CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu cemas kepala bayi tersepit pintu jeriji

26-4-2024 10:37 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6012| Komen: 5

Description: KULIM – Seorang bayi lelaki berusia setahun terpaksa menanggung kesakitan selama hampir sejam apabila kepalanya tersepit pada celah pintu jeriji rumahnya di Sungai Karangan dalam kejadian pukul 4.30 ...

KULIM – Seorang bayi lelaki berusia setahun terpaksa menanggung kesakitan selama hampir sejam apabila kepalanya tersepit pada celah pintu jeriji rumahnya di Sungai Karangan dalam kejadian pukul 4.30 petang di sini hari ini.

Menurut bapanya, Mohd Shahrul Azwan Mohd Nor, 32, ketika kejadian dia berada di tempat kerja di kawasan Padang Meha sebelum isterinya,Suhaila  Yahya, 31, menghubunginya memaklumkan kejadian itu.

“Ketika sampai saya melihat kepala anak saya masih berada di celah jeriji. Isteri memangku anak sedang menangis, sementara bapa mertua serta beberapa jiran cuba mengeluarkan kepalanya yang tersangkut, tetapi gagal,”katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Shahrul Azwan, berkata, anak lelakinya itu sudah boleh berjalan dan sering berdiri di pintu jeriji sambil melihat luar rumah, namun isterinya tidak pasti bagaimana kepala anaknya itu boleh tersangkut pada celah pintu jeriji.


Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kulim, Penolong Penguasa Bomba Hamizul Azuan Hamdan berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4.45  sebelum bergegas ke lokasi.

“Anggota bomba merenggangkan jeriji tersebut mengunakan peralatan khas. Kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan operasi tamat kira-kira pukul 5.25 petang,” katanya. 

Sumber – kOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 27-4-2024 01:14 AM
Gitulah anak2 hiper ADHD. Kalau tak terjun kolam, terjun longkang, terjun bangunan, dia pi kasik masuk kepala dalam jeriji besi.
Quote SalenaGomez 27-4-2024 01:53 AM
Mcmmmm comelll je baby tu….tapi mmg umur gitu tghhh comel2 tp lasakkk betul. Mmg umur camni sesuai kena gigit
Quote anony-mous 27-4-2024 03:23 AM
Tbh xterfikir kepala dia akn lepas celah tu
Quote cmf_jeangrey 27-4-2024 04:12 AM
Alo siannya..kalau jd mcm ni terus panggil bomba cik..tak payah nk try keluarkan sendiri takut jd apa2 kt budak tu sebab too fragile

Quote batmana 27-4-2024 07:24 AM
Jeriji cmni biasa geng pecah uma pakai Jack kereta bengkokkan besi tu

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 07:32 PM GMT+8 , Processed in 0.051739 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top