CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penumpang pesawat rakam UFO berbentuk silinder

26-4-2024 10:41 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6263| Komen: 14

Description: NEW YORK – Seorang ibu yang duduk bersama anak perempuannya di tepi tingkap sebuah pesawat terkejut apabila melihat satu objek terbang tidak dikenali (UFO) berbentuk silinder terbang di langit Bandar ...

NEW YORK – Seorang ibu yang duduk bersama anak perempuannya di tepi tingkap sebuah pesawat terkejut apabila melihat satu objek terbang tidak dikenali (UFO) berbentuk silinder terbang di langit Bandar Raya New York, lapor akhbar Metro UK semalam.

Michelle Reyes, merakam video objek misteri itu di sekitar Lapangan Terbang LaGuardia baru-baru ini dan menghantarnya kepada pihak berkuasa persekutuan.

“Perkara pertama yang saya lakukan adalah menghantar e-mel kepada FAA (Pentadbiran Penerbangan Persekutuan) untuk memberitahu mereka apa yang saya lihat.

“Malangnya, saya tidak mendapat maklum balas daripada mereka (pihak FAA),” katanya kepada program Banfield di stesen televisyen News Nation pada malam kelmarin.

Reyes turut menunjukkan rakaman itu kepada bapanya yang berkhidmat dengan Tentera Laut Amerika Syarikat.

“Dia tidak tahu apakah objek itu. Dia juga bingung seperti saya,” katanya.


Pengacara siaran UFO Witness di saluran Discovery+, Ben Hansen berkata, pasukannya telah menganalisis video Reyes dan mendapati tiada bukti bahawa dia memalsukan atau menipu kandungan tersebut. – AGENSI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 26-4-2024 10:51 PM
Bukan leper macam cakera?

Quote j3m4h 26-4-2024 11:22 PM
sharlenetexas replied at 26-4-2024 10:51 PM
Bukan leper macam cakera?

Kalo dedulu ye la kot mcm cakra siss..alien pon dah maju skrg nk gak buat design lain…alien worksyop pon dah berkubur skrg…UFO ni 40/60 iols nk caye..more to mitos je la…
Quote Triple_8 26-4-2024 11:23 PM
Meh kita pakat mengkufuri semua ini.
Quote Thunderclouds 27-4-2024 06:10 AM
Lg best dengor teori Neil Degrasse Tyson pasal alien dr lyn berita ngn gmbo kabur² gini
Quote Manusiabesa 27-4-2024 06:46 AM
Pelik jugak kan. Nk speku mcm2 pun xreti. Tiba2 bntuknya cilinder.. aneh banget
Quote Dwdrum 27-4-2024 06:51 AM
Rupa seperti blimp/airship di US masih ada blimp lah....sekarang ada company develop blimp mahu buat airship hotel...
Quote pagaruyung 27-4-2024 10:28 AM
Mi Robot Vacuum-Mop 2 Pro
Quote airfilterkotor 27-4-2024 12:18 PM
Macam plastik sampah itam yang diterbangkan ke atas oleh angin, makin lama makin tinggi. Ala-ala stationary gitu.

Katebang tu plak zipping by, memang nampak sekelip mata jer la.

Verdict: plastik sampah itam bergentayangan.

Quote Dwdrum 27-4-2024 01:15 PM
Bukan plastic sampah... Dari distance di kata UFO itu huge.. Skydiver canopy pun tidak sampai 1/4 size...
Quote sharlenetexas 27-4-2024 01:59 PM
j3m4h replied at 26-4-2024 11:22 PM
Kalo dedulu ye la kot mcm cakra siss..alien pon dah maju skrg nk gak buat design lain…alien works ...

Yang lurus takkan bergolek
Yang pipih takkan melayang.


Quote MeoWRoaR 27-4-2024 06:15 PM
pulakkkk
Quote TOPwind 27-4-2024 07:04 PM
percaya ke dgn USA ni
Quote Skuau 27-4-2024 07:22 PM
"kami udah maju banget...kok ngak mau mampir"-nusaraya
Quote Ahriman 27-4-2024 07:29 PM
Edited by Ahriman at 27-4-2024 07:31 PM

Eleh.hanya berlaku di amerika sahaja.
Sementara itu,di Malaysia politician sembang babi terbang.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.045025 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top