CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Hilangkan Pemikiran Negatif Dengan 5 Cara Ini

28-4-2016 05:26 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4754| Komen: 5

Description: Tiada manusia di dunia ini yang tiada masalah dan dari hadirnya..

Oleh : Dean BZ


Tiada manusia di dunia ini yang tiada masalah dan dari hadirnya masalah itu lah yang mendorong untuk manusia berfikir mengapa dan kenapa.

Untuk berfikir secara positif ibarat satu beban berat bagi sesetengah orang, mungkin kerana sikap ego yang tinggi atau ada sahaja yang menghasut serta cuba mendorong anda untuk kekalkan syak wasangka dan terus berfikiran negatif. 

Sudah pastilah berfikiran negatif adalah suatu perkara yang tidak bagus malah lebih teruk akan mendatangkan kesan buruk pada diri kita sendiri.

Jadi bagaimana cara untuk membuang fikiran negatif yang sedang bermaharajalela di dalam kepala? Ini caranya :


1. Mengubah bahasa tubuh anda
Luangkan waktu sejenak untuk mengamati bahasa tubuh anda. Apakah anda selalu membongkokkan badan dan selalu mengerutkan kening?

Jika benar demikian, anda akan lebih mudah untuk berpikiran negatif.

Bahasa tubuh yang tidak betul dapat menyebabkan kurangnya kepercayaan diri. Sehingga dalam keadaan emosional, menjadi sesuatu yang normal untuk mulai memiliki pikiran negatif.

Duduklah dengan tegak dengan penuh percaya diri. Buka sikap anda dan lebih banyak tersenyum.

Perbaiki bahasa tubuh anda dan anda akan merasa jauh lebih baik. 


2. Luahkan Keluar
Kadang-kadang fikiran negatif terjadi kerana anda memiliki masalah atau emosi yang perlu anda luahkan keluar.

Tidak baik menyimpannya untuk diri sendiri. Jika anda memiliki sesuatu yang perlu segera ditangani, anda harus berbicara dengan seseorang.

Kadang-kadang, berkongsi masalah dapat menyelesaikan apa yang kita pendam selama ini dan secara tak langsung pasti ada cara penyelesaian.


3. Luangkan satu minit menenangkan fikiran anda
Dengan segala masalah yang menimpa sudah tentu akan menyukarkan anda berfikir dengan positif kerana kepala anda menjadi sangat bercelaru. Cuba cari tempat tenang dan kosongkan fikiran anda seketika. 


4. Mengubah cara berfikir 
Kadang-kadang fikiran negatif adalah hasil dari perspektif yang buruk . Lihatlah setiap sudut pandang anda pada hal-hal yang terjadi di sekitar anda.

Jika anda hanya melihat setiap kesalahan orang, amatlah mustahil anda akan dapat berfikir secara positif. Cuba lihat dari perspektif orang lain pula, bagaimana orang lain melihat diri kita? Maka kita akan temui jawapan sedikit sebanyak tentang masalah yang dihadapi.


5. Berdoa Dan Banyakkan Amal Ibadat
Ini adalah jalan terakhir dan perlu anda lakukan setiap hari untuk mendapatkan ketenangan. Bila otak dan hati sudah tenang, pasti anda dapat membuang sedikit demi sedikit pemikiran negatif yang bermain didalam kepala anda. Hati yang sudah sakit tidak mungkin dapat memikirkan sesuatu yang baik.


Semoga bermanfaat dan berhentilah menjadi buta terhadap sikap positif yang sudah anda miliki selama ini. Ingat, apa yang anda fikirkan, itulah yang anda akan dapat. Jika anda sentiasa berfikiran negatif, maka perkara negatif lah yang anda akan selalu nampak. - CARI Infonet.


2

Bagus
7

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote adelea 28-4-2016 06:21 PM
No 5 tu yg paling win
Quote blackwidowbae 28-4-2016 06:36 PM
Makcik ader baca tak ingat samada komen forumer or article kat maner ker kater,

berfikiran positif sebenarnyer adalah untuk menjaga hati kiter sendiri, supaya tidak sakit, stress, tekanan haaa gituuu~
Quote Suraya73b 29-4-2016 01:31 PM
blackwidowbae replied at 28-4-2016 06:36 PM
Makcik ader baca tak ingat samada komen forumer or article kat maner ker kater,

berfikiran posit ...

Begitulah kehidupannnnn...siapa yg pndai jaga dan didik hati...inn shaa Allah....
Quote blackwidowbae 29-4-2016 03:39 PM
Suraya73b replied at 29-4-2016 01:31 PM
Begitulah kehidupannnnn...siapa yg pndai jaga dan didik hati...inn shaa Allah....

Betul tuu, tapi....

makcik lemahhhhh~~

huwaaaaaaa!!~~~
Quote Suraya73b 30-4-2016 12:20 AM
Kita smua lemah tp ada Allah  bersama ....istifar senjata kekuatan diri.....inn shaa Allah

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:12 AM GMT+8 , Processed in 0.045062 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top