v ...

kipas takpe, jgn kau sibuk selfie dan sewaktu dgn nya...
Quote pittjie 29-9-2015 10:51 AM
angio replied at 29-9-2015 10:48 AM
kipas takpe, jgn kau sibuk selfie dan sewaktu dgn nya...

hahah nauzubillah sis!! tanpa apa2 kejadian pun iols tak reti selfie apalagi dlm keadaan kepanikan sebegitu. ntah2 hp pun iols lupa letak kat mana.

Quote fire_place 29-9-2015 10:51 AM
Aku rasa ada lg muda dr ni kot.
Dlm  rancangan i didnt know i was pregnant tu.
Mak dia dh tbongkang kesakitan nak melahirkan anak.
Dia nampk benda dah keluar,mak dia call 999 lpstu
Budak ni siap amik tali kasut nak ikat kat pusat bayi tu
Ikut arahan telefon dr petugas.perghh..mmg terbaik.
Quote angio 29-9-2015 10:59 AM
pittjie replied at 29-9-2015 10:51 AM
hahah nauzubillah sis!! tanpa apa2 kejadian pun iols tak reti selfie apalagi dlm keadaan kepanikan ...

sama ler kita ...
Quote nononcrux 29-9-2015 11:21 AM
krustykrab replied at 29-9-2015 08:42 AM
umo 11 taun dah tau kat mana baby kuar

rasenye dorang punye educat lebih advance dri kita. . bagus la ade function tolong mak. . yang kat melaysia nh buat ape umur 11 taun lari ikut jantan. .
Quote MissNigga 29-9-2015 11:52 AM
baru pagi tadi ios dengar dalam radio ... red FM ... couple days ago ... teenagers aged 15yo menjadi bidan menyambut baby delivered by a mother kat sunway ...

red FM siap call teenager dan bapak baby tu utk share the experience
Quote clarizsa 29-9-2015 11:52 AM
wow.. bagus kanak2 ni... hrp jd doktor yg berjaya nnti...

Quote jengkoil 29-9-2015 11:59 AM
Seharusnya tan sri dato seri jepri cheah bagi pas masuk sunway lagoon percuma seumo idop kat baby ittew..

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 03:56 PM GMT+8 , Processed in 0.220308 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top