CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kisah Budak Dapat Upah RM5 Sehari Bantu Ibu Buat Netizen Tersentuh

7-12-2016 01:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 6722| Komen: 46|Original author: Oleh: Adib Za

Description: Kisah yang dipaparkan menerusi akhbar Harian Metro semalam, mengenai seorang kanak-kanak 9 tahun

Kisah yang dipaparkan menerusi akhbar Harian Metro semalam, mengenai seorang kanak-kanak 9 tahun, Siti Sirna Mohd Rashid yang hanya mendapat upah RM5 telah mendapat perhatian para netizen. 


Menurut laporan tersebut, Siti Sirna terpaksa berkorban membantu meringankan beban ibunya, Rohana Md Isa, 46 dengan membantu jiran berniaga kuih dan perlu bangun seawal 3 pagi.

“Sehari (sepanjang cuti sekolah) dapat RM5 upah bantu jiran kupas kentang dan cuci peralatan memasak. Duit ini bolehlah bantu ibu dan keluarga,” ujar anak bongsu daripada lima beradik ini. 

Sumber foto: Harian Metro
Kehidupan keluarga ini dikatakan hilang tempat bergantung selepas bapa Siti Sirna, Mohd Rashid Sharuddin meninggal dunia pada 2012. 


Lebih menyanyat hati kerana mayatnya ditemui terapung di lombong di Puchong. Malah, keluarga ini masih tidak mampu membayar RM800 sebagai kos bedah siasat kematian tersebut. 

Buat masa ini, keluarga ini turut bergantung kepada wang zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. 

“Saya tidak dapat bekerja kerana menjaga anak dan risau dengan keselamatan mereka.

“Ketika baru pindah di pangsapuri yang saya sewa RM124 sebulan ini, ada individu pernah bawa anak mengemis ke Subang. Mujur ada jiran yang bawa dia balik,” ujar ibu kepada Siti Sirna, Rohana. 

Kisah keluarga ini sememangnya meruntun hati ramai netizen. Mereka juga mempertikaikan upah RM5 yang dianggap tidak berbaloi langsung itu. 

Sumber foto: My Media Hub
Apa pun, mungkin ada antara kita yang menganggap RM5 tidak memberi apa-apa kesan baik kepada kanak-kanak ini dan keluarga, namun berbeza bagi mereka. Setiap yang diterima itu dianggap sebagai rezeki dan kurniaan.

Bagi anda yang ingin membantu, boleh salurkan ke akaun Maybank 1020 5458 4535. - CARI 
13

Bagus
8

Marah
9

Terkejut
28

Sedih
8

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (78 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ronapink 7-12-2016 01:06 PM
bongoknya mak..

sampai anak orng bawa pergi minta sedekah pun ko biar..

mujur xdikerat kakitangan bawa pergi thailang..adeiiiiiiiiiiiiiii.....
Quote kuzaime 7-12-2016 01:37 PM
Mak dia mmg x bekerja n pendapatan hnya bergntung pada duit zakat & jkm semata2?
Quote krustykrab 7-12-2016 01:46 PM
kuzaime replied at 7-12-2016 01:37 PM
Mak dia mmg x bekerja n pendapatan hnya bergntung pada duit zakat & jkm semata2?

Mungkin ada anak kecik yg perlu di beti perhatian tu....
Quote sekngucing 7-12-2016 01:51 PM
pegi mati ajelaa dekkkk...
Quote armin 7-12-2016 01:55 PM
krustykrab replied at 7-12-2016 01:46 PM
Mungkin ada anak kecik yg perlu di beti perhatian tu....

Kalau risau sgt nk tinggal anak kenapa mak dia tak kerja je dgn jiran yg berniaga tu? Anaknya blh pulak dibiar kerja. Kalau maknya niaga sekali pun bagus, nukak gerai goreng pisang bwh rumah ke apa. Anak pun xperlu risau nk tinggal. Blh ikut meniaga
Quote krustykrab 7-12-2016 01:58 PM
armin replied at 7-12-2016 01:55 PM
Kalau risau sgt nk tinggal anak kenapa mak dia tak kerja je dgn jiran yg berniaga tu? Anaknya blh  ...

Tggu citer yg pjg, artikel ni mcm citer sekerat je...i reserve dulu my makihamun

Iolls bersangka baik dulu
Quote fifie_olin 7-12-2016 02:12 PM
ank2 gak jd mangsa
Quote zameyla 7-12-2016 02:16 PM
krustykrab replied at 7-12-2016 01:46 PM
Mungkin ada anak kecik yg perlu di beti perhatian tu....

Budak yang dapat upah tu pun anak bongsu dari 5 beradik...

mak punnn.............
Quote Cyempaka 7-12-2016 02:21 PM
siti sirna tu 9thn anak bongsu... anak dah besar2 pun kena jaga sampai xboleh g keje ke..
mungkin salah 1 tu oku kot...
Quote Nenasketum 7-12-2016 02:31 PM
Pelik pulak cerita ni. Mak dia tak boleh buat kuih ke kat rumah dan bagi jiran jualkan. Meh sini aku bagi penampo kat mak budak ni. Dia takde tangan ke kaki ke, lumpuh ke boleh lah aku accept. Ujung2 mintak derma. Acik kepam mesti tak stuju ngan aku kan
Quote lazim 7-12-2016 02:41 PM
mngkin org yg amek dia kerja pon saje nk tlg. tu dibagi upah rm5. padahal mngkin org tu blh je buat sndri. sengaja dicreate kerja tu utk tlg bdk ni. xtahu lagi nk maki sape . pendek artikelnya
Quote rospinki 7-12-2016 02:52 PM
trt masa kecik2 dulu..aku korbankan masa kecil dan remaja ku utk mencari rezeki..nikmat bagaimanakah lagi yg engkau cari..

Quote zafira 7-12-2016 02:56 PM
mak budak ini oku ke?  
Quote kuzaime 7-12-2016 03:00 PM
krustykrab replied at 7-12-2016 01:46 PM
Mungkin ada anak kecik yg perlu di beti perhatian tu....

Ikut artikel yg bekerja tu anak bongsu dia sis..umo 9 tahun. Anak2 yg lain msti belas2 tahun dah. X bgtau pulak yg sulung umo berapa. Sedih pulak baca..umo mcm tu biasa main2 lagi ngan kwn2, tgk tv etc utk habiskan masa. Nak komen panjang2 pun x tau lg apa masalah lain mak dia. Tp harap2 lepas cerita ni viral, makin murah rezeki dorang anak beranak.
Quote kakigebang 7-12-2016 03:19 PM
Ramai plak yg mencaci dari yg simpati...buta perut dah semua rakyat malaysia ni..ape kata pakat2 sedekah 10 - 20 hinggit..niat dlm hati nak tolong orng2 susah. ada gak pahala dari nak reserve2 mencaci...
Quote nuryakmal 7-12-2016 03:26 PM
melampaunya. statement kata risau keselamatan anak, tapi da kena hangkut mengemis tu apa cerita

let the kids stay dengan jabatan kebajikan masyarakat.
Quote Atheist 7-12-2016 03:29 PM
aku sedekah kondom je laa.............
Quote zehra2 7-12-2016 03:30 PM
Kalo tk mampu bela anak... antar jkm
Quote jejaka00 7-12-2016 03:47 PM
yang aku kesian ... upah Rm5 sehari ... mentang2 la budak ... hj bakhil sungguh ...

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:58 AM GMT+8 , Processed in 0.188457 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top