CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gambar Selfie Bersama Sloth Yang Seolah-olah Tersenyum Menjadi Viral

9-7-2016 04:13 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7209| Komen: 15

Description: Menurut laporan laman web abc7.news.com, seorang pemandu pelancong yang bernama Marcelo Sueth, ketika sedang meredah sebuah hutan di Rio de Janeiro, Brazil, sempat bergambar selfie bersama seekor slot ...
OLeh : TS LOO


sumber foto: http://www.dailymail.co.uk/



Tahukah anda perkataan 'selfie' telah dinobatkan sebagai  "Word of The Year" oleh Kamus Oxford pada tahun 2013?

'Selfie' adalah aktiviti mengambil gambar sendiri menggunakan kamera digital mahupun telefon pintar dan selalunya akan dimuat naik ke media sosial.

'Selfie' adalah satu kemahiran dan bukan mudah untuk mendapatkan gambar selfie yang menarik sehingga menjadi viral di media sosial.

Menurut laporan laman web abc7.news.com, seorang pemandu pelancong yang bernama Marcelo Sueth, ketika sedang meredah sebuah hutan di Rio de Janeiro, Brazil, sempat bergambar selfie bersama seekor sloth yang seolah-olah sedang tersenyum.


Gambar selfie yang boleh dikatakan diambil secara kebetulan itu menjadi viral dan telah ditonton oleh lebih dua juta pengguna internet melalui laman web Imgur.

Menurut Sueth, pada mulanya dia hanya merakamkan gambar haiwan paling perlahan pergerakannya di dunia itu dari jauh. 

Namun selepas melihat sloth itu tidak melarikan diri, Sueth lantas segera merakamkan gambar dengan haiwan itu yang sedang bergayut pada sebuah pokok menggunakan kayu selfie. 

Semasa berkongsi pengalaman itu di laman sosialnya, Sueth berharapan dapat menyebarkan rasa cinta terhadap alam semula jadi kepada semua orang.  

Kebanyakan netizen turut memberi maklum balas terhadap gambar tersebut dengan menyifatkannya sebagai ‘luar biasa’ dan merupakan ‘slofie’ (gabungan sloth dan selfie) pertama di dunia.

Spesies haiwan berkenaan merupakan haiwan yang suka menyembunyikan diri dan sukar untuk diambil gambarnya kerana 70 peratus daripada kehidupan sehariannya adalah tidur.- CARI



18

Bagus
22

Marah
17

Terkejut
24

Sedih
18

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (119 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote HibinoSama 9-7-2016 04:39 PM
Nama binatang ni dalam bahasa jepun terus dipanggil pemalas. Hehe
Quote prettyuglybabe 9-7-2016 09:55 PM
comel sloth itu
Quote oppol 9-7-2016 10:26 PM
Angkat tangan sambil senyum?...
Quote whadda 9-7-2016 10:47 PM
Posing dulu.. baru panjat balik..
Quote MamaMima711 9-7-2016 10:52 PM
Teringat movie Zootopia
Quote nut.legacy 9-7-2016 11:06 PM
Hahaha yg dlm Zootopia tu mmg lawak
Quote yeos 11-7-2016 10:51 AM
dalam Nat Geo Wild Sloth ni berenang dalam sungai terselamat dari di makan buaya, merangkak atas lantai hutan terselamat dari harimau/pemangsa lain, berjaya panjat pokok sampai kat puncak zaappp kena sambar oleh helang... sedih aku tengok...
Quote anees~nuhara 11-7-2016 03:43 PM
hihi..kiutnyee
Quote mbhcsf 12-7-2016 01:40 AM
flash....hehe he....hi nick ....
Quote siti_kus 12-7-2016 08:53 AM
haha comel gila
Quote hellblazer666 12-7-2016 11:49 AM
Quote nonok22 15-7-2016 11:47 AM
Ohmai sooo cute
Quote Artemesiaa 15-7-2016 05:58 PM
Wow haiwan pun pandai bagi pose cantik
Quote DeeHanania 16-8-2016 12:22 PM
Hihihi...comel
Quote cacaumerba 23-8-2016 01:13 PM
alolo comelnyaaaa

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.062152 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top