CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kampung Oymyakon Merupakan Paling Sejuk Di Dunia

30-9-2015 11:27 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 19487| Komen: 64

Description: Oymyakon sebenarnya membawa maksud air yang tidak membeku
Oleh Izzah Abbasy

Di Malaysia, jika musim tengkujuh sudah dikira sejuk yang teramat. Tetapi jika lihat di Kampung Oymyakon ini, ia merupakan sebuah perkampungan terpencil yang terletak di Republik Sakha, Rusia merupakan kawasan penempatan manusia paling sejuk di dunia.

Suhu paling sejuk pernah terjadi adalah -71.2 darjah celcius, iaitu pada tahun 1924. Meskipun digelar kampung paling sejuk di dunia, Oymyakon sebenarnya membawa maksud air yang tidak membeku. Nama tersebut diambil bersempena kewujudan mata air panas suatu ketia dahulu di kawasan tersebut.

Penduduk yang tinggal di sini sudah menjadi biasa dengan suhu yang amat sejuk ini. Mereka sudah tersedia dengan memakai pakaian berlapis-lapis dan tebal. Makanan juga mudah didapati seperti susu lembu ikan air sejuk, rusa kutub dan kuda adalah sumber makanan utama penduduk di sana. Dianggarkan penduduk yang tinggal di sana hanya 500 orang sahaja.

Kampung Oymyakon ini hanya mempunyai 3 jam waktu siang ketika musim sejuk. Keadaan ini berbeza ketika kedatangan musim panas. Waktu siang berada dalam tempoh masa lebih lama iaitu sekitar 21 jam. Namun begitu, kepanasan yang dialami bukanlah sampai tahap keringat seperti kita sering rasai. Suhu musim panas di Oymyakon berada pada tahap 30 darjah Celcius.

Meskipun penduduk tidak mengalami masalah dalam mendapatkan makanan, masih ada kesulitan lain yang mereka perlu hadapi. Kenderaan perlu sentiasa dihidupkan semalaman untuk mengelakkan daripada enjin membeku.

Selain itu, masalah utama yang sering menjadi isu ialah apabila berlakunya kematian. Penduduk di sana menguruskan kematian dengan cara pengebumian. Pernahkah anda terfikir bagaimana untuk menanam mayat dalam tanah yang sudah membeku? Penduduk memerlukan sekurang-kurangnya 3 hari untuk menyelesaikan urusan pengebumian. Tugasan yang pertama adalah menyalakan unggun api bertujuan untuk mencairkan tanah supaya mudah digali. Bara arang akan dimasukkan ke dalam lubang yang digali.Proses itu akan dibuat berulang kali sehingga memuatkan saiz mayat ke dalam lubang.

Sungguhpun memiliki suhu rendah sepanjang tahun, lokasi ini sering menerima kunjungan daripada pelancong luar kerana ingin merasai sendiri pengalaman luar biasa di sana sejak perkampungan ini terkenal sebagai kampung paling sejuk di dunia. - CARI Infonet


















       

                                 



 







8

Bagus
11

Marah
16

Terkejut
5

Sedih
13

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (62 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mdhelmi 30-9-2015 09:47 AM
barangan paling laris kat situ mesti heater
Quote zulka 30-9-2015 09:58 AM
gilerla....ekon kat ofis ni pun dah sejuk giler
Quote yayangmama 30-9-2015 10:06 AM
cenggana lah kalau -52 tu ye...

tu sidai baju pon xpayah kot...sidai pon makin sejuk je baju tu nanti...
Quote miss_qasehs 30-9-2015 10:11 AM
sejuk giler..
Quote Ayu61279 30-9-2015 10:12 AM
hohoho....iols mmg tokleh duduk kat sini la gamaknya
sbb mmg jns yg tak tahan sejuk
aircond kat opis ni pun ada masa dah ckup buat iols ketaq!!
Quote cari_cahaya 30-9-2015 10:18 AM
aku yg baca ni pon dah rasa mengigil kesejukan...
Quote azzah 30-9-2015 10:34 AM
  sejuk kaki aku..membacanya..
Quote jumainMd 30-9-2015 10:39 AM
nak masak pun 2/3 jam tgu panas..hehe
Quote idadzira 30-9-2015 10:40 AM
jadi kejung baju tu bila angkat dari ampaian. hehehe boleh jual dryer kat sana
Quote hatiluka 30-9-2015 10:41 AM
kalau orang yang ada asthma mesti selalu kena attack kan...
Quote Artemesiaa 30-9-2015 11:04 AM
-71 tu sejuk gila extreme.  -20 kat Harbin pun dah mintak ampun ni kan -71.  Belum ada kesanggupan nak kesana le kalau dah macam tu.
Quote JohnPuteh 30-9-2015 11:21 AM
Kena hidupkan enjin kenderaan setiap mlm..mcm mana tu
Quote supernaturalee 30-9-2015 11:29 AM
kecut manjang




Quote idakamaruddin 30-9-2015 11:35 AM
sejuk ketaqqq baq angggg
Quote Orange_7491 30-9-2015 12:07 PM
JohnPuteh replied at 30-9-2015 11:21 AM
Kena hidupkan enjin kenderaan setiap mlm..mcm mana tu

2 jam skali pi idupkan enjin kut...jenuhla nak berjaga malam

Quote JohnPuteh 30-9-2015 12:10 PM
Orange_7491 replied at 30-9-2015 12:07 PM
2 jam skali pi idupkan enjin kut...jenuhla nak berjaga malam

tu lah..dari td pikir..xkan on enjin sampai pagi..mcm tu niaga minyak petrol lagi untung
Quote uori 30-9-2015 12:48 PM
tengok gambar pun dah rasa sejuk sampai ke tulang !!  
Quote zuerinaBP 30-9-2015 12:50 PM
ade adik member belajar kt Rusia..
mmg kalo musim sejuk siang skejap je...tp musim pana s mmg lama...bygkan kalo bulan posa diarg hanya ade masa mkn hanya 3-4 jam sahaja...selebihnya puasa..
kalo musim sejuk semua sekolah n U di tutup..
Quote bianglala 30-9-2015 03:00 PM
tak sanggup rasanya dengan suhu camtu...

heh, gambar ni.

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:11 PM GMT+8 , Processed in 0.189415 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top